Dah menjadi acara tahunan sesebuah sekolah, bila sampai akhir tahun pasti akan ada hari graduasi dan persembahan murid. Memang teruja dibuatnya, sebab kita nak tengok sendiri anak buat show bersama kawan-kawannya.

Maklumlah kan, dah berlatih di rumah bersungguh-sungguh, sampai kita yang melihat pun dah hafal step mereka.

Bila tiba hari yang dinanti-nantikan, kita pun sama berdebar menunggu anak buat persembahan. Macam-macam ragam anak bila dah berdiri atas pentas tu.

Begitulah yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok @suealzahraa yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Mikael menegur ayahnya sebelum membuat persembahan.

Baca Juga:

Gelagat Anak Dengar Pesanan Ayah Cuit Hati Warganet. Siap Muncung-Muncung Mulut Dia!

Suara Merdu Adik Penjual Buah Di Sabah Tarik Perhatian Ramai. Memang Berbakat Besar!

IKLAN

“Awak Mampu Lepak Atas Tu & Tersenyum Ya.” Anak Selamba Duduk Atas Tudung Ibu, Ayah Yang Cuak!

Pada awalnya mungkin dia melihat keadaan sekeliling untuk mencari figura ayahnya, bila dah nampak dia boleh tegur sampai satu dewan dengar! Memang riuhlah ketawa semua tetamu yang ada.

“Nasib Jumpa.” Gelagat Anak Teruja Tegur Ayah Sebelum Show, Siap Menari Buat Ramai Terhibur!

“Alahai anak. Gigih cari Ayah sebelum buat persembahan 😂. Nasib jumpa. Kalau tak, selagi tu tak boleh start 😂..”

Pengacara majlis juga sempat berseloroh memberi tahu seisi dewan bahawa lelaki yang ditunjukkan itu adalah ayah kanak-kanak itu. Tambah lucu bila dah panggil ayahnya, dia  terus menari keriangan. Nampak juga seperti Mikael memberitahu kawannya yang adiknya ada sekali.

IKLAN

Jom, tengok video;

@suealzahraa Alahai anak. Gigih cari Ayah sebelum buat persembahan😂. Nasib jumpa. Kalau tak, selagi tu tak boleh start😂. #Anak #Graduation #graduationday #graduation2022 #nalurikreatif #melawati #lucu #lawak #fyp #ayah #performance #parkseojoon #blackpink ♬ original sound – suealzahraa

“Sambungan “Naik pentas cari Ayah” 😂.
Happynya Mikael nampak Ayah.❤️Persembahan start lambat, semua salah Mikael 😆..”

Video kedua yang dimuatnaik;

@suealzahraa Sambungan “Naik pentas cari Ayah”.😂 Happynya Mikael nampak Ayah.❤️Persembahan start lambat, semua salah Mikael.😆 #Graduation #graduationday #graduation2022 #nalurikreatif #melawati #lucu #lawak #fyp #ayah #performance #parkseojoon #blackpink #blackpinkoreo #anak #sulung ♬ Happy Mood – AShamaluevMusic

IKLAN

Masih teruja dengan kehadiran ayahnya, Mikael terus tersenyum tanpa henti dan melambai-lambai ke arah ayahnya. Persembahan tergendala disebabkan Mikael yang terlalu teruja melihat keluarganya di barisan para tetamu.

Melihat video ini jelas menunjukkan keeradaan ibu dan ayah sangat penting dalam hidup anak-anak. Mereka memerlukan perhatian dari kita kerana itulah yang membuatkan anak lebih yakin dan berani untuk membuat sesuatu. Dengan sokongan dari kedua orang tuanya anak-anak akan membesar menjadi individu yang lebih positif dan berjaya.

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

“Nasib Jumpa.” Gelagat Anak Teruja Tegur Ayah Sebelum Show, Siap Menari Buat Ramai Terhibur!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI