Banyak ibu ayah yang mengambil peluang cuti sekolah untuk menempah slot berkhatan buat anak lelaki mereka. Lebih mudah dibuat ketika musim cuti sekolah kerana anak-anak dapat berehat sepenuhnya tanpa sebarang aktiviti lasak.
Bila dah bersunat tu, manjanya lain macam. Maklumlah tak dapat nak bergerak ke mana-mana, dalam tempoh seminggu pertama perlu berbaring saja. Risau kalau lasak boleh menyebabkan masalah lain seperti bentan.
Salah satu perkara yang akan menjadi kenangan terindah bila anak berkhatan ni adalah semasa di klinik. Ada yang meraung ketakutan, ada yang tenang saja dan tak kurang juga dengan anak yang menjaga cara berjalan kerana risau sakit.
Begitulah yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok @noraishahthin_ yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang baru selesai bersunat.
Mungkin masih ‘seriau’, kanak-kanak itu berjalan perlahan-lahan seperti berjengket.
Lucunya dia sendiri pun seperti tidak selesa dan tak puas hati kerana tak boleh berjalan pantas. Semoga adik ni sembuh cepat dan bolehlah bergerak aktif seperti biasa.
Untuk menjaga anak yang bersunat tidaklah susah tetapi perlu berjaga-jaga supaya tidak menyebabkan masalah yang lain pula.
1. Pantau sekiranya ada pendarahan – Selalu pantau sama ada berlaku perdarahan yang aktif atau tidak.
2. Pemakaian – Pakai seluar yang longgar atau kain pelikat atau seluar dalam khatan.
3. Amalkan diet sihat – Lebihkan makanan yang tinggi protein untuk proses luka cepat sembuh seperti ayam dan telur. Jangan risau, pengambilan telur tidak akan menyebabkan nanah.
Ads
4. Beri anak ubat sekiranya perlu – Beri ubat tahan sakit seperti Paracetamol. Ada krim ubat antibiotik dan ada air garam untuk bersihkan luka.
5. Bersihkan luka – Basahkan dengan air bersih tempat jahitan luka supaya luka tidak menjadi bentan. Biasanya doktor akan berikan air garam jadi ibu ayah boleh minta anak lakukan sitz bath (duduk berendam dalam bekas besar untuk membersihkan bahagian alat sulit) bagi mengelakkan kegatalan.
Paling penting, jangan sesekali gunakan ubat-ubat yang tidak diketahu atau daun-daun herba pada jahitan luka kerana dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan kuman.
Fasa satu pemasangan lokar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), akan dimulakan bermula akhir bulan ini.
Ia adalah antara tujuh inisiatif KPM untuk menangani isu beg berat dalam kalangan murid sekolah.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata fasa satu inisiatif itu akan dilaksanakan di sekolah dua sesi, membabitkan murid Tahap Satu.
Gambar Hiasan (Sinar Harian)
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan menjelang Oktober, perolehan untuk inisiatif berkenaan dapat dilaksanakan ke sekolah yang disenaraikan dalam fasa satu itu.
“Dalam fasa satu ini, kita pasang lokar untuk murid Tahun Satu dan Dua. Kita akan mula pasang lokar di sekolah pada penghujung bulan ni.
“Jadi Oktober nanti, kita akan cuba ikhtiar supaya semua perolehan tu sampai dan dipasang di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus dengan Editor Kanan Media, Putrajaya hari ini.
Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.
Mac lalu, Radzi menyenaraikan tujuh inisiatif meringankan beg sekolah iaitu penyediaan lokar, penyusunan semula jadual waktu sehingga empat mata pelajaran sehari dan buku latihan tidak lebih dua buah serta buku teks digital.
KPM turut menggalakkan penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bertema atau modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (Virtual Lab) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buku teks dan penggunaan uniform sekolah kebangsaan dibenarkan bagi sesi persekolahan kelas agama fardu ain (KAFA).
Terdahulu ketika menyampaikan taklimat, Radzi memaklumkan, kebanyakan majlis agama Islam negeri bersetuju untuk pakaian seragam sekolah kebangsaan digunakan bagi kelas KAFA.
“Murid-murid tidak perlu lagi bawa uniform sekolah KAFA,” katanya.
Ibu bapa mana yang sanggup berpisah dengan anak lebih-lebih lagi yang masih kecil dan memerlukan perhatian. Namun atas tuntutan tugas, nak atau tak semua ini terpaksa dilakukan juga.
Situasi ini turut dilalui oleh pasangan selebriti Ayda Jebat, 30, dan Nabil Mahir, 34, yang terpaksa meninggalkan anak sulung mereka, Ana Nayla buat sementara waktu demi tuntutan kerja.
Difahamkan Ayda dan Nabil kini berada di Taiwan kerana terikat dengan penggambaraan program di sana selama dua minggu seperti yang dikongsikan mereka di laman instagram masing-masing.
“Soon Mommy dan Daddy Bil tinggalkan baby 15 hari, kerja luar Malaysia. How can we sleep without you baby?”
“Total will be 12 days jauh dari baby. Baru saya & @nabilmahir faham perasaan mak ayah yang tinggalkan anak lama dan jauh. Ni baru hari ke 4.. video call je meleleh air mata. Huhu. Mommy and Daddy Bil miss you alot. Sorry baby..
“Korang macam ni jugak tak? Kitaorang bawak bantal and selimut baby,” tulis Ayda di ruangan kapsyen.
Sementara itu, menerusi satu video yang dikongsikan kawan baik Ayda, Ashryyyyy menerusi akaun Tiktok miliknya, memaparkan Ayda dan Nabil dalam keadaan sebak meninggalkan Nayla untuk satu tempoh masa yang panjang.
Malah ramai netizen turut sebak melihat Nabil membawa bantal milik anaknya untuk melepaskan rindu.
@ashhryyyyyTadi masa dekat dalam kapal aku macam pelik nabil keluarkan bungkusan macam bantal yang dibalut baju. Rupanya bantal @ananaylaofficial untuk dibuat cium kalau rindu. Sedih pulak rasa. Rupanya masa otw nak pergi airport dua dua dah melalak dalam kereta. Macam manalah rasa bila mereka yang kehilangan orang yang tersayang sekelip mata. Nauzubillah mintak dijauhkan, lagi lagi baru je dengar berita pasal pakcik ni anak beliau dimakan buaya. Tengok video tu sangat sedih. Anak kene gigit nyamuk pun kita kejar nyamuk tu sampai dapat ini pulak yang hilang sekelip mata. Semoga kita semua dijauhkan dan dihindarkan segala perkara buruk. Amin♬ A sad feeling of piano solo – SOUND BANK
“Tadi masa dekat dalam kapal aku macam pelik Nabil keluarkan bungkusan macam bantal yang dibalut baju.
“Rupanya bantal Ana Nayla untuk dibuat cium kalau rindu. Sedih pulak rasa. Rupanya masa on the way nak pergi airport, dua-dua dah melalak dalam kereta,” tulis Ashryyyyy.
Sekadar info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan Ana Nayla yang kini berusia 15 bulan.
Hujan lebat berterusan membawa khabar duka kepada penduduk Kampung Bukit Apit, Ajil, Kuala Berang Terengganu apabila kejadian tanah runtuh hari ini meragut nyawa dua beradik.
Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemukan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat, masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang. Kejadian tragis itu turut melibatkan abang mereka, Uzair, 17, yang ditemukan selamat lebih awal pada jam 5.17 petang.
Tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu mengejutkan penduduk kampung, yang tidak menyangka musim hujan kali ini akan membawa malapetaka sebegini.
“Saya dengar suara meminta tolong, tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab tak tahu mereka ada di mana,” kata Danial Arabi, 36, jiran kepada keluarga mangsa, yang menjadi saksi pertama selepas kejadian.
Menurut Danial, keadaan ketika itu sangat mencemaskan. Hujan lebat dan tanah yang terus bergerak membuatkan usaha menyelamat menjadi sukar.
“Semuanya berlaku terlalu pantas. Kami tak pernah sangka kawasan rumah mereka yang nampak selamat ini boleh terkena tanah runtuh,” tambahnya dengan nada sebak.
Tragedi ini menimbulkan kesedihan mendalam buat seluruh penduduk kampung, yang rata-rata tidak menyangka bencana tanah runtuh boleh terjadi di kawasan mereka. Musim hujan yang biasanya dinanti-nantikan untuk menyuburkan tanah, kali ini menjadi penyebab kehilangan dua nyawa muda yang masih punya banyak impian.
Pasukan penyelamat kini masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca tanah runtuh. Penduduk sekitar dinasihatkan untuk terus berhati-hati, terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Duka yang sukar dilupakan ini meninggalkan parut mendalam, bukan hanya buat keluarga mangsa tetapi juga komuniti kecil Kampung Bukit Apit yang terkejut dengan insiden itu.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.