Memiliki lebih seorang anak yang sama-sama membesar cabaran besar bagi ibu. Tempoh inilah segala skil akan ditunjukkan. Dari rasa tak boleh nak urus anak serentak, semuanya jadi boleh. Itu sebabnya orang kata seorang ibu adalah wanita yang hebat.
Menerusi perkongsian Lana Nodin di instagramnya dia menyatakan bila anak dah tidur barulah ada masa untuk diri sendiri. Walaupun tak dapat lama tapi bolehlah rehat sekejap dari tak dapat langsung.
Lagi satu bukan mudah nak tidurkan anak serentak. Tapi kita patut bangga kerana dalam keadaan kita rasa tak mampu sebenarnya tetap juga boleh.
Ads
“Bila anak-anak tidur barulah rasa tenang sikit biarpun suasana dalam rumah aman sekejap,” kongsinya.
Ads
Perkongsian Lana dapat reaksi positif dari ibu-ibu dan masing-masing turut berkongsikan pengalaman menguruskan anak kecil.
Bila ada anak kecil tidur bersama, selalunya mereka suka menghimpit sebelah ibu. Sampailah ibu ke tepi, hampir nak jatuh! Linda Onn ceritakan pengalamannya di mana anaknya Ungku Zara menghimpitnya hingga seinci lagi dari hujung katil.
Momen indah menjadi ibu ini tentunya menjadi memori indah buat Linda. Ungku Zara yang kini berusia 8 bulan sebelum ini memang tidur di dalam katil bayi tetapi kerana asyik terhantuk kerana sedang aktif belajar berdiri, Linda mengambil bayinya untuk tidur bersamanya di atas katil. Walau pun ruang luas di tengah, mummy juga tempat dia ‘ngempel kata Linda.
Linda memuat naik gambar yang dilukisnya menggambarkan betapa kedudukannya hampir terjatuh dengan kapsyen melucukan ini;
lindaonn7 Zara ni..letak dia kat tengah berapa banyak kali pun, dia tetap akan ngempel kat mummy dia. Sampai dah takde ruang untuk kita nak pusing2. Last2 kita tido statik je takleh gerak2.
Letak kat baby cot, dia asyik terhantuk dinding pulak..maklumlah tengah belajar nak berdiri ni, belum stabil.
Hmm..redha je lah ye. Anything for u my dear daughter. #LagiSeinciMummyJatuh
Rakan artis seperti Fizo Omar, Saiful Apek & Datin Rebecca Nur Al- Islam turut memberikan komen dan mengatakan ia adalah perkara biasa bagi anak kecil untuk menempel pada ibu semasa tidur. Para peminat juga turut berkongsi pengalaman.
Keajaiban anak kembar menjadikan ia sangat unik. Nak tahu lanjut mengenai anak kembar dan kelahiran anak kembar, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Dunia Si Kembar’ Selasa depan, 23 Oktober 2018 jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Latihlah bayi anda mencari arah bunyi seawal bayi 0 hingga 12 bulan. Kemahiran ini ialah kemahiran mendengar. Ini sangat penting dilatih sejak bayi lagi. Kenapa? Sebab ini adalah kemahiran paling asas untuk anak BERCAKAP, BELAJAR, dan memberi FOKUS dalam setiap perkara.
Dengan kemahiran mendengar, anak mendapat :
BAHASA
Kemahiran bahasa adalah berbentuk pattern. Maka jika bayi selalu mendengar (listen), maka otak bayi mula mempelajari pattern BAHASA.
PERTUTURAN
Untuk bertutur, kita perlukan ‘vocab’, tanpa vocab yang cukup, anak akan menghadapi masalah pertuturan dan memahami arahan.
Cara yang paling utama mendapat vocab adalah dengan mendengar.
Sejak bila anak mula mendapat vocab? Sejak bayi. Mulakan dengan simple instruction seperti ‘nak’ (8-12bulan)
Contohnya, ‘umi nak’, and wait for the respond, definitely anak tak faham jika ini adalah kali pertama, so what to do? Dlm few seconds after kita beritahu ‘umi nak’, slowly ambil toys dari tangannya (anak wajib memegang sesuatu semasa ini)
Repeat sehingga anak akan beri respon positif iaitu menghulurkan toys dari tangannya sendiri.
Konsepnya sama seperti anak yang mendapat perkataan pertama ‘no’. Sebab yang hari-hari didengar adalah ‘no’.
FOKUS
Untuk mendengar, anak perlu fokus. Daripada fokus, berlakulah PEMBELAJARAN.
Latih kemahiran mendengarnya untuk melatih daya fokus yang tinggi
Contohnya latihan menerima ayat panjang (3tahun ke atas)
Mulai dengan simple instruction seperti tolong letak, baling, ambil, tuang….
Kemudian teruskan kepada arahan 2 langkah (2step instruction) seperti ‘tolong ibu ambil cawan dan berikan pada ayah’
Kemudian latih arahan kompleks yang melibatkan manipulasi tangan, mengingat arah, sequencing dan sebagainya
ASAS KEPADA MEMBACA
Membaca adalah kemahiran yang memerlukan anak memahami konsep bunyi/ phonetic yang menggabungkan bunyi dan huruf.
1st stage sebelum anak itu mampu menggabung bunyi, amatlah penting untuk anak mendapat kemahiran mendengar
Selepas mendengar, anak perlu boleh ulang apa yang dia dengari
Kemahiran ini boleh dilatih melalui aktiviti bernyanyi bersama anak
Anak suka duduk posisi ‘W’ ibu bapa jangan biar, hentikan ‘habit’ ini. Ramai ibu bapa tak kisah apabila anak duduk dengan posisi yang salah terutamanya yang berbentuk W. Alasannya sebab anak kecil lagi dan apabila dah besar, tabiat itu akan hilang.
Perlu diketahui apabila dah menjadi ibu bapa bukan setakat kena ambil tahu cara nak mendidik anak semata-mata tetapi perlu ada pengetahuan asas dari aspek penjagaan kesihatan anak, membentuk tingkah laku anak dan proses perkembangan mereka.
Nak menegur tingkah laku anak bukan kena tunggu anak buat perangai yang bukan-bukan tapi jika rasa ada yang tak kena boleh terus tegur. Contohnya apabila anak suka hisap jari, menggigit kuku atau suka menjerit.
Ibu bapa kena ingat jika dibiarkan akan jadi tabiat sehingga mereka besar. Paling kerap dan dah jadi tabiat anak apabila mereka bermain, anak akan duduk dalam posisi W. Ingat ini bukan biasa-biasa tapi perlu diperbetulkan kerana kedudukan ini akan memberi kesan pada fizikal anak. Jangan tunggu dan buat tak tahu ye.
Sebenarnya, ramai anak-anak seawal usia setahun pun suka duduk dengan kedudukan menyerupai huruf W. Jika dilihat memang kedudukan seperti ini tiada masalah, namun jika dibiarkan akan memberi kesan negatif pada si kecil.
Seperti dipetik dari Boredomtherapy.com, ternyata pola duduk seperti ini sangatlah berbahaya kerana meletakkan tekanan pada pinggul, lutut, dan pergelangan kaki.
BAHAYANYA ADALAH BOLEH MENIMBULKAN MASALAH POSTUR DI KEMUDIAN HARI. DUDUK DENGAN POSISI INI DAPAT MENYEBABKAN KEKERASAN OTOT YANG SERIUS DAN MENIMBULKAN RASA TIDAK SELESA. HAL INI JUGA BOLEH MENYUKARKAN ANAK UNTUK BELAJAR MENGENDALIKAN TUBUHNYA.
Ibu bapa juga harus tahu, nak membiasakan anak pada kedudukan baru akan memerlukan masa. Anak-anak perlu terbiasa untuk melatih ototnya supaya mampu duduk dengan posisi yang betul.
Jadi, apabila si kecil kembali pada posisi duduk di antara dua kakinya, tegurlah, atau perlahan-lahan tarik kakinya, dan bantu mereka untuk duduk dengan kedua kaki bengkok di depan.
Perlu kerap ditegur supaya anak faham. Juga, elakkan dengan hanya mengatakan “Jangan duduk seperti itu,” melainkan beri contoh dan tunjukkan cara melakukan posisi duduk yang betul.
Nampak sahaja objek depan mata, bayi terus menggapaikan tangannya untuk mengambil barang tersebut depan mata. Ini perkembangan yang cukup positif untuk perkembangan bayi di bawah usia enam bulan.