Biarpun kita sudah boleh bawa anak-anak keluar, tapi masih ada keraguan dan rasa risau kan? Kita tidak yakin yang persekitaran di luar benar-benar bersih dan selamat untuk anak-anak. Bila dah lama tak keluar ni, anak-anak mula jadi bosan.
Sebagai ibu ayah, kita berperanan untuk mengelakkan anak-anak rasa jemu duduk di rumah. Sebenarnya banyak aktiviti atau permainan yang boleh kita buatkan untuk mereka. Apa yang penting rajin dan kreatif.
Yatie Emra berkongsi satu permainan yang dia buatkan untuk anaknya. Biasanya dam ular ni saiznya kecil, tapi yang ini cukup besar untuk anak-anak main. Siap boleh pijak dan lompat lagi di atasnya!
Jom tengok macam mana rupa dam ular ini.
🎲🐍DIY Tikar Dam Ular 3D🐍🎲
Ads
Sebenarnya tikar dam ular ni saya buat masa PKP 2 tempoh hari. Maklum ler, anak tak dapat nak main kat luar, rumah lak takde laman.. So ummi nyer terpakse pikir cara untuk elak anak bosan & elak main gajet jer.. Hari ni baru sempat nak upload sebab kebetulan baru siapkan sikit lagi features tambahan.
Tikar dam ular 3D😁. Yang saya buat ni saiznya 6×5 kaki
Tahun lepas saya dah pernah buat tikar dam ular (berabjad) gunakan tikar lama jer. Tapi biasalah bila guna tikar evamatik, makin lama akan jadi hancur². Kesudahannya terpaksa buat yang baru gak sebab dak Fydh ni asyik tanye jer mane tikar dam ular dia😅.
Since ni kali ke2 buat tikar dam ular saiz besar, saya tambahkan beberapa ciri lagi supaya board game camni menyeronokkan & ada game tambahan gak. Fydh ni ada isu sensori, jadi saya gunakan pelbagai material untuk dijadikan ular supaya dapat rangsang sensori dia. Nanti dia terpaksa pijak ular tu kalau kena “patuk” 😁
Untuk tangga, saya buat 2 jenis — 1 tangga jenis flat tapi kecil, perlukan imbangkan badan masa pijak. 1 lagi lebar tapi dengan ketebalan berbeza. Tangga ni Fydh memang suka sangat main walaupun waktu² yang lain😄
Ads
🏆Extra: Hopscotch Game (teng teng) ================================
Main hopscotch/teng² lompat mengikut arah anak panah
Ni bukan permainan teng² biasa tu tapi khas untuk aktiviti motor & sensori gak. Untuk permainan ni, anak perlu lompat dengan 2 kaki atau sebelah kaki ikut arah anak panah & imbangkan badan gak.. Kalau anak yang dah advance tu, boleh tukar² permainan hopscotch ni gunakan kaki & tangan lak.. 😎🤓
Yeay! Dapat naik tangga lagi.. Gunakan kotak lama, susun tebal-tebal
Buat dot gunakan glue gun, jadi bila anak pijak akan ada rangsangan pada tapak kakinyaLatih imbangkan badanFydh tanye ni fish panjang ke? Nape rupa snake ummi mcm fish jer..? 😂 Belut pn boleh la nak.. 😁Gunakan kadboard, lebarnya potong saiz kaki anak tapi buatkan memanjang supaya jadik bentuk ular. Kemudian balut dengan tali nylon.
Mengamuk, menangis perkara biasa bagi kanak-kanak. Ia normal tapi memang menguji kesabaran ibu bapa. Biasanya tantrum ini boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku mencabar. Anak boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang atau berkelakuan ganas.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Puan Liyana Raya ini boleh dijadikan panduan bersama dan membuka minda kita sebagai ibu bapa dala menghadapi karenah anak yang suka tantrum ini.
————————————————————————–
Buat parents yang rasa berat untuk tidak melayan tangisan dan amukan anak…. meh sini saya nak cakap sesuatu.
Saya ni,setiap minggu jumpa kes yangg pelbagai. Macam saya cakaplah,kes2 yang dirujuk kepada saya semakin meningkat saban tahun. Semakin meningkat dan nampak gaya macam susah nak turun. Dalam 2 hari bercuti sabtu dan ahad tu,sesi saya boleh up to 9 sessions per day (which is satu session adalah satu jam. Kalau 9 sessions=9 jam! Ni nak berhenti untuk solat pun terpaksa mintak kebenaran parents dulu tau!)
Dulu masa anak 2 larat lagi nak handle sampai 9 sesi satu hari, anak 3 boleh lagi 8 sesi… ni dah masuk anak 4,maksimum sesi saya boleh ambil dalam dua hari cuti tu adalah 7 sesi saja sehari. Dalam dua hari,14 sesi! Dah tua,memang tak daya mana la kan…
Nak katanya… dalam sehari,saya jumpa 7-9 budak yang punya macam-macam isu! Baik dari budak autism nya,ADHD nya,ADD, Dyslexia sehinggalah kanak2 yg ada developmental delay sahaja… boleh imagine tak satu hari tu saya tengok berapa banyak budak punya perangai??? Pernah saya handle playgroup, satu hari up to 30 kids saya boleh jumpa! Cuba bayangkan… kalau saya tak diberi kesabaran dan ketabahan serta ilmu yang tinggi untuk treat anak2 ini,memang dah lama saya pengsan!
You name it. Apa saja behavior anak2 yg saya tak jumpa???!!!
Kena gigit- dah
Kena tendang- dah
Kena tumbuk- dah
Kena tampar – dah
Kena muntah- dah
Kena kencing- dah
Kena berak- dah
Kena kahak- dah
Kena air liur dan ludah- dah
Kena hentak kepala- dah
Menjerit- dah
Menghentak badan- dah
Behavior yg sweet,yang comel,yg mcm2 kerenah semua dah jumpa. Balik rumah,handle lagi behavior anak2 sendiri yg semakin ramai setiap 2 tahun sekali. So nak katanya…. kalau setakat anak anda menjerit mengamuk pun anda rasa susah nak handle,rasa rimas… rasa tak boleh nak dengar diorang menjerit… can you imagine how do I deal and handle those kids tanpa jemu selama nak dekat 11 tahun ni????
Gambar atas yang saya tengah bagi lollipop ini adalah satu contoh kanak2 yg picky eater,tidak boleh bercakap, sudah besar tapi masih memasukkan benda yg tak boleh makan ke dalam mulut. Benda yg boleh dimakan dipilih2 pulak tak nak makan. Penggunaan lollipop adalah utk mewujudkan sticky texture pada mulut utk membolehkan anak ini mengeluarkan lidahnya utk menjilat (bagi meningkatkan fungsi oral motor nya) dan seterusnya membantunya utk pronouce words dan bercakap. Tapi ini baru first step! Itupun dia dah melawan dan meronta. Utk kes seperti ini,saya memerlukan seorang lagi team mate utk memegangnya sambil saya ‘memaksa’nya utk tidak menggunakan tangan utk mengelap mulut sebaliknya menggunakan lidahnya sahaja.
Tapi the struggle… tak payah cakaplah. Nampak tak betapa dlm saya nak mencapai target saya utk membolehkan anak ini mengeluarkan lidahnya sahaja,saya perlu kelihatan seolah2 bertindak kejam dengan memegang tangannya sambil memberikan rangsangan berterusan ke mulutnya menggunakan lollipop hanya utk 10 saat sahaja! 10 saat itu adalah saat yg paling genting! Itulah saat di mana saya minta anak ini bertahan sekejap utk otaknya belajar menerima rangsangan tersebut,memproses dan memberikan response yg sebetulnya terhadap rawatan ini! Bukan mudah! Tangan kiri saya sudah lama develop Carpal Tunnel Syndrome. Kebas dan sakit itu sudah lali. Tapi demi semua anak yg saya jumpa,saya harus merawat mereka dengan seboleh dan sedaya upaya saya tanpa mengenal bangsa,agama dan status mereka utk mencapi objektif rawatan saya!
Bukan mudah.
Pendek kata… ibu dan ayah,janganlah mengalah dengan amukan anak. Bila masa anda harus mengalah?
Apabila anak sudah boleh meminta sesuatu yg diamukkannya dengan baik. Jika sekiranya anak masih menendang,mengamuk dan menangis bila dia tak dapat apa yg diingini,bertegaslah dengan diri anda. Katakan pada diri anda yg anda sebenarnya ingin anak faham bahawa jika mereka inginkan sesuatu,mereka harus meminta dengan baik. Jika tidak dapat setelah meminta,mereka juga harus belajar utk menerima hakikat yg tidak semua benda yg mereka inginkan akan mereka dapat. Bertabahlah. Tak perlu marah,tak perlu melawan balik. Tak perlu juga anda suruh mereka diam. Biarkan mereka melepaskan perasaan mereka. Menjerit dan mengamuklah sampai ke sudah. Tak perlu layan. Layan hanya jika mereka benar2 sudah memahami. Beri mereka masa dlm 30 minit amukan itu,utk mereka berfikir dan seterusnya mewujudkan memori bahawa ibu dan ayahku ini ada ketegasan. Ada batasan dlm meminta minta.
Kebanyakan kes yg saya jumpa skrg,banyaknya ibu dan ayah seolah olah merelakan anak mereka utk menendang dan memukul ibu dan ayah sendiri dan tingkah laku itu pula dipujuk2 dan disayang2. Oh please,this is something yg saya paling pantang tengok! Terus menerus saya akan tegur waktu itu juga.
Baru2 ini juga anak kedua saya menendang adiknya yg berusia 3 tahun. Di depan mata saya sendiri. Saya terkejut melihat perilakunya itu. Saya pun apa lagi… saya ambil kakinya lalu saya cakap kalau nak tendang,tendang meja kayu ni. Nah! Tendang! Tendang kerusi ni! Tendang! Sambil saya bawakan kakinya menendang meja dan kerusi tersebut. Dlm pada itu saya ‘mind the words that i used’. Saya katakan padanya:’ Insyirah anak yg baik. Anak yg baik tak tendang org tau! Sejak bila mama ajar insyirah tendang ni?! Nak tendang sangat kan? Tendang kerusi dan meja boleh. Tendang orang tak boleh!!’
Saya geram lalu saya biarkan dia menangis. Malamnya saya tak tidur dengannya dan esoknya dia kelihatan seolah olah memahami itu adalah kesalahan terbesar baginya. Adalah dlm beberapa tindakannya itu menunjukkan yg dia faham betapa marahnya saya dengan tingkah lakunya itu. Selepas itu baru saya bincang elok2 dan berdramalah kami di pagi hari sebelum dia ke tadika. Setel. Now she knows that benda salah memang salah. Tetap kena hukum.
Hakikat seorang budak… mereka tetap akan melakukan kesilapan. Kesilapan ini adalah utk kita alert dan ajar mereka utk bertindak dengan betul di kemudian hari. Ilmu mcm mana nak handle? Kena cari dan gali. Marah dan tegas hanya sekali. Tapi lembut dan tegas itu boleh berkali kali.
Sekian saja nak coret pasal bab tingkah laku ni. Sebab hari ni saja saya handle kes tingkahlaku dari pagi sampai ptg. Pagi kes tingkah laku disebabkan masalah sensory processing disorder seperti di bawah. Ptgnya masalah manipulative behavior. Apa ingat saya buat semua ni tanpa ilmu dan pembacaan? Teori banyak. Antara rajin dan tidak utk mencari dan apply saja. Trial and error workd best.
Hobi bukan sekadar aktiviti suka-suka. Ia adalah “alat pembelajaran semula jadi” yang penuh potensi. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang aktif dengan hobi memiliki keseimbangan emosi yang lebih baik, prestasi akademik yang cemerlang, dan hubungan sosial yang lebih kukuh berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai hobi tetap.
Hobi seperti membina model, melukis, dan mencipta kraf mengaktifkan bahagian otak kanan yang berkait rapat dengan kreativiti, visualisasi, dan pemikiran abstrak.
Fakta menarik: Kajian dari University of California mendapati bahawa kanak-kanak yang sering melukis atau mencipta sesuatu mempunyai daya penyelesaian masalah 30% lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain.
Hobi juga bantu mereka membina kemahiran merancang, mengambil risiko dalam keputusan kecil dan menyelesaikan konflik dengan cara kreatif.
Aktiviti berkumpulan seperti kelas seni, kelab robotik atau pasukan sukan menjadikan kanak-kanak lebih selesa berkomunikasi, belajar giliran, dan mengekspresikan pendapat mereka dengan yakin.
Fakta menarik: Menurut laporan dari Harvard Graduate School of Education, kanak-kanak yang aktif dalam kelab atau komuniti lebih berempati dan proaktif membantu rakan-rakan mereka.
Ini bukan sahaja membina kemahiran interpersonal, tetapi juga menanam rasa hormat dan sikap kepimpinan sejak kecil.
Hobi juga merupakan saluran emosi. Bila anak tertekan atau keliru, hobi seperti menulis jurnal, melukis atau bermain alat muzik membantu mereka meluahkan emosi dengan selamat.
Fakta menarik: Data dari National Institutes of Health menunjukkan bahawa aktiviti kreatif seperti seni dapat mengurangkan hormon stres (kortisol) dalam masa 45 minit sahaja.
Ini menjadikan hobi bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga satu bentuk terapi emosi yang berkesan!
Hobi fizikal seperti berkebun, menari, atau berbasikal menjadikan anak lebih sihat, aktif dan ceria. Ia bantu menyeimbangkan masa mereka dari terlalu lama menghadap skrin.
Fakta menarik: WHO menyarankan kanak-kanak berumur 5–17 tahun perlu aktif sekurang-kurangnya 60 minit sehari, dan hobi fizikal boleh membantu mencapai sasaran ini tanpa tekanan.
Aktiviti ini juga memperbaiki koordinasi motor kasar dan halus serta mengurangkan risiko obesiti kanak-kanak.
Hobi yang konsisten mengajar anak tentang kepatuhan pada rutin, fokus jangka panjang, dan pengurusan masa. Mereka belajar bahawa kejayaan kecil datang dari usaha yang berterusan.
Fakta menarik: Kajian dari Michigan State University menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai hobi seperti muzik atau sukan menunjukkan tahap disiplin diri 28% lebih tinggi, dan ini dikaitkan dengan pencapaian akademik yang lebih baik.
Hobi bukan sekadar “isi masa lapang”—ia adalah senjata rahsia dalam membina peribadi anak-anak yang seimbang. Ia memperkayakan jiwa, menyuburkan minda, dan menyentuh aspek sosial serta emosi.
Sebagai ibu bapa dan pendidik, marilah kita terus memupuk minat anak-anak dalam aktiviti yang mereka suka. Biarlah hobi mereka menjadi tempat mereka belajar tentang dunia, tentang diri mereka sendiri, dan tentang erti usaha dan keseronokan sebenar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak mengadu sakit telinga, ibu bapa kena ambil berat. Mungkin bagi anak kecil mereka tak boleh nak beritahu secara terus tetapi ibu bapa kena peka dengan ketidakselesaan yang ditunjukkan anak.
Menurut Doktor Telinga, Hidung dan Tekak jangkitan telinga sangat berbahaya jika tidak diberi rawatan awal. Jangan dibiar jika anak anda mengadu sakit telinga, keluar cecair kuning, nanah, darah atau apa-apa yang tidak normal. Tahukah anda bahawa komplikasi akibat jangkitan pada dalam telinga berpotensi untuk mengancam nyawa?
Jangan dibuat main!
Struktur telinga kita sebenarnya bersambung dengan hidung, tekak dan juga ada sambungan dengan rongga-rongga sekitar seperti rongga mastoid dan sebagainya.
Jika jangkitan pada telinga tidak dikawal pada peringkat awal, ia boleh merebak ke kawasan-kawasan yang saya sebutkan ini. Masalah lain dan lebih serius boleh berlaku.
Mastoiditis merupakan jangkitan yang berlaku pada kaviti mastoid yang terletak di bahagian belakang telinga. Ia merebak dari telinga tengah untuk membentuk abses atau nanah di ruang udara mastoid tulang temporal.
Pesakit yang mengalami mastoiditis kebiasaannya akan mengalami gejala klinikal dan sistematik yang sangat tidak sihat.
Jadi, apa simptom dan gejala pesakit yang mengalami mastoiditis ini? Macam mana nak tahu?
Pesakit yang mengalami mastoiditis akan dilihat septik: iaitu demam, lemah dan lesu. Kanak-kanak akan menjadi tidak selesa, kerap menangis dan tidak akan makan serta minum. Pesakit akan mempunyai tanda dan gejala dari jangkitan telinga yang lebih teruk. Akan ada tanda kemerah-merahan dan sakit serta bengkak yang signifikan di belakang telinga.
Adakah mastoiditis ini akan berhenti setakat itu sahaja? Jawapannya Tidak.
Mastoiditis boleh merebak lagi jauh ke dalam sel-sel udara untuk membentuk abses atau nanah subperiosteal dan kawasan-kawasan sekitarnya!
Oleh itu, jika anak-anak anda ada mengalami dan mengadu sakit telinga, disertai demam, ada cecair keluar dari telinga, sakit juga di bahagian belakang telinga, jangan tunggu lagi. Bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan menyeluruh dan terperinci akan berjaya mengenalpasti masalah anak anda, walaupun untuk sesetengah kes agak sukar untuk mendiagnos pesakit pada peringkat awal.
Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.