Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19.
Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.
“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.
“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut,” kata kedutaan dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.
Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.
Ads
Difahamkan, terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku pada bulan Jun, yang turut melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu.
“Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan,” tambah kedutaan itu lagi.
Ads
Berdasarkan laporan daripada agensi berita Kazinform, seramai 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia dimasukkan ke hospital saban hari.
Menurut agensi itu lagi, sebanyak 1,700 kes pneumonia dikesan di seluruh negara pada Jun, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kazakhstan melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lepas untuk membendung penularan COVID-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.
Ads
Begitupun, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes pneumonia di negara itu.
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev sebelum ini mengatakan keadaan kekal serius dan masih terlalu awal untuk melonggarkan sekatan sepenuhnya.
Tambahnya, negara itu “sebenarnya menghadapi gelombang koronavirus kedua ditambah dengan peningkatan besar dalam kes pneumonia,” menurut agensi berita Rusia Tass.
Isu tentang penggunaan bius epidural waktu bersalin kembali hangat dibincangkan. Baru-baru ni, satu video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik oleh pelakon Ummi Nazeera menarik perhatian ramai netizen.
Apa yang buat video tu jadi tumpuan, ialah nasihat tegas dan serius dari suami Ummi sendiri yang bercakap tentang risiko serta kepentingan memahami prosedur epidural ni.
“Ini bukan benda main-main, ini nyawa isteri dan anak-anak,” katanya dalam nada yang cukup mendalam dan protective.
Ramai netizen puji sikap prihatin suami Ummi yang ambil tahu hal-hal melibatkan keselamatan isteri ketika bersalin.
Untuk info, bius epidural dah digunakan berdekad lamanya dalam dunia perubatan. Ia melibatkan suntikan ubat bius ke dalam ruang epidural di tulang belakang dan bertujuan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit.
Biasanya digunakan untuk ibu yang nak bersalin secara normal atau melalui pembedahan caesarean.
@izzaranwariBius Epidural adalah intervensi perubatan yang SELAMAT & BERKESAN. Kalau ada indikasi/ sebab untuk buat, tak jadi masalah. Yang buat bius epidural, tak bermakna anda tak hebat etc. Saya pun kena bius epidural untuk pembedahan lutut (ACL) saya dulu. Dah boleh kan. Ok je.
Topik ni penting untuk diberi perhatian, bukan saja oleh ibu mengandung, tapi juga para suami supaya sama-sama faham risiko dan manfaat sebelum membuat keputusan.
Untuk info Ummi Nazeera, pelakon terkenal Malaysia, telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Anak sulung mereka, Ayra Aneesah binti Mohd Izzar, dilahirkan pada 22 Ogos 2018. Manakala anak kedua, Aysha Arsylia, dilahirkan pada 2 Jun 2021.
Aktiviti mendaki sememangnya menjadi kegemaran dan hobi sesetengah pihak. Namun membawa anak kecil untuk turut sama mendaki bukanlah satu usaha yang mudah malah patut diberikan pujian.
Pendakian seorang lelaki bersama keluarga dan bayi yang dikendongnya ketika mendaki dipuji orang ramai.
Mana tidaknya, tidak perlukan pengendong atau carrier yang melekap kemas di badan, seorang bapa, Muhammad Furqan Othman mengendong bayinya yang berusia lima bulan, Marissa Faitihah Hana yang tidur sepanjang pendakian itu.
Video yang dikongsikan oleh akaun Tik Tok @syareelizamali sudah pastinya menerima pujian orang ramai.
Pemilik akaun Tik Tok, yang dikenali sebagai Syareel, mengakui berasa amat kagum melihat situasi itu.
“Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.
“Tabik springlah satu family ni. Mak dia dah lepas ke atas dah. Gilir-gilir dukung baby katanya,” kongsinya lagi.
Melalui perkongsian video itu, kata Syareel lagi, anaknya itu akan menangis jika bapanya berhenti lama di pendakian. Maka meneruskan pendakian adalah jalan terbaik bersama keluarganya.
Dek kerana sudah terbiasa dengan alam, kongsi bapa ini lagi, anaknya lebih mudah menangis di rumah dan kelihatan lebih tenang bila berada dekat dengan alam.
Bukan itu sahaja, bahkan rupanya bayi kecil ini pernah dibawa mendaki ke tempat paling tinggi seperti di Bukit Broga serta turut mempunyai cadangan ke Gunung Angsi dan Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan. Memang hebat!
Fenomena cuaca panas dijangka berterusan hingga hujung bulan depan-METMalaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara kini akan berterusan sehingga pertengahan atau penghujung bulan hadapan.
Fenomena Cuaca Panas Dijangka Berterusan Hingga Hujung Bulan Depan – METMalaysia
Menurut Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, cuaca seperti ini merupakan satu fenomena biasa yang berlaku di luar tempoh peralihan monsun, khususnya di penghujung Monsun Timur Laut dan sepanjang Monsun Barat Daya.
“Ketika ini, negara berada dalam tempoh peralihan monsun yang dijangka akan berterusan sehingga pertengahan atau akhir bulan hadapan,” jelas beliau.
Tambah beliau, fasa peralihan monsun ini lazimnya membawa keadaan cuaca yang panas ketika waktu tengah hari, manakala kelembapan meningkat pada waktu petang hingga awal malam di kebanyakan kawasan.
Beliau turut menjelaskan bahawa corak tiupan angin yang tidak menentu dan sering berubah arah menjadi punca utama kepada ketidakstabilan cuaca yang dialami kebelakangan ini.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan agar sentiasa mengambil maklum mengenai perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini serta amaran cuaca melalui laman web rasmi METMalaysia, aplikasi myCuaca dan juga saluran media sosial agensi tersebut.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.