Tengok anak orang lain dah bergolek meniarap bila tengok anak kita baru meniarap kejap dah nangis macam tak ada esok. Dia tak suka ke?
Umur dah 4 bulan ni. Tak meniarap lagi … Aduhh.. anak aku ada masalah ke??
Mesti ada yang risau kan tengok anak tak meniarap lagi. Bila tiarapkan terus nangis. Macam mana tu ya?
Melalui perkongsian Puan Lin Talib, meniarap ni biasanya umur 3-4 bulan dia start. Memula dari terlentang ke meniarap lepas tu dia akan belajar dari meniarap ke terlentang.
Masa meniarap tu, dia akan belajar untuk angkat kepala dia. Ini akan membantu dalam menguatkan leher dan juga tulang belakangnya. Sambil tu, meniarap melatih pernafasan anak dan menjadikan paru-parunya lebih kuat.
Tapi ..Bagaimana nak latih anak meniarap ni?
Jom kita tengok:
1. Letak atas bantal
Letakkan bantak kecil di bawah badan anak dan biarkan anak meniarap kejap. Letakkan juga mainan di hadapan anak supaya dia ralit tengok mainan sambil meniarap.
2. Letak atas badan ibu/ bapa
Ads
Saya suka letak anak atas badan saya. Di mana dadanya di atas perut saya.
Sambil dia meniarap kita main la dengan dia. Pastikan tangan kita pegang anak. Jadi badut kejap. Sambil menguatkan bonding antara parent dan anak, ia juga membantu anak berlatih meniarap.
Bila letak atas badan kita, memang rasa kurang stabil sikit. Sambil itu ia melatih keseimbangan atau vestibular anak. Boleh mulakan seawal 3 bulan.
Memula kita pegang anak, dah lepas tu kita tengok dia akan mula pandai balance badan dia, jadi kita sekadar berjaga-jaga saja.
Sambil dia meniarap, sambol kita main dengan dia, sambil tu tangan kita urut belakang dia. Dari bahu urut sampai ke pinggang ok?
3. Buat ikut kiraan masa
Ads
Masa mula-mula buat.. cuba buat ikut kiraan 10 saat. Lepas tu kita terbalikkan. Buat lagi.
Lepas tu upgrade la jadi seminit… 2 minit dan seterusnya.
4. Urut badan guna minyak
Setiap kali lepas mandi dari umur sebulan sampai la sekarang, memang amalkan sapu minyak kelapa pada badan anak.
Cara urutan guna ibu jari pelan light light je kita urut belakang dia, tangan dari bagu sampai ke jari-jari.. punggung sampai ke kaki.. lepas tu depan pulak..
Urutan pada bayi ni bagus tau. Ia mampu meransang sensori serta otot bayi supaya jadi kuat sambil melancarkan perjalanan darah dalam badan.
Ads
Sambil tu, ia menenangkan anak dan dapat mengeratkan bonding tauu. Tapi jangan urut macam urut Tok Wan pulak.
5. Mandikan gaya orang India mandikan bayi
Yang ni tak tahulah nak demo macam mana. Haha. Sebab masa saya berpantang, bidan saya yang ajarkan dan saya buat ketika anak umur sebulan sampailah sekarang.
Alhamdulillah, walaupun nampak kasar tapi anak jadi cergas!
Maybe ada kawan-kawan Indian kita boleh share kan cara mandian bayi mereka?
Ha, nanti cuba buat dekat anak ya. Buat sikit-sikit dulu dan relax. Banyakkan bermain dengan anak. Biarkan anak rasa disayangi ya
Bila anak tu rasa disayangi.. dia rasa selamat.. jadi dia akan mudah nak berkembang. InsyaAllah.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar baru-baru berkongsi mengenai cara urus bayi demam. Salah seorang bayi kembarnya, Adam mengalami demam.
Bapa hebat ini yang pernah bertugas sebagai doktor bedah ortopedik dan pernah bertugas sebagai pensyarah perubatan pelatih, tentu tip yang dikongsikan beliau amat berguna. Berikut ialah perkongsian beliau;
Adam tidak berasa sihat semasa Noah kelihatan…. Apa yang anda akan lakukan apabila anak tidak sembuh daripada demam, berair hidung dan batuk? Ini adalah masa yang memerlukan anda banyak bersabar.
Adam telah demam selama 2 hari yang lalu dengan selesema dan kami tidak pasti dari mana dia mendapat jangkitan. Mungkin daripada Tasha yang membawanya dari sekolah. Virus tersebar dengan cepat di kalangan kanak-kanak terutama dari sekolah.
1.Dengan suhu tinggi 38 hingga 39° Celcius, tanggalkan pakaian dan biarkan mereka memakai lampin sahaja.
2.Tuamkan bayi dengan tuala basah yang sejuk pada badan mereka untuk menurunkan suhu.Saya biasanya memakai patch koolfever pada badan mereka sepanjang malam.
3.Mereka akan mengalami kesukaran tidur kerana hidung yang tersumbat. Cuba hidratkan mereka sebanyak mungkin pada masa ini.
Adam (kiri) dan Noah (kanan).
4.Biasanya saya menunggu selama 3 hari sebelum menggunakan apa-apa jenis ubat. Ia (demam) selalunya akan sembuh sendiri apabila saya cuba mengelakkan sebarang bentuk dadah (ubat*ubatan)ke dalam badan kecil mereka.
5.Periksa badan anak dan cari apa-apa ruam atau bintik-bintik pada badan mereka. Campak atau ruam cacar air biasanya akan keluar 5 hari selepas demam bersuhu tinggi.
6.Ibu bapa perlu banyak bersabar pada masa ini dan cuba pisahkannya anak yang sakit daripada adik-beradik lain kecuali ibunya untuk menyusukan.
Alhamdulillah selepas 3 hari Adam kembali normal sekarang tersenyum dan suka bermain seperti biasa.
INTERAKSI DENGAN FOLLOWER
Seperti biasa, Datuk. Dr Sheikh Muszaphar tidak lokek untuk memberikan pendapat sebagai seorang bapa dan berinteraksi dengan para follower beliau. Antara yang dikongsikan beliau ialah seperti berikut;
Baby walau pun masih kecil tapi dah faham. Walau pun begitu, elakkan mengugut supaya dia ikut arahan! Buat ini kalau nak dia belajar behave.
BOLEH DIMULAKAN DARI USIA 6 BULAN
Disiplinkan anak pada usia bayi, adakah terlalu awal? Jawapannya ialah tidak. Mungkin ramai yang akan berkata terlalu awal mendisiplin anak daripada usia bayi. Bak kata pepatah, melentur buluh daripada rebungnya. Usia 15 bulan pertama boleh anda manfaatkan sebagai penekanan kepada disiplin.
Menurut Dr Richard Woolfson, mama papa perlu tahu yang disiplin bukan dengan cara menengking, memukul atau mendenda. Disiplin ialah kebolehan diri si kecil untuk mengawal kelakuan diri dan memikirkan tentang orang lain. Ia sangat baik untuk perkembangan dirinya dan pembentukan sahsiah diri. Lebih baik dimulakan lebih awal daripada anda membiarkan lama sehingga terpaksa mendisiplinkan anak yang sudah besar dengan cara yang keras!
Anda tidak boleh mengatakan bayi nakal pada usia enam bulan pertamanya kerana dia masih belum boleh memahami. Situasi akan berubah apabila bayi pada usia 6 hingga 12 bulan. Dia akan mula untuk memahami perkataan ‘tidak’ pada reaksi negatifnya.
BUKAN MEMAKSA TETAPI MENGAJAR
Ingat bahawa ia bukan memaksa, tetapi menngajarnya. Jadi tidak perlu mengugut untuk mendisiplinkan anak pada usia ini. Perkataan asal disiplin daripada bahasa Latin discipline yang bermaksud learning atau belajar. Jadi, ia bermaksud anak perlu belajar melalui disiplin. Dia sepatutnya takut. Terangkan kepadanya dan tunjukkan cara yang betul.
Cuba cipta suasana di rumah yang membantunya mengikuti peraturan anda seperti menyediakan bakul mainan untuknya mengemas mainan, memastikan dia mendapat tidur, makan dan rehat yang cukup untuk mengelakkan amukan tantrum dan sebagainya. Ini akan membantunya untuk berkelakuan baik.
5 TIP MENDISIPLINKAN BAYI DARI AWAL
#1 SABAR & TENANG
Mama papa perlu sentiasa tenang bila anak mula buat perangai tidak seperti apa yang anda tetapkan. Jika anda marah kepadanya, dia akan rasa sedih dan tidak akan belajar sesuatu daripada kesilapannya tadi. Cuba bertegas tetapi elakkan memarahi.
#2 TERANGKAN PERATURAN
Anda tahu bayi anda sebagai contohnya, berusia 9 bulan dan tidak memahami sepenuhnya apa yang anda terangkan tentang dia perlu ikut peraturan dan kenapa. Tapi mama papa teruskan sahaja, terangkan kepadanya berulang kali. Lama kelamaan dia akan memahaminya.
#3 ELAKKAN DENDA & MEMUKUL
Memukul tidak akan mendisiplin sebaliknya akan memberikan kesan jangka pendek sahaja. Memukul juga hanya akan menyebabkan anak takut kepada anda, keras hati dan sukar dibentuk.
#4 GUNAKAN PENGUATKUASAAN POSITIF
Salah satu cara berkesan yang boleh mendisiplinkan anak ialah dengan memujinya apabila dia mengikuti peraturan anda. Peluk dan ciumnya dan beritahu ia adalah kerana anda suka dia ikut peraturan dan berkelakuan baik.
#5 TEGAS TAPI FLEKSIBEL
Setiap peraturan perlu dilaksanakan dengan ketegasan. Mama dan papa jangan kena kentalkan hati. Tapi pastikan ada budi bicara dan pemerhatian. Tengok sekiranya si kecil mencebikkan muka kepada sepupunya, mungkin ia kerana dia terlalu seronok bermain atau bergurau.
Elakkan memarahi, mendenda dan memukul dalam mendisiplinkannya.
MAMA PAPA KENA SIAP SEDIA
Corak didikan demokrasi yang lebih fleksibel disarankan. Selain itu, bersiap sedia menjadikan diri model tingkah laku kepada anak kerana mereka sering memerhatikan anda. Fahami keadaan semasa anak, perkembangan semasanya dan elakkan melabel!
Si kecil dalam proses belajar untuk mengikuti peraturan anda dan sedang membesar. Berikannya masa. Bayi ialah individu yang berlainan. Apa yang anda lakukan pada anak pertama mungkin kesannya tidak sama kepada anak kedua. Tapi mama dan papa jangan putus asa!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi suka masukkan jari kaki ke dalam mulut sebagai salah satu perkembangannya yang baik. Tapi bukan sebab nak minta adik!
Memasukkan kaki ke dalam mulut adalah salah satu perkembangan bayi yang normal. Ia adalah perkembangan yang penting. Walau pun pergerakan tangannya masih belum dikoordinasi dengan baik, bayi semakin berminat dengan objek di sekelilingnya. Kaki dan tangan juga tidak terkecuali!
PERINGKAT ‘MOUTHING’
Bayi belajar menerusi apa yang ada di sekelilingnya termasuklah deria rasa. Sebab itu dia selalu memasukkan tangan dan kakinya ke dalam mulut. Nampak cute pula bila bayi berbuat begitu. Ia adalah satu perkembangan yang normal bagi bayi pada usia 4 hingga 8 bulan.
Ini kerana pada mulut bayi terdapat banyak saraf dan bayi apabila dia ingin mengetahui tentang sesuatu benda akan memasukkannya ke dalam mulut terlebih dahulu. Iadisebut sebagai mouthing dan merupakan sebahagian daripada perkembangan bayi yang normal.
Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa memantau bayi untuk mengelakkan mereka memasukkan objek asing yang berbahaya ke dalam mulut yang boleh mengelakkan tercekik atau risiko tertelan.
KENAPA BAYI MEMASUKKAN KAKI KE DALAM MULUT?
Bayi akan mula ‘mengetahui’ tentang bahagian kakinya pada anggaran usia empat hingga lapan bulan. Kebanyakan bayi berusia empat bulan masih belum mampu merangkak, jadi sukar untuk mendapatkan mainan sendiri tanpa bantuan. Maka kakinya memang ada tubuh dan tidak seperti mainan lain. Malah kaki juga mudah dicapai dan tidak hairanlah jika dia mula memasukkan kakinya ke dalam mulut. Bila dia dah mula mengetahui tentang kakinya, maka dia akan kaki akan selalu menjadi ‘mainan’ nya.
PENTING UNTUK MEMUDAHKAN BAYI MENERIMA MAKANAN PEJAL
Mungkin mama dan papa rasa pelik kenapa bayi memasukkan jari kaki ke dalam mulut. Malah ada mitos karut mengatakan ia petanda bayi mahukan adik! Ia tidak benar sama sekali! Memasukkan jari kaki ke dalam mulut memberikan manfaat seperti berikut;
1-Mama dan papa perlu tahu yang ia adalah perkembangan normal bagi bayi yang meningkatkan kesedarannya kepada tubuh dan objek.
2-Memasukkan objek ke dalam mulut juga membantu bayi untuk mempelajari tentang tekstur dan rasa yang sangat mustahak untuk membantunya melalui fasa memakan makanan pejal apabila mencecah usia 6 bulan nanti.
3-Selain merasa dan merangsang deria, aama seperti jari tangan, menghisap jari kaki juga boleh bertindak menenangkan bayi dan memberikan keselesaan kepadanya.
APA PAPA DAN MAMA PERLU LAKUKAN?
Apabila mendapati bayi suka memasukkan jari kaki ke dalam mulut, ambil langkah proaktif dengan memastikan kedua-dua belah kakinya itu sentiasa bersih. Apabila dia sudah berjalan, perbuatan ini akan hilang dengan sendirinya. Berhati-hatilah dengan objek kecil di rumah, jauhi daripada capaian si kecil kerana mereka akan terus cuba memasukkan objek asing ke dalam mulut sebagai satu cara untuk mencuba dan merasa sehingga berusia tiga tahun.
Sempena sambutan Hari Guru, bukan sahaja ucapan Fazura yang mencuri perhatian peminat di Instagram, malah gambar comel anaknya, Fatima turut menjadi bualan ramai!Dalam perkongsian...