Lauk Terpaling Sedap, Ikan Rebus Goreng Style Pantai Timur Simple Je Nak Buatnya!

Share

Orang dulu-dulu untuk pastikan ikan dapat disimpan lama meskipun tidak mempunyai peti sejuk, mereka ada caranya yang tersendiri. Selain ikan boleh dikeringkan menjadi ikan masin atau diperam menjadi pekasam, bahkan kerap kali juga akan dijadikan ikan rebus yang boleh disimpan dan bertahan berhari-hari lamanya.

Rasa ikan rebus tersebut apabila digoreng atau dijadikan menu lainnya memang enak dan itu tidak dapat dinafikan. Jika tidak manakan boleh buat kita makan bertambah!

Jadi buat yang rindu untuk menikmati keenakan rasa ikan rebus ini, apa kata anda sediakan sendiri seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira.

“Ikan rebus goreng style pantai timur. Rebus dan biarkan semalaman barulah ikan lebih ‘kick’ Serap segala rasa masam masin bahan dalam rebusan. Ada yang tak boleh makan kering-kering takut tercekik ye tak? Tapi saya ok je suka macam ni gaul bersama nasi panas cubit sedikit cili padi.Nikmat,” -ujarnya di ruangan kapsyen apabila berkongsi resipi di media sosial.

Ikan Rebus Goreng Style Pantai Timur

Bahan-bahan:

7 ekor ikan selayang dicuci bersih-beli online di sini 

4 keping asam keping

3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai

1 inci nisan (gula melaka)

4 keping hirisan lengkuas

Air secukupnya

Cara-cara:

1.Masukkan ikan dan semua bahan kedalam periuk dan tuang air. Sukatan air , tenggelam separuh dari ikan. Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.

2.Biarkan semalam di dalam periuk tersebut dan keesokanya boleh la digoreng. Atau boleh juga terus digoreng.

3.Dalam minyak yang sama goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera.Siap dihidang.

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN