Biskut Almond London antara biskut pilihan yang disukai oleh semua peringkat umur. Salutan coklat diluarnya dengan kombinasi badam menambahkan lagi kesedapan biskut ini. Namun harga yang dijual kini agak mahal kerana kos bahan mentah pun meningkat.

Bagi ibu yang ada keinginan untuk cuba buat sendiri, boleh ikut resipi ini. Lagi istimewa ada satu bahan yang mungkin tak semua orang letakkan dalam adunan untuk menambahkan kesedapan biskut tersebut.

Berikut resipi yang dikongsikan oleh Mia Azhar. Selain tip untuk bagi biskut lebih sedap, untuk menjimatkan masa mengentel pun ada tipnya.

Lebih 8k Perkongsian, Ni Cara Jimat Masa Buat Almond London Crunchy & Sama Saiz

ALMOND LONDON

Bahan-bahan:

250gm butter
100gm gula aicing
2 biji kuning telor
450gm tepung gandum
Sedikit baking powder – ayak bersama tepung
1/2 cwn cornflakes dikisar halus
1 sudu teh esen vanilla
Buah badam yang dipanggang
Badam cincang untuk hiasan disangai

Cara membuat:

Lebih 8k Perkongsian, Ni Cara Jimat Masa Buat Almond London Crunchy & Sama Saiz

IKLAN

# Pukul manja butter sedikit kembang. Masukkan gula, pukul lagi.

# Masukkan kuning telur sebiji sebiji + esen vanilla, gaul sebati.

# Masukkan cornflakes, gaul sebati. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil gaul. Adunan mesti lembut.

Lebih 8k Perkongsian, Ni Cara Jimat Masa Buat Almond London Crunchy & Sama Saiz

# Bulat-bulatkan dan letakkan badam dan boleh la dibentukkan sama ada bulat atau pun bujur.

IKLAN

# Bakar kekuningan dalam suhu 160 selama 25 minit. Ikut oven masing-masing.

Lebih 8k Perkongsian, Ni Cara Jimat Masa Buat Almond London Crunchy & Sama Saiz

# Apabila dah masak, ketepikan dahulu biar sejuk seketika.

# Masak secara double boil coklat + shortening @ butter.

Lebih 8k Perkongsian, Ni Cara Jimat Masa Buat Almond London Crunchy & Sama Saiz

IKLAN

# Celup biskut tadi dan di tabur badam cincang yang telah di sangai kekuningan.

Kredit Resepi: Mia Izhar via Zuraini Saari Zue

BACA [Telur Pecah Sambal 3 Rasa, Resepi Simple Untuk Sahur]

BACA JUGA [Tip Daging Goreng Lembut & Juicy. Tak Guna Daging Batang Pinang Pun Jadi!]

Lebih 8k Perkongsian, Ni Cara Jimat Masa Buat Almond London Crunchy & Sama Saiz

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI