Antara usia anak satu hingga enam tahun, ia adalah tempoh mencabar bagi ibu bapa untuk hadap perangai atau ragam anak-anak. Ini antara perkara yang normal dan boleh berlaku bila-bila masa atau di mana-mana saja.
Sharieq buat hal lagi!
Terkini, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong berkongsi satu lagi ‘drama’ dibuat oleh anaknya, Shariq Gabriel kerana tidak mahu berjalan sewaktu mereka berada di salah sebuah pusat membeli-belah di Singapura.
Pun begitu, kali ini Emma dan suami malas melayan lalu terpaksa ‘seret’ Sharieq kerana tidak mahu sering ‘dukung’ dan dimanjakan.
“Bila anak buat perangai tak nak jalan tapi kita tak nak biasakan dukung sebab 24 jam nak dukung, tak nak jalan,”ujar Emma.
Ads
Kejap saja, Sharieq menang!
Dalam pada itu, Emma memberitahu dia dan suami akhirnya terpaksa mengaku kalah kerana risau akan keadaan anaknya pada ketika itu.
“Tapi, akhirnya dia menang juga. Haih, kita kalah. Bawa stroller pun dia nak duduk, time tidur kalau tak dia lari. Mesti banyak mak-mak dah lalui benda ni kan,”kongsi Emma di ruangan komen hantaran tersebut.
Rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat Sharieq selain mengatakan ia adalah perkara normal terpaksa dilalui oleh ibu bapa ketika anak-anak sedang meragam.
Untuk rekod, Emma berkahwin dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata sulung bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Kembar yatim piatu, S Yamuna dan S Yasoda berjaya genggam ijazah, nenek jadi sumber inspirasi. Pasangan kembar S Yamuna dan S Yasoda, 23, berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan selepas melalui perlbagai cabaran.
Pasangan kembar dari Dengkil, Selangor ini dibesarkan oleh datuk dan nenek sejak kecil selepas ayah meninggal dunia akibat kemalangan pada 2006 dan ibu pula pergi buat selamanya tiga tahun selepas itu akibat kanser paru-paru.
S Yamuna berkata, sekali lagi mereka diuji dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2010 yang menyebabkan datuknya meninggal dunia.
Jelasnya, dia bersama kakak dan abang kemudiannya dibesarkan oleh nenek dan banyak bergantung dengan bapa saudara dan bantuan bulanan diberikan kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan UTM.
‘’Nenek, A Letchumy, 70 merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,” katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-68 di sini pada Rabu.
Pasangan kembar yang turut memperoleh Anugerah Dekan berkata, meskipun menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan namun mereka tidak pernah berputus asa untuk mengejar impian menjadi seorang akauntan.
Jelasnya, kejayaan itu merupakan hadiah terindah diberikan kepada neneknya yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dia bersama adik kembarnya.
“Kami sentiasa menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain. Kami gemar belajar seawal jam 4 pagi dan kerap ulang kaji bersama.
“Segala yang kami capai merupakan usaha dan sokongan nenek, kakak dan abang,” katanya.
Selain rasa masakan yang sedap, salah satu tip untuk menjadikan makanan yang kita sediakan untuk anak-anak haruslah berkat. Bermula dengan bahan mentah yang dibeli oleh si ayah sehinggalah ketika proses ibu memasaknya. Rahsia air tangan ibu selain kepakaran menyediakan hidangan yang enak adalah amalan yang dibuatnya semasa di dapur.
Semasa ibu memasak, ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Inilah masa yang sesuai untuk membacakan doa dan zikir pada masakan.
Malah pesanan mak-mak kita dulu katanya, ‘air tangan ibu sangat berkuasa untuk mengikat kasih sayang anak-anak dan juga suami. Oleh, jika anak isteri yang bekerjaya dan sibuk , ibu-ibu tetap kena curi masa memasak untuk ahli keluarga.
Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga. Malah memberi suapan kepada mulut anak dengan tangan membawa kesan yang mendalam kepada diri anak.
Memang tidak ada kajian saintifik yang menjelaskan kehebatan air tangan seorang ibu, tetapi ia boleh dijelaskan melalui kaedah rohaniah.
11 ZIKIR DAN DOA SEMASA MEMASAK YANG BOLEH DIAMALKAN OLEH IBU-IBU
2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Moga ibu-ibu muhasabah diri untuk memasak buat ahli keluarga. Dengan air tangan ibu-ibu yang penuh kasih sayang semasa memasakan serta disulami zikir dan doa akan menjadikan akhlak anak-anak terpuji. Doa dan zikir ini juga boleh dipraktikkan kepada suami supaya rumah tangga harmoni dan penuh kasih sayang.
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak yang soleh, menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Namun, siapa sangka seorang remaja dari pedalaman Kelantan ini bukan sahaja berjaya membanggakan keluarganya, malah mencatat sejarah sebagai anak Orang Asli pertama bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran.
Itulah kisah Muhammad Izzuddin Hasmadi, 16 tahun, pelajar Tingkatan Empat di SMK Agama Tok Bachok. Berasal daripada suku kaum Temiar di Pos Balar, Gua Musang, kejayaan anak keenam daripada sembilan beradik ini disambut dengan penuh rasa syukur dan linangan air mata ibu bapanya.
Bukan mudah untuk seorang anak dari kawasan pedalaman mencapai kejayaan luar biasa ini. Untuk ke sekolah sahaja, Izzuddin perlu menempuh hampir sembilan jam perjalanan dari kampungnya ke Bachok. Meredah hutan, menaiki kereta berjam-jam lamanya – itulah rutin yang akhirnya menjadi motivasi buat dirinya untuk lebih berusaha.
Menurut Izzuddin, cabaran paling besar bukan sekadar menghafaz, tetapi mengekalkan istiqamah dalam mengulang hafalan. Beliau menjaga pemakanan dengan mengelakkan makanan masam serta segera, selain menghabiskan banyak masa malam untuk menghafal. Minatnya mula berputik sejak usia 11 tahun ketika menyertai tilawah di sekolah rendah, dan sejak itu cintanya kepada al-Quran semakin subur.
Ayahnya, Hasmadi Ghazali, 47, seorang guru pendidikan Islam, tidak mampu menyembunyikan rasa syukur apabila anaknya berjaya menamatkan hafazan penuh. Beliau mengakui kejayaan ini hadir hasil doa ibu bapa, usaha gigih anak, serta bimbingan guru dan saudara-mara.
“Alhamdulillah, saya dan isteri sangat bersyukur. Walaupun jauh dan penuh cabaran, dia tetap kuat. Kami harap dia terus istiqamah dan menjadi pembakar semangat kepada anak Orang Asli lain,” katanya sebak.
Ibunya, Norsiah Along, 49, juga menjadi kekuatan utama yang tidak pernah putus mendoakan anak-anaknya. Bagi pasangan ini, kejayaan Izzuddin adalah hadiah paling indah dalam hidup mereka.
Pencapaian Izzuddin turut membuka mata masyarakat bahawa anak-anak Orang Asli juga mampu cemerlang dalam bidang agama jika diberi peluang dan sokongan. Lebih membanggakan, keluarganya sendiri menjadi teladan – dengan abang-abangnya kini berkhidmat dalam bidang agama, tentera, polis serta melanjutkan pengajian di universiti.
Kisah ini menjadi bukti bahawa doa, usaha dan pengorbanan ibu bapa tidak pernah sia-sia. Izzuddin kini bukan sahaja kebanggaan keluarganya, malah seluruh masyarakat yang menjadikan kisahnya sebagai inspirasi.
💖 Buat ibu bapa di luar sana, percayalah – setiap anak punya potensi tersendiri. Dengan bimbingan, doa dan kasih sayang tanpa henti, insya-Allah kejayaan yang besar akan menanti.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.