Siapa tak kenal dengan pelakon popular, Dato’ Sri Eizlan Yusof yang sering memegang watak bangsawan di dalam drama rupanya mempunyai anak dara yang sangat cantik.
Wajah campuran bekas isteri, Datin Vie Shantie membuatkan sesiapa sahaja yang melihat Vie Zaara pasti terpukau.
Perjalanan terakhir arwah Ustazah Shadiya Abbas yang dijemput Allah pada pagi 5 April lalu kerana sesak nafas (asma) akhirnya telah disempurnakan dengan baik sekali.
Walaupun ramai yang datang nak menziarahi dan menghantar arwah ke rumah yang kekal abadi namun atas nasihat pihak polis kerana situasi sekarang ini, hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan.
Menerusi apa yang dikongsikan oleh suami arwah Ustazah Shadiya, Ustaz MK Azman beliau memaklumkan jenazah isterinya negatif Covid-19 setelah dua kali ujian dilakukan.
Alhamdulillah jenazah isteri saya negatif covid19 setelah 2 kali buat ujian.”
Melalui coretan hati seorang suami, Ustaz MK Azman selepas selesai urusan pengebumian jenazah, beliau mengucapkan syukur kerana perjalanan terakhir arwah isterinya sangat dipermudahkan.
Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi ( 6 April) jam 4.00 petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..
Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
Dalam kubur terasa sejuk, seolah-olah lantainya marmar
Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya dari marmar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.
Moga kita bertemu di alam barzakh, sama-sama masuk syurga
Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergianmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.
Sama-samalah kita baca doa ini اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Menyedihkan. Itu dapat digambarkan apabila hanya cebisan rambut dan tengkorak kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui di Jalan Gunung Raya di Langkawi, hari ini.
Mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah, sebelum ini dilaporkan hilang ketika dijaga suami isteri, pertengahan bulan lalu, sebelum dia dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibuang.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, mangsa ditemui selepas polis menahan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun di Ampang, Selangor, jam 4 petang semalam.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek lelaki membawa polis ke lokasi sebelum menunjukkan tempat mayat kanak-kanak itu dibuang jam 11 pagi ini.
“Menerusi bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia mayat ditemui hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak.
“Cebisan rambut dan tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.
Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua suspek akan direman esok pagi dan disiasat mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kehilangan Nur Aisyah Aleya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, selepas pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.
Rosmaliah kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas seorang daripada suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.
Sementara dalam laporan sebelum ini hasil soal siasat terhadap seorang lelaki yang menjaga kanak-kanak terbabit terbongkar sejurus dia ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.
Sumber berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya.
“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.
“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya,” katanya.
“Ibu dah tak sayang awak lah, ibu ada anak baru” selalu sangat usikan sebegini singgah di telinga si kecil yang baru sahaja mengenal tentang erti kasih sayang, kepunyaan, toleransi dengan kehadiran orang baru. Niat mungkin sekadar bergurau namun besar kesannya pada emosi anak.
Abapila si kecil menangis, maka ramailah yang bergelak ketawa kerana situasi tersebut dirasakan sangat lucu. Namun bagi kanak-kanak, ianya bukan sesuatu yang lucu malah menyakitkan hati dan emosi. Ikuti perkongsian ibu ini.
Satu hari, anak kedua saya Amri Suhaily meluahkan perasaan.
“Abang Amir semua baik je.. Kalau Abang Ayie semua tak baik.”
Sayu sangat suara dan saya tahu itu luahan yang amat kesedihan. Saya tanya kenapa dia cakap macam tu.
“Semua orang cakap Ummi dah ada adik, ummi tak sayang Abang Ayie lagi.”
Dua tiga kali dia mengadu, nak balik kampung duduk dengan ibu ayah saya. Mungkin sudah lama makan hati dengan kata-kata orang yang ummi dah tak sayangkan dia sebab ada baby. Subhanallah. Sedih rasa.
Masa baru bersalin, perasan ada juga yang mengusik “Ummi dah tak sayang Amri, ummi dah ada baby.”
Iya, dia sudah besar. 5 tahun jadi anak bongsu, tiba-tiba ada adik baby. Memang seronok, teruja tapi makan hati dengan usikan orang dewasa yang tak cerdik.
Masa masih dalam pantang, ramai melarang Amri Suhaily pegang baby tapi abangnya Amir Solihin pegang baby, lagi tambah geram.
Banyak sangat pesanan “jangan ya, jangan itu, jangan ini” sampai dia rasa semua pun tak boleh. Sayang juga adik tapi tak tahu macammana nak terjemah, dek sebab orang semua tak bagi dekat dengan adik dia jadi membuak perasaan geram.
1. Ditutup muka adik dengan kain masa ummi ke dapur sambil dia cakap “haaa adik dah mati, adik dah mati.” Saya yang tak faham apa, tengah makan. Sekali suami maklum baby dah tercungap lemas kena tutup dengan kain.
2. Setiap kali saya letak baby di bantal, baby akan menangis selop. Angkat, terus diam. Letak lagi, menangis. Awal ingatkan usikan Ummu Sibyan, baca ayat qursi dan beberapa ayat quran.
Pun masih juga menangis bila letak di bantal. Esoknya suami tanya kenapa kepala baby berlekuk, kena ketuk dengan abang ke? Huhu. Tak tahu juga nak kata sebab tak nampak dengan mata.
Dua hari kemudian kemas katil baby baru nampak ada “sesuatu” yang diletakkan bawah bantal. Patut la baby menangis, sakit kepalanya sampai berlekuk.
3. Tahu ianya perbuatan Amri Suhaily sebab beberapa hari kemudian dia sorokkan lagi barang bawah bantal baby.
i. Saya mula sebut baby sayang Abang Amri. ii. Ummi pun sayang Abang Amri. iii. Abang Amri boleh pegang baby, tapi kena duduk baik-baik. Pegang elok-elok, tak boleh kuat sangat nanti adik sakit.
Subhanallah, selalu intai bila ditinggalkan mereka berdua, nampak dia cium adik dengan sopan dan baik. Cakap dengan adik “abang sayang adik, abang sayang adik”. Kalau dia minta suapkan nasi pun, suapkan juga. Sebab emosinya juga perlu “feeding”.
Kawan-kawan ziarah, bawa hadiah untuk baby. Alhamdulillah rezeki. Tapi paling saya terharu, sahabat manis seorang ni bawa hadiah baby dan buah tangan untuk anak-anak juga.
“Untuk Amri ke ni?” “Ya. Amri kongsi dengan Abang Amir tau!” “Okay!”
Itulah tetamu kegemaran. Siap sorok kunci tak bagi balik.
Kadang kita terlupa menjaga emosi dan hati anak-anak. Pengajaran untuk saya, bila ziarah sahabat dapat baby, hadiah baby bukan keutamaan tapi buah tangan pada abang kakak baby.
Bila ziarah kenalan atau saudara dapat anak baru JANGANLAH MENGUSIK ABANG ATAU KAKAK YANG IBUBAPA TAK SAYANG SEBAB ADA BABY.
Mereka akan rasa tak selamat dan gigih nak buat sesuatu pada baby walhal mereka sayang adik baru.
Kita yang dewasa, fikirlah dengan matang. Kalau tak boleh cakap yang baik, diam sahaja. Rabbana hablana minladunka zurriyyatan toyyibah.
Ummu Amir. Catatan Asif Sabri di usia 70 hari.
Kredit: Insyirah Solehah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!