Betapa pentingnya belaian & sentuhan buat bayi, eksperimen mendapati bayi meninggal dunia akibat yang tidak dirangsang menjadi tular hingga dikongsi sebanyak 10 ribu kali. Apa pengajaran yang perlu diambil oleh ibu bapa ialah jangan abaikan keperluan emosi anak.
Guru, Puan Adhwa Adnin berkongsi kisah eksperimen bayi yang dilakukan pada 1940an yang mendapati bayi yang tidak dibelai & diberikan sentuhan kasih sayang walau pun diberikan keperluan asas seperti susu dan pakaian serta dibersihkan boleh meninggal dunia secara perlahan-lahan. Berikut ialah perkongsian beliau.
Dalam eksperimen ini, bayi dari kumpulan 1 diberi kelengkapan yang cukup & keperluan dipenuhi. Cuma tiada hubungan emosi, belaian, sentuhan, kasih sayang dan perhatian daripada penjaga.
Manakala bayi dari kumpulan kedua diberikan keperluan asas yang sama tetapi kumpulan ini diberikan belaian, kasih sayang dan perhatian.
Ekoran daripada tiada belaian & perhatian, separuh daripada bayi kumpulan kedua meninggal dunia perlahan-lahan. Bayi seolah-olah shut down sendiri! Eksperiman terpaksa dihentikan.
Sebelum meninggal, tangan bayi berhenti menggapai seolah-olah putus asa & berhenti cuba berinteraksi dengan penjaga
Ads
Satu lagi eksperimen ialah juga mendapati keputusannya sama iaitu bayi yang tiada sentuhan, belaian dan perhatian walau pun diberikan susu, dibersihkan dan dimandikan juga akan meninggal dunia.
Pengalaman berada di taska ketika mencari taska anak
Bayi menangis sampai tersedu-sedan dan terdiam sendiri. Bilik kosong tiada mainan untuk rangsangan.
Perangai kanak-kanak yang pelik-pelik itu bersebab, apa yang dilalui & layanan semasa bayi serta persekitaran mempengaruhi.
Para netizen dan follower Puan Adhwa Adnin telah memberikan responds. Mereka dari kalangan ibu bapa sangat gerun dan mengaitkan persekitaran yang didedahkan kepada bayi di taska yang tidak memberikan penjagaan yang cukup sama juga dengan eksperimen yang dinyatakan.
Ads
IBU BAPA PERLU BERIKAN KASIH SAYANG SEPENUHNYA KEPADA ANAK-ANAK
MEMBERIKAN PERHATIAN TIDAK AKAN MEMBUAT BAYI MENJADI MANJA
KELAKUAN YANG PELIK BERMULA DARI APA YANG DIDEDAHKAN SEJAK KECIL
Ads
TASKA DI TEMPAT KERJA PERLU DIWUJUDKAN
CARA DIDIKAN AKAN MEMPENGARUHI SIFAT APABILA ANAK BESAR NANTI
Salah seorang netizen telah berkongsi tentang update di Facebook Puan Adhwa Adnin di mana dia menegaskan yang perkongsiannya tersebut adalah bertujuan untuk memberitahu ibu bapa tentang pentingnya memenuhi keperluan emosi anak selain daripada keperluan-keperluan lain.
Pernahkah anda mengalami situasi di mana si kecil asyik mahu berada di sisi anda sepanjang masa? Setiap kali anda cuba beredar walau sekejap, tangisan dan rengekan mula kedengaran? Jika ya, besar kemungkinan anda sedang membesarkan seorang “babyVelcro”.
Istilah ini merujuk kepada bayi yang sangat melekat kepada ibu bapa, terutamanya ibu, ibarat velcro yang kuat melekat pada permukaannya. Bayi seperti ini tidak suka ditinggalkan sendirian, mudah menangis bila tidak nampak ibu, dan sering memerlukan pelukan, dukungan, atau sentuhan untuk merasa tenang.
Ini berbeza dengan bayi yang lebih mudah berdikari sejak awal. Baby Velcro memerlukan lebih banyak sentuhan dan perhatian untuk berasa selamat.
Ya, ini adalah sesuatu yang biasa berlaku. Tingkah laku seperti ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada proses perkembangan emosi dan sosial bayi. Ia menunjukkan bahawa bayi sedang belajar membina ikatan dan rasa percaya terhadap penjaga utamanya, selalunya ibu atau ayah.
Tingkah laku melekat ini juga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:
Perubahan dalam perkembangan – contohnya ketika bayi sedang tumbuh gigi, mengalami lonjakan pertumbuhan, atau sedang melalui fasa keresahan apabila berpisah.
Persekitaran yang baru – keadaan yang asing atau tidak dikenali boleh membuat bayi rasa tidak selesa dan memerlukan kehadiran penjaga untuk rasa lebih selamat.
Ciri semula jadi bayi itu sendiri – sesetengah bayi memang secara semula jadi lebih peka dan memerlukan lebih banyak rangsangan emosi untuk berasa tenang.
Menjadi ibu bapa kepada baby Velcro boleh sangat mencabar terutamanya bila anda memerlukan ruang peribadi atau ingin lakukan kerja lain. Namun, ada beberapa cara yang boleh membantu:
Cuba fahami bahawa si kecil tidak ‘manja’, tapi sedang mencari rasa selamat. Memenuhi keperluan emosi ini sebenarnya membantu mereka jadi lebih yakin untuk berdikari nanti.
Bayi boleh rasa dekat dengan anda, dan anda masih bebas menggunakan tangan untuk buat kerja rumah atau aktiviti lain.
Mula dengan berpisah untuk masa yang sangat singkat dan tingkatkan secara berperingkat. Contohnya, tinggalkan bayi di bilik main sambil anda ke dapur sekejap, tetapi pastikan anda masih dalam jangkauan suara.
Bayi rasa lebih tenang dan yakin bila mereka tahu apa yang dijangka berlaku. Rutin membantu mereka rasa “in control” dan mengurangkan kebimbangan.
Walaupun kecenderungan si kecil untuk sentiasa berada dekat dengan ibu bapa adalah perkara biasa, ada masanya ia mungkin menandakan sesuatu yang memerlukan perhatian.
Jika anak terlalu sukar berpisah sehingga mengganggu waktu tidurnya atau tidak mampu ditinggalkan walau sekejap terutamanya apabila usianya telah mencecah 2 atau 3 tahun, eloklah mendapatkan pandangan daripada pakar.
Berbincanglah dengan doktor atau pakar perkembangan kanak-kanak untuk memastikan sama ada tingkah laku ini masih dalam lingkungan perkembangan yang sihat, atau jika ada keperluan untuk sokongan tambahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu-ibu pernah tak mengurut bayi? Tahu tak, sebenarnya ada banyak kebaikan urutan untuk si manja. Teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Menurut Hello Doktor, walaupun pada dasarnya masih banyak penyelidikan lebih lanjut diperlukan, namun hasil dalam beberapa kajian menunjukkan terdapat kebaikan urutan kepada bayi. Bahkan, ia dikatakan membantu dalam proses tumbesaran yang sihat.
Mengurut bayi menawarkan pelbagai manfaat. Dengan setiap sentuhan lembut, bayi akan berasa disayangi dan dikasihi. Sudah tentu ia secara tidak langsung akan mengukuhkan hubungan antara ibu dan anak.
Anda ingin cuba melakukan urutan kepada si manja tetapi tidak pasti di mana harus bermula? Ini caranya.
Sebelum mengetahui cara mengurut bayi, jom fahami terlebih dahulu manfaat bagi setiap urutan dan sentuhan yang dilakukan.
Antara kebaikan urutan adalah seperti:
Urutan yang dilakukan kepada bayi dapat melegakan tekanan mereka dengan merangsang pembebasan oksitosin, neurohormon yang baik dan menurunkan kadar kortisol – hormon stres.
Ia mengendurkan otot, merangsang tumbesaran dan sangat bagus untuk bayi kolik – keadaan di mana bayi akan menangis untuk jangka masa yang panjang.
Mengurut bayi mendatangkan manfaat kepada sistem saraf bayi kerana ia dapat meningkatkan perkembangan kemahiran motorik mereka.
Bayi yang diurut juga akan tidur dengan baik. Kelebihan ini memberikan faedah dalam proses tumbesaran otot yang lebih cepat hingga kepada peningkatan tindak balas imun.
Urutan juga membolehkan lebih banyak hormon melatonin terhasil – hormon yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mempercepatkan tidur.
Kebaikan urutan adalah ia boleh menjadi cara untuk menenangkan bayi dengan sindrom Down atau cerebral palsy.
Bayi pramatang juga akan menunjukkan perkembangan motor yang lebih baik apabila diurut secara berkala. Malahan, mereka juga akan menambah berat badan lebih cepat berbanding bayi pramatang yang tidak pernah diurut.
Mengurut bayi anda juga akan dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan juga menurunkan rasa ketidakselesaan yang berpunca oleh gas atau keasidan, kembung perut mahupun pertumbuhan gigi.
Urutan akan merangsang saraf yang melalui saluran usus sehingga memberikan manfaat kepada sistem pencernaan.
Berdasarkan laporan daripada Asian Nursing Research Journal, rangsangan sentuhan semasa urutan akan memberikan kesan positif terhadap perkembangan psikologi dan sosial bayi di samping memperkuatkan ikatan bayi dengan ibu bapa.
Dikatakan mengurut adalah berkesan untuk mengatasi kemurungan selepas bersalin atau dalam bahasa mudahnya, meroyan, dalam kalangan ibu-ibu.
Umumnya, ibu yang tertekan menunjukkan mood dan tingkah laku yang lebih baik ketika mereka mengurut bayi mereka secara berkala.
Sebelum melakukan urutan, ada beberapa teknik yang perlu ibu (atau bapa) ketahui, antaranya:
Waktu terbaik untuk memulakan urutan bayi adalah ketika mereka terjaga dan dalam keadaan tenang.
Pilih masa antara 2 sesi penyusuan. Jarakkan tempoh masa lebih kurang 45 minit daripada sesi penyusuan terakhir si manja. Anda juga disarankan untuk menunggu 15 minit selepas mengurut sebelum menyusukan bayi.
Urut bayi anda di tempat yang tenang dan memberikan keselesaan buat kalian berdua.
Baringkan si manja di atas tuala agar mereka berasa selesa. Sesi urutan juga boleh dilakukan di atas meja menukar lampin atau di atas katil anda.
Sentiasa berkomunikasi semasa anda mengurut bayi.
Anda boleh mengulangi nama mereka dan perkataan ‘santai’ untuk menolong mereka berasa tenang, selain daripada bercerita atau menyanyikan lagu kanak-kanak kegemaran si manja.
Sekiranya menggunakan minyak, pilih produk tanpa wangian dan selamat kerana bayi mungkin memasukkan jari ke dalam mulut mereka.
Genggam sebelah kaki si manja dengan lembut dan lakukan urutan lembut daripada bahagian paha ke pergelangan kaki.
Ulang teknik mengurut bayi ini beberapa kali sebelum melakukannya ke kaki sebelah.
Letakkan tapak tangan pada bahagian tengah perut si manja. Menggunakan hujung jari, lakukan gerakan urutan perlahan dan lembut mengikut arah jam.
Ulangi urutan ini beberapa kali.
Lakukan gerakan perlahan pada lengan si manja. Bermula dengan bahunya dan bergerak ke bahagian pergelangan tangan.
Ulangi 2 hingga 3 kali sebelum beralih ke lengan yang sebelah lagi.
Berikan sokongan bahagian badan atas dan kepala si manja menggunakan sebelah tangan.
Letakkan ibu jari tangan sebelah ke satu sisi leher bayi dan 2 jari di sisi bertentangan. Kemudian gunakan hujung jari lakukan usapan lembut dengan gerakan membulat.
Ulangi gerakan tersebut untuk beberapa kali.
Pertama sekali, berikan bayi urutan pada bahagian perut.
Kemudian bengkokkan lutut ke perutnya dan tahan selama 30 saat sebelum melepaskannya. Ulangi kaedah mengurut bayi ini beberapa kali.
Letakkan sebelah tapak tangan pada perut bayi. Lurutkan tangan dengan lembut daripada perut ke bahagian bawah, ia membantu melepaskan gas yang tersimpan. Ulangi gerakan ini jika perlu.
Urutan bayi adalah terapi menenangkan untuk mereka dan mengeratkan ikatan antara anda dan si manja. Namun, tidak semua bayi suka apabila diurut.
Jika ia tidak berjaya pada kali pertama, mungkin anda boleh mencubanya beberapa kali sebelum mendapatkan teknik urutan yang betul dan bersesuaian dengan bayi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.
Gaya Tidur
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi:
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.
Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, bantuan muzik boleh membentuk jadual tidur berkala.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi Taman Cerating Damai menyayat hati apabila jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahirnya dalam kejadian lima sekeluarga maut di Kuantan.