Stres juga mama papa terutamanya yang baru kali pertama. Anak kuat mengamuk & menangis, tak tahu apa yang tak kena. Mulalah perkenalkan anak rutin.

Bagi bayi, setiap hari ialah penuh dengan perkara baru yang menyeronokkan dan perlu diteroka. Tahukah anda, menetapkan rutin berjadual rutin kepada bayi akan menjadikan mereka anak yang lebih tenang dan mudah diurus?

Stres Bayi Kuat Mengamuk & Menangis? Mama Papa Cuba Buat Aktiviti Berjadual

utin juga membantu bayi untuk melalui perubahan-perubahan besar dalam hidup mereka. Teruskan rutin bayi walau pun dalam situasi yang berlainan seperti dalam pertukaran pengasuh, perpindahan rumah dan sebagainya.

MENETAPKAN JADUAL RUTIN

Bagi bayi baru lahir, mereka masih belum tahu tentang siang dan malam. Maka rutin akan membantu mereka menetapkan circadian rhythm iaitu jam biologi yang terdapat pada bayi baru lahir yang membantu mereka mengenal pasti siang dan malam.

Namun ia tidak bermakna anda perlu menyusukan mengikut masa yang tetap walau pun dia sudah menangis kelaparan atau mengelakkan dia tidur di luar waktu tidur yang dijadualkan. Bayi terlalu kecil untuk mengikuti jadual seperti remaja yang tinggal di asrama!

Jangan mulakan terlalu awal. Susukan dan tidurkan mereka mengikut keperluan. Mulakan sedikit demi sedikit. Apa yang boleh anda lakukan pada sebulan pertama ialah dedahkan bayi kepada cahaya matahari selepas dia bangun dan gelapkan bilik apabila tiba waktu tidur pada waktu malam supaya dia boleh mengenal siang dan malam.

Stres Bayi Kuat Mengamuk & Menangis? Mama Papa Cuba Buat Aktiviti Berjadual

USIA 4-6 MINGGU

IKLAN

Pada usia empat hingga enam minggu, mama dan papa boleh mula perkenalkan rutin tidur kepada si manja. Caranya ialah dengan memandikan, memberikan susu dan malapkan pencahayaan dalam bilik dan biarkan bayi tidur. Jangan bimbang bila bayi bangun tiga jam kemudia kerana ia mengambil masa dan bayi masih kecil. Sekurang-kurangnya mereka belajar tentang rutin atau cue yang berkaitan dengan waktu tidur mereka.

USIA 3 BULAN-5 BULAN

Pada usia ini, bayi sudah mula bermain dengan permainan dan masih menyusu. Jadi, untuk membantu anda menetapkan masa tidur, menyusu dan bermain. Misalnya selepas mandi pagi, bayi disusukan dan tertidur seketika sebelum bangun semula selepas satu jam untuk bermain. Anda boleh membuat catatan waktu dan mood bayi ketika melakukan aktiviti ini. Ini membantu anda menetapkan rutin jika bayi kelihatan selesa dan mempunyai mood yang baik.

USIA 7 BULAN

Apabila rutin semakin tetap, menguruskan bayi menjadi lebih mudah. Anda juga tidak perlu berteka-teki. Rutin menyusu, makan dan tidur hampir tetap. Keadaan seperti susah tidur malam/ berjaga, bangun semula selepas tidur malam boleh dielakkan kecuali untuk menyusu. Adakalanya bayi yang sudah dibiasakan dengan rutin juga tidak bangun untuk menyusu sehingga ke pagi!

Apabila anda memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, anda bolehlah mencipta rutin makan dengan memperkenalkannya pada waktu yang sama setiap hari dan duduk pada kerusi yang sama.

5 KEBAIKAN RUTIN KEPADA ANAK

IKLAN

#1: Membantu mengikuti jadual

Dengan rutin, bayi lebih mudah untuk memahami tentang had masa yang perlu diikutinya. Jadi dia tahu, ini waktu tidur dan dia tidak akan bermain.

#2: Tahu urutan

Apabila dia terbiasa dengan rutin, bayi yang mencecah usia setahun akan tahu apa yang perlu dilakukan. Misalnya selepas memakai stoking, mereka perlu memakai kasut atau selepas mandi, mereka akan makan malam sebelum bed time story.

#3: Berdikari

IKLAN

Apabila bayi membesar menjadi kanak-kanak prasekolah, rutinnya menjadi semakin kukuh. Dia menjadi lebih berdikari dalam struktur rutin yang telah diciptakan sejak bayi lagi.

#4: Lebih konsisten

Anak akan lebih konsisten dalam melakukan sesuatu perkara atau rutin yang perlu dilakukan setiap hari.

#5: Tenang dan Mudah Menyesuaikan Diri

Si manja juga lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Dia menjadi tenang dan kurang meragam.

Stres Bayi Kuat Mengamuk & Menangis? Mama Papa Cuba Buat Aktiviti Berjadual

PERUBAHAN RUTIN SUPAYA LEBIH FLEKSIBEL

Walau pun rutin sudah kukuh, berikan ruang supaya ia fleksibel. Tetapi bab penyusuan, tidur dan makan, ia adalah beberapa rutin penting yang tidak patut berubah dan perlu diusahakan seboleh-bolehnya pada masa yang sama untuk mengelakkan bayi tidak selesa atau menangis.

Jangan terlalu tegas dengan bayi kecil, penyesuaian dan sedikit perubahan memberikan keselesaan kepada mereka.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI