Anak-anak kecil kita sememangnya lebih pantas dari kita. Ada sahaja yang dibuatkan tanpa kita sedar walaupun mereka sentiasa di bawah pemantauan kita 24 jam. Otak mereka ligat berfikir untuk menyentuh apa sahaja yang mereka nampak. Suis elektrik, pengecas telefon misalnya atau apa sahaja yang membahayakan anak-anak dirumah sebaiknya sentiasa di simpan kemas di tempat selamat.

Namun malang tak berbau, tanpa dijangka anak menghampiri kawasan berbahaya dan terdedah kepada risiko renjatan elektrik. Jika anda berdepan dengan situasi sebegini, mak ayah janganlah cemas dahulu sebaliknya pantas bertindak. Apa yang anda perlu lakukan?

Panduan yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini baik untuk mak ayah jadikan panduan bersama. Sekurang-kurangnya jika berdepan dengan situasi yang semacam ini, mak ayah sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Langkah Pantas Ni Boleh Selamatkan Anak Bila Terkena Renjatan Elektrik, Mak Ayah Take Note!

Baca: Nampak Comel Anak Tidur Mulut Ternganga, Jangan Biarkan, Bahaya Menanti Si Kecil!


“Tau-tau je anak saya dah terbaring. Macam nak gugur jantung saya.”

Saya teringat lagi kata si ibu ni. Anaknya terus lembik lepas terkena renjatan elektrik.

Muka pucat dan tak ada respon bila dipanggil namanya. Mereka berjalan di bandar dan duduk di bawah satu pokok besar yang dikelilingi oleh beberapa lampu sorot (spotlight).

Setiap satu lampu sorot tu ditutup dengan penutup besi berjaring. Tapi tangan kecil anak ni masuk ke celah jaring dan menyentuh lampu sorot tu.

IKLAN

Langkah Pantas Ni Boleh Selamatkan Anak Bila Terkena Renjatan Elektrik, Mak Ayah Take Note!

Terus menjerit anaknya dan rebah ke tanah. Pada tapak tangan ada satu kesan terbakar kecil. Berlari ibu ni membawa anak ke kereta.

Anaknya sedar semula semasa dikejarkan ke hospital. Syukur lepas pemeriksaan doktor, anaknya stabil dan boleh discaj dari wad keesokan harinya.

Cara berkesan untuk elakkan renjatan elektrik:

✅ tutup semua soket elektrik.

✅ semua wayar adalah dilindungi dengan penebat.

IKLAN

✅ jauhkan wayar dari jangkauan tangan anak.

✅ anak-anak dipantau bila berada di kawasan yang berisiko mengalami kecederaan elektrik.

Langkah Pantas Ni Boleh Selamatkan Anak Bila Terkena Renjatan Elektrik, Mak Ayah Take Note!

Jika anak terkena renjatan elektrik
Malang tak berbau, jika mak ayah berdepan dengan situasi sebegini sebenarnya ada beberapa tip dan langkah pantas yang mak ayah patut lakukan agar situasi dapat dikawal dengan sebaiknya.

Memadamkan bekalan elektrik di rumah antara tindakan pantas yang perlu ibu ayah lakukan. Ini pula merupakan langkah-langkah lain yang boleh diambil.

IKLAN

📌 Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di rumah. Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan arus elektrik.

Langkah Pantas Ni Boleh Selamatkan Anak Bila Terkena Renjatan Elektrik, Mak Ayah Take Note!

📌 Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik kering seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak anak dari sumber elektrik.

📌 Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir seperti alas kaki getah.

📌 Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa anak untuk pernafasan dan denyutan jantung. Jika tiada, teruskan dengan CPR .

📌 Jika anak ada kesan luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air mengalir sederhana sejuk hingga reda kesakitan.

📌 Dapatkan bantuan kecemasan. Dial 991 untuk ambulan dan paramedik dan tunggu di sisi mangsa hingga bantuan tiba.

Resipi wajib cuba: Kek Marjerin Terlajak Senang Wangi Gebu, Guna Sukatan Cawan Je!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI