Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.

Latih Surviving Skill Anak-Anak, Seronok Sungguh Keluarga Fiza Frizzy & Nadia Annuar Di Pa&Ma Playdate!

Untuk episod kelima yang telah bersiaran pada 15 April 2023 yang lalu telah memaparkan keluarga Fiza Frizzy meluangkan masa bersama Nadia Annuar dan anak perempuannya, Dya Naylaa.

Kali ini, mereka berada di Fun X World, Summit USJ sebuah taman permainan indoor yang mempunyai pelbagai permainan interaktif bersesuaian untuk aktiviti bersama keluarga. Sebelum beriadah di sana, Fiza telah megalirkan air mata kerana sebak apabila bercerita tentang anak sulungnya yang selalu dimarahi.

Latih Surviving Skill Anak-Anak, Seronok Sungguh Keluarga Fiza Frizzy & Nadia Annuar Di Pa&Ma Playdate!

Fiza tertanya-tanya mungkinkah kerana anaknya itu mempunyai adik yang ramai pada usia yang masih kecil membuatkan dia kurang perhatian dan adakah dia sudah menjadi ibu yang terbaik buat mereka semua.

IKLAN

Latih Surviving Skill Anak-Anak, Seronok Sungguh Keluarga Fiza Frizzy & Nadia Annuar Di Pa&Ma Playdate!

Bercerita tentang hobi pula Fiza dan suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak, Fazli Zulkifli, berkongsi tentang minat anak-anak mereka. Mohd Faeeq Zuhayr yang berumur lima tahun lebih sukakan aktiviti lasak manakala adiknya Mohd Fahad Syamel berminat dengan bola sepak.

Nadia Annuar pula memberitahu Dya Naylaa suka bermain game dan mempunyai minat yang berbeza sedikit berbanding kanak-kanak perempuan yang lain.

IKLAN

Latih Surviving Skill Anak-Anak, Seronok Sungguh Keluarga Fiza Frizzy & Nadia Annuar Di Pa&Ma Playdate!

Mereka juga mengamalkan didikan mengikut keadaan dan tidak mempunyai sebarang garis panduan yang perlu diikuti ketika membesarkan anak-anak.

Yang menariknya, mereka turut bermain hide a seek. Biarpun baru saja berkenalan, Faeeq dan Dya Naylaa serasi bersama dan boleh berkongsi. Aktiviti begini dapat melatih kemahiran sosial anak-anak dan membentuk minat mereka.

IKLAN

Latih Surviving Skill Anak-Anak, Seronok Sungguh Keluarga Fiza Frizzy & Nadia Annuar Di Pa&Ma Playdate!

Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta keluarga diketengahkan melalui keluasan di dalam kereta yang pastinya memberi keselesaan kepada seluruh famili.

Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.

Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI