Lebih 5 Jam Kerja, Datuk Siti Akan Bawa Aafiyah. Tak Boleh Berpisah Lama Dengan Si Pipi Merah

Share

Selepas bergelar ibu, Datuk Seri Siti Nurhaliza meletakkan syarat untuk keluar bekerja tidak lebih daripada lima jam kerana tak sanggup berpisah terlalu lama dengan anaknya, Siti Aafiyah.

Siti menjelaskan syarat itu dah diberitahu awal kepada pengurusannya kerana anaknya masih menyusu badan.

“Dalam hati itu sentiasa ada perasaan tak sanggup nak tinggalkan anak, tetapi kerana tugas dan kerja perlulah diturutkan.

“Dia (Aafiyah) pun semakin besar dan faham. Paling tak sanggup tengok apabila saya nak keluar dia pun nak ikut sama.

“Sebab itu seringkali saya tekankan kepada pengurusan kalau keluar bekerja pun tidak akan lebih daripada lima jam.

“Lebih daripada tempoh itu saya perlu bawa Aafiyah sekali, biasalah mak-mak. Kalau tak terpaksa pula bawa alat-alat lain untuk ‘berperang’,” katanya kepada hLive.

Siti juga mendedahkan dia bersyukur urusannya untuk menjaga Aafiyah dipermudahkan dengan adanya jururawat.

 

“Alhamdulillah, saya ada nurse yang membantu menjaga Aafiyah dengan baik. Jadi hati pun tak risau,” tambahnya.

Sumber: Gempak

IKLAN