Bagaimana melatih bayi untuk tidur sendiri? Persoalan seperti ini sudah tentunya jarang terfikir oleh fikiran kita, betul? Namun percayakah anda bahawa apabila kena pada cara dan langkahnya, anak kita mampu di didik untuk tertidur dengan mudah.

Cuba lihat beberapa perkara ini:

1)  Bawa anak ke bilik tidur lebih awal

Perkara pertama ini penting. Ia amat penting untuk membiasakan anak dan bayi kita bahawa ini adalah masa untuk mereka tidur. Anda akan merangsang anak anda sedari kecil lagi untuk tidur lebih awal. Rangsangan ini amat berharga kerana persediaan sebelum tidur amat diperlukan oleh anak kecil sebelum mereka mampu untuk tidur.

Latih Anak Tidur Sendiri Tanpa Perlu Nak Menyusu Atau Buaian. Dari Awal Ajar Lagi Mudah!

2) Rutin tidur yang teratur

IKLAN

Ini juga antara perkara paling penting. Langkah yang paling baik ialah mendidik masa untuk anak anda tidur semenjak usia bayi lagi. Ya, bayi memerlukan jangka masa tidur yang lebih lama berbanding dewasa. Tidak sama seperti kita. Cuba latih untuk mereka tidur pada waktu yang sama pada setiap hari, supaya jadual ini akan terus berlaku sehingga mereka meningkat usia.

3)  ‘Bedtime routine’ yang konsisten

Ini juga penting. Bagi anda yang mempunyai anak pada usia kanak-kanak, cuba lakukan aktiviti sebelum tidur yang tenang, damai dan mampu merangsang anak-anak untuk tidur. Ini termasuk bercerita, menyanyi, alunan zikir dan sebagainya mengikut kesesuaian. Ia penting untuk mendidik anak-anak bahawa ketika itu adalah masa untuk mereka mulai tidur.

IKLAN

Latih Anak Tidur Sendiri Tanpa Perlu Nak Menyusu Atau Buaian. Dari Awal Ajar Lagi Mudah!

4) Letak anak anda di atas katil atau tilam ketika mereka mengantuk

Ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka untuk terus bermain walaupun mereka sudah kelihatan sangat letih dan mengantuk. Cuba lazimkan dengan meletakkan anak anda di bilik dalam suasana yang sunyi dan tenang sebaik sahaja melihat mereka letih. Secara tidak langsung, kita sedang melatih dan merangsang mereka untuk belajar tidur dengan sendirinya tanpa pengaruh kita.

IKLAN

5) Cuba kurangkan tabiat menyusukan anak sampai tertidur

Ya, ini merupakan antara langkah yang sering kita lihat dan lakukan sendiri. Ianya tidak salah. Cuma, apabila terlalu kerap anda melakukan cara begini, anda tidak akan langsung memberi peluang kepada anak untuk belajar tertidur tanpa pengaruh luar. Sesekali cuba lepaskan susuan apabila melihat anak sudah sangat letih, biarkan mereka tertidur sendiri.

Ibu bapa sekalian, belajar untuk menenangkan diri sendiri dan seterusnya mudah tidur bagi anak-anak ini sememangnya memerlukan masa, kesabaran, ruang dan tenaga, sama ada bagi ibu, ayah dan bayi itu sendiri. Ada anak yang memerlukan masa yang lebih lama daripada yang lain untuk mempelajarinya. Setiap anak tidak sama.

Latih Anak Tidur Sendiri Tanpa Perlu Nak Menyusu Atau Buaian. Dari Awal Ajar Lagi Mudah!

Bersabar dan teruskan dengan langkah yang anda lakukan sekarang. Lakukanlah dengan cara yang paling tenang, mudah dan penuh kasih-sayang. Sentiasa percaya bahawa suatu hari nanti ianya pasti akan mudah buat anak-anak kita.

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI