Lebihan Nasi Berbuka Banyak? Jangan Buang, Jom Buat Jemput-Jemput Nasi Sedap

Share

Sayang kalau nak buang lebihan nasi, apa kata jadikan nasi tu jemput-jemput nasi jejari ketam sebagai menu moreh atau sahur. Resepi ringkas yang di kongsikan oleh Puan Aisyah Humaira ni mudah dan cepat tak pakai banyak bahan pun tapi hasilnya ranggup di luar lembut di dalam!

Sumber: Aisyah Humaira

Jom cuba cara masak jemput-jemput nasi ini di bawah. Semoga bermanfaat! 

 

Bahan-bahan:

1. 2 cawan nasi zie menggunakan beras era Nagasari super import @era
2. 2 cawan air
3. 1/2 cawan kecil tepung gandum
4.15 batang crabsticks di potong kecil
5. Daun kucai secukupnya di hiris halus
6. sedikit garam serbuk cukup rasa
7. Minyak untuk mengoreng
Cara-cara:
1.kisar nasi bersama air hingga lumat,sebati.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, bahan kisar dan semua bahan berbaki satu persatu.
3. Lalu kacau sebati. Adunan mesti tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak keperangan siap.

Dah siap! Mudah kan?  Tak sampai 20 minit dah siap jemput-jemput nasi jejari ketam mudah dan sedap ni. Boleh dimakan dengan sos thai atau sos cili kalau nak lagi sedap. Rugi kalau tak cuba tau!

 

Kredit: Puan Aisyah Humaira

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

IKLAN