Latih Anak Dapat Score A Dalam Subjek Matematik, Ada Caranya, Cikgu Ni Kongsikan Tipnya!

Share
Siapa yang tak mahu anak mahir dan bijak dalam subjek matematik. Lebih-lebih lagi ia menjadi subjek utama dalam matapelajaran anak di sekolah. Ada anak yang dilahirkan bijak dengan bakat mengira tetapi ada pula anak yang sedikit lemah.
Sebenarnya kemahiran mengira ini boleh dididik sejak kecil. Kita sebagai ibubapa patut mengasah minda anak ke arah ini. Tip yang dikongsikan oleh Cikgu Iznan ini ibu bapa kena cuba.

Utk dapat result A dan hebat macam ni perlukan kepada teknik dan cara belajar subjek matematik dengan betul. Ni sebahagian tip yang ibu ayah boleh lakukan pada anak.

1. FOKUS DALAM KELAS
Otak manusia perlu fokus hanya pada satu perkara sekiranya dia ingin mencerap semua fakta ke bahagian ingatannya so fokus adalah perkara utama yg wajib dilakukan semasa belajar matematik dlm kelas. Fokus macam mana jalan kira sesuatu soalan yang diberi oleh guru. Bila kita fokus, kita tahu di mana yang kita x faham dan di mana yg kita faham. Kalau tak faham, tanda siap-siap dan bersedia utk pergi berjumpa guru.
2. WAJIB LATIHAN MATEMATIK 1 JAM 30 MINIT SETIAP HARI..
Selalu mesti akan ada suara² negatif akan cakap, eh tak sempatlah nak buat latihan, banyak kerja sekolah, nak study subjek lain lagi.
Ketepikan semua suara-suara negatif tersebut. Apa yang wajib kita buat, schedule kan waktu bila latihan matematik wajib di buat. Saya suka letakkan masa study matematik saya adalah dari pukul 12 mlm – 1.30 pagi. Sebenarnya time ni dah study akhir. Jadi saya wajibkan buat latihan soalan matematik dalam 5 soalan yg baru dipelajari di sekolah..
Matematik adalah subjek mengira. Jika kita hanya membaca formula dan gerak kerja hitungan, kita tdk mampu pergi dgn lebih lanjut. So mesti wajib buat LATIHAN MATEMATIK SETIAP HARI.. dont ever to miss dari buat latihan MATEMATIK ADALAH SUBJEK YG MESTI DIBUAT LATIHAN SETIAP HARI utk mengelakkan lupa disamping melatih otak utk aktif bekerja dalam proses gerak kerja operasi mengira..

3. WAJIB ADA CIKGU @ RAKAN BERBINCANG..
Soalan² matematik selalunya mencabar dan memerlukan proses berfikir luar dari kebiasaan. Ini kerana matematik adalah subjek untuk menyelesaikan masalah.  Dan juga matematik adalah subjek BERFIKIR. Bagi pelajar yg boleh berfikir LUAR KEBIASAAN, insyaallah dia mesti mampu selesaikan jalan kira matematik.  Sebaliknya kalau pelajar tersebut tidak mampu berfikir lebih dari biasa, itu yg problem baginya.. time ni dia akan fikir susahnya belajar matematik.
So apa yg perlu buat adalah, wujudkan rakan khas utk belajar matematik. Wujudkan di sekolah. Di sekolah, share dgn rakan yg bijak matematik kenapa kita tak mampu jawab soalan tersebut. Minta kawan tunjukkan cara berfikir utk solve soalan. Bukan bermakna mnta kawan buatkan, sebaliknya minta kawan ajar proses berfikir untuk selesaikan soalan matematik tersebut.
Habit saya masa zaman sekolah dulu sekiranya saya tak faham soalan-soalan yang saya buat, esok nya saya akan bawa soalan tu dan pergi jumpa guru. Yes memang habit saya jumpa cikgu. Saya tanda soalan-soalan yang saya buat setiap malam tu then mnta cikgu bagi idea untuk pengiraan tersebut. So saya sentiasa di landasan yg betul means kalau tak tahu,saya minta cikgu fahamkan saya. Sebab tu saya ada banyak IDEA untuk menjawab soalan yang bermasalah, bukan sekadar soalan biasa.

4. LATIHAN SOALAN MATEMATIK YANG SUSAH & MENCABAR MINDA
Saya sangat suka buat LATIHAN bagi soalan² yang mencabar minda saya. Saya suka soalan yang perlukan saya berfikir luar dari biasa.
Akibat dan kesannya ialah… kita @ pelajar akan terbiasa dan terdedah dengan soalan yang mencabar minda dan susah. So bila exam nanti, kita sudah biasa untuk menjawab soalan susah. Soalan exam selalunya lebih mudah daripada level susah tu, sebab soalan exam perlukan keseimbangan antara susah dan senang.
Jadi sudah tentu soalan yang senang kita mudah buat sebab selalu kita buat latihan untuk soalan yang susah. At the same time, soalan exam yang susah pun mudah untuk diselesaikan oleh kita. Itulah trick dan cara seorang pelajar belajar subjek matematik BUAT LATIHAN bagi SOALAN SUSAH.
5. FORMULA MATEMATIK
Perkara ni wajib bagi pelajar hafal dan ingat ye sebab pelajar tidak dapat lari daripada formula matematik. Formula matematik perlu digunakan dalam setiap operasi hitungan matematik. Biasakan diri menghafal formula matematik, penting sangat untuk score A.
6. TIPS AKHIR : TANAMKAN DALAM DIRI DAN MINDA PARA PELAJAR BAHAWSANYA BELAJAR MATEMATIK AMAT MUDAH
Yakinkan diri bahawa belajar matematik amat mudah. Bila minda dan pemikiran cakap mudah, so bila cikgu ajar subjek matematik, diri akan rasa gembira dan enjoy nak belajar.. Bila enjoy belajar matematik, baru mudah nak kuasai silibus yang diajar guru, bila mudah kuasai baru rasa seronok belajar.
Walaupun rasa susahnya jalan kira yang cikgu ajar tu, just rasa susah tapi SET KAN DALAM MINDA “senang je ni sebab aku boleh belajar jalan kiranya. Dah tahu jalan kira, mudahla”….
.
IKLAN