Kesan atau lapisan putih pada lidah bayi kerap kali timbul. Adakah ia berbahaya? Bimbang kalau ia boleh menyakitkan bayi!
BAYI MENYUSU SUSU IBU & FORMULA BOLEH ALAMINYA
Kerap kali mama dan papa mendapati kesan ini pada lidah bayi. Ia tidak hanya terjadi kepada bayi yang menyusukan susu formula, malah bayi yang lima bulan dan menyusu susu ibu sepenuhnya juga boleh mengalaminya.
KULAT SUSU
Ramai ibu yang mendapati lapisan putih ini walau pun kerap dibersihkannya dengan kain lembap tetap berulang lagi dalam masa yang singkat. Kesan atau lapisan putih itu dinamakan sebagai oral thrush atau oral candidiasis yang lebih sering dikenali sebagai kulat susu. Ia nya adalah sejenis kulat yang tumbuh pada kesan susu yang mendap di mulut bayi.
Bayi mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan kerana daya ketahanan tubuh yang lemah dan masih berkembang. Bayi yang lahir pramatang (kurang daripada 37 minggu kehamilan) lebih berisiko untuk mengalaminya.
Ads
BERSIHKAN SETIAP KALI MANDI
Mama dan papa disarankan untuk mengamalkan untuk membersihkan bahagian dalam mulut bayi setiap kali bayi mandi. Kadangkala kulat susu ini boleh membuat bayi tidak selesa pada bahagian dalam mulut yang boleh mengakibatkan bayi kurang menyusu.
Ads
STERIL
Anda dinasihatkan untuk kerap membersihkan dan mensterilkan/ menyahkuman permainan bayi atau teether, botol susu, puting, botol minuman, sippy cup dan segala kelengkapan makan minum bayi. Selain itu, pastikan mama papa dan penjaga mengamalkan membasuh tangan setiap kali selepas menukar lampin bayi.
RISIKO KEPADA IBU MENYUSU
Ads
Jika bayi anda mengalami jangkitan kulat susu ini, anda berisiko untuk dijangkiti. Bagi ibu menyusu, ia dinamakan nipple thrush. Antara simptom nipple thrush ialah rekahan atau kesan berkeping pada puting diikuti rasa sakit pada aerola. Malah puting dan aerola juga boleh bertukar warna.
Kulat susu apabila terjadi tidak mudah dibersihkan dan mungkin boleh menyebabkan bayi mengalami kesakitan. Mama papa disarankan membawa bayi untuk mendapatkan rawatan sekiranya ia berlarutan. Terdapat ubat yang boleh diberikan oleh doktor untuk tujuan menyembuhkan bahagian dalam mulut dari kulat susu ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kepada pelakon dan pengacara cantik manis, Amyra Rosli, Aqeef Anaqi mencuri perhatian warga maya apabila cuba berhubung dengan ibunya melalui aplikasi Whatsapp.
Amyra memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Anaqi yang kini sudah berusia lima tahun dan berkongsi dengan pengikutnya di akaun Instagram.
Menggunakan pelbagai abjad kerana menurut Amyra anaknya itu belum mahir menulis, sebagai ibu dia berasa cukup terharu atas usaha anak sulungnya itu untuk menghubungi dirinya ketika dia sedang bekerja.
“Anaqi belum pandai writing/typing but always ada effort nak chit chat dengan mommy while mommy shooting.. love u son,” kongsi Amyra di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen ramai yang memuji perkembangan Anaqi selain ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama dengan anak masing-masing.
“Wow bahasa dia.. Mak-mak je paham,” komen Nad Zainal
“Comel typing Anaqi and mommy,” komen seorang lagi peminat
“Ajarkan guna voice…anak saya 6 tahun berhubung dengan saya bila saya tak ada di rumah…guna voice,” kongsi wargamaya lagi.
Untuk rekod, Amyra dan suami yang juga pelakon, Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Anaqi dan juga Ayra Aryssa yang kini berusia setahun lebih.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebaikan bawa anak-anak ke taman permainan, bagus untuk perkembangan deria dan fizikal. Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita sentiasa membawa anak-anak ke taman permainan, sama ada indoor atau outdoor.
Ini kerana di situ, terdapat banyak rangsangan deria utama yang penting untuk perkembangan mereka. Elakkan daripada membiarkan anak-anak ‘hanyut’ dalam dunia sendiri dengan bermain gajet. Sebaliknya, rajin-rajinlah membawa mereka ke taman permainan untuk menggunakan segala rangsangan deria serta mengeluarkan peluh.
Saranan ini adalah perkongsian oleh Puan Liyana Raya, seorang Pakar Terapi Cara Kerja, sebagai rujukan untuk semua ibu bapa.
Berikut adalah antara perkongsian beliau:
Kepentingan Taman Permainan
Membawa anak ke taman permainan sekerap yang mungkin sangat penting kerana di situlah terdapat banyak rangsangan untuk deria utama dalam perkembangan anak-anak. Malah kita sendiri pun, semasa kecil, banyak menghabiskan masa di taman permainan. Ingat lagi tak, hampir setiap hari kita bermain di sana?
Di taman permainan, otot dan sendi anak-anak dirangsang. Ini menjadikan mereka kuat. Mereka boleh menulis dengan baik kerana ‘core muscles’ di bahagian dada, belakang, dan bahu mendapat ketahanan yang tinggi, sekaligus membantu menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari ketika menulis.
Anak-anak zaman sekarang, apabila menulis dan menggunting, kebanyakan mereka tidak tahu menggunakan otot yang mana. Ini menyebabkan mereka suka mengangkat bahu dan siku ketika melakukan aktiviti penulisan dan menggunting. Penulisan bukan hanya tentang pen dan kertas semata-mata!
Masalah Kurang Rangsangan Otot dan Sendi
Kurangnya rangsangan terhadap otot dan sendi adalah punca masalah ini. Taman permainan juga membantu menyeimbangkan badan kerana ia merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Keperluan Pergerakan Kanak-kanak
Kanak-kanak perlu bergerak. Kita dahulu pun tidak boleh duduk diam, bukan? Jadi mengapa sekarang kita mahu anak-anak duduk diam? Tidak ada gunanya memaksa anak-anak duduk diam kerana ia tidak merangsang deria keseimbangan badan mereka.
Akibat memaksa anak-anak duduk diam:
Anak akan sukar fokus.
Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas.
Anak kurang keyakinan diri.
Anak tidak boleh mengawal emosi.
Dengan adanya taman permainan, anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan. Mereka akan fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di taman permainan.
Seterusnya, apabila tiba waktu belajar, mereka tidak mudah terganggu untuk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak. Ini meningkatkan keyakinan diri dan membentuk emosi yang seimbang.
Persepsi Salah Mengenai Taman Permainan
Takut Anak Jatuh
Kita terlalu risau mereka akan cedera! Takut anak jatuh, takut anak itu ini, sedangkan di tangan kita telefon 24 jam. Bila bawa anak ke taman permainan, kita pula sibuk bermain telefon! Anak-anak perlukan bimbingan untuk memanjat, memegang, masuk, dan keluar dari peralatan permainan.
Jadi peganglah anak itu jika takut mereka jatuh, bukan pegang telefon! Jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila terbiasa jatuh dan menahan sakit, anak kita semakin kebal.
Takut Anak Sakit Berjangkit
Risau anak dapat penyakit berjangkit terutamanya di taman permainan indoor. Ada ibu bapa yang sudah tahu anak sakit, tetapi tetap bawa anak keluar. Jika anak tidak sihat, duduklah di rumah.
Kadang-kadang anak kita menjadi mangsa, tetapi kita harus ingat bahawa jangkitan ini tidaklah membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah menjaga anak semasa sakit. Janganlah terlalu risau dengan perkara seperti ini.
Selalu Cakap ‘Jangan’
Selalu cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” juga menyebabkan anak-anak jatuh di taman permainan. Tukarlah minda dan perkataan kita. Daripada cakap “jangan jatuh,” lebih baik tolong anak dan bantu mereka mengelak daripada jatuh.
Anak-anak juga manusia seperti kita, bukan robot yang boleh diarahkan sesuka hati. Mereka juga mahu berseronok dan tidak suka diganggu ketika bermain. Bawalah anak bermain di taman permainan, sama ada indoor atau outdoor, sekerap mungkin. Jika boleh, bawa setiap hari. Namun, apabila saya melawat taman permainan, suasananya sunyi sepi.
Anak-anak saya pun lama-lama bosan kerana tiada kawan untuk bermain. Taman permainan tidak lagi menjadi tempat yang menyeronokkan seperti dahulu. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ibu bapa, rajin-rajinlah membawa anak bermain di taman permainan untuk merangsang deria dan perkembangan mereka.
Dari perspektif psikologi kanak-kanak, menyusan barang permainan merupakan satu bentuk keseronokan untuk meneroka sekeliling. Ia boleh terjadi kerana dua perkara iaitu pertama obsessive(keterlaluan) dan habitual (kebiasaan).
Apabila mereka bermain seorang diri, mereka meletakkan ‘syarat’ kepada diri sendiri tentang bagaimana permainan itu perlu dimainkan. Sebagai contoh, jika kanak-kanak menyusun kenderaan mini secara berbaris, atau patung superhero kecil dari kuat hingga ke lemah. Jika anak-anak lain bermain permainan ini dengan cara yang menyusun juga, maka ibu bapa tidak perlu risau kerana ia adalah sesuatu yang normal.
Selain itu, di dalam memahami konsep awal matematik, terdapat beberapa konsep yang terlibat seperti sorting dan organizing barang-barang, di mana kedua-duanya merujuk kepada kemahiran menyusun dan mengorganisasi barangan.
Ini adalah kemahiran asas di dalam awal matematik untuk kanak kanak. Sorting mendedahkan si kecil dengan nombor, corak dan penyelesaian masalah yang membawa kepada kemahiran menganalisis. Kemahiran menganilisis ini diperlukan di dalam kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan.
Begitu juga dengan organising, ia memberi pendedahan awal kepada warna, saiz, bentuk dan juga corak (pattern). Ia juga membantu dalam pembentukkan sikap yang positif dalam kehidupan seharian. Contohnya, semakin meningkat dewasa kanak-kanak akan lebih mudah untuk mengemas katil dan bilik tidur, menyusun permainan yang bersepah, menyusun buku di dalam beg sekolah mengikut jadual harian dan sebagainya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kandungan sudah masuk trimester ketiga, especially bila due date dah makin dekat, kebanyakan ibu mula rasa cemas dan tertanya-tanya adakah cara bagi membantu percepatkan bersalin secara natural?