Lebihan nasi jangan dibuang, sayang! Apakata mama papa buatkan anak-anak nugget nasi sendiri. Lebih sihat dengan tambahan sayur-sayur dan isi ayam di dalam adunan nugget. Kalau nak tahu cara penyediaan nugget nasi boleh ikuti artikel penuh dibawah.
Tengah hari ni buat homemade nugget nasi untuk anak.
RESEPI HOMEMADE NUGGET NASI
Bahan-bahan;
-Nasi(akak guna beras jepun, beras biasa pun boleh) -Isi ayam -Daun bawang(optional)carrot dan lain-lain -Telur(untuk celup) -Serbuk roti(salut)
Ads
Cara Penyediaan;
*Gaul nasi, isi ayam, sayuran
Ads
*Canai dan tekap dengan cetak kesukaan (lagi besar lagi baguslah) boleh sapu sedikit minyak dekat cetak dan permukaan nasi untuk tak bagi melekat
*Celup dalam telur*Salut dengan serbuk roti
*Lepas siap boleh frozenkan dulu sebelum goreng
Ads
Selamat mencuba!
#resepihani
Kredit: Hani NannyMAHN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selera kita berbeza-beza, ada yang suka makan dengan lauk berkuah, tak kurang juga yang cukup sukakan menu kering seperti sambal dan sebagainya. Resipi dendeng daging antara resipi lauk kering yang cukup sedap kala di makan bersama nasi panas. Tak cukup sepinggan, pasti bertambah.
Hendak menyediakan dendeng daging rupanya tidaklah sesukar mana, rahsia utamanya adalah perapan yang lama dan memasaknya tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Inilah yang dikongsikan oleh Rusfaniza Abu Yazid. Resipi air tangan untuk suami yang sukakan menu kering. Wajib cuba!
Bahan-bahan:
Bawang besar 1 biji
Halia 3 hiris
Bawang putih 4 ulas
Serai 2 batang ketuk
Bunga lawang/kulit kayu
Cili kisar
Kicap secukupnya
First rebus daging sampai empuk, potong nipis, lepas tu tumbuk.
Gaul daging dengan kicap manis (memang kena banyak naa). Perap 1 jam.
Lepas tu goreng, minyak banyak goreng sikit-sikit ja daging sampai hitam gelap macam ni.
Minyak goreng daging tadi masuk serai, bunga lawang, kulit kayu manis. Masukkan bahan-bahan bland, masak sampai garing. Dah garing masukkan cili kering bland ikut pedas cili tu, masuk gula 1 sudu dan garam sikit.
Masak sampai pecah minyak dan masukkan daging.
Kacau api slow sampai kering macam ni dan masukkan daun limau purut. Ok yang ni tak mau masuk pun tak apa, kami suka bau daun limau masuk laa 4 helai. Tutup api siap hidang nasi panas-panas.
Waffle menjadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang rangup diluar dan lembut didalam ditambah pula dengan jem perisa kesukaan mereka memang sedap. Lebih teruja kalau mama sendiri buatkan dekat rumah.
Kuih seri muka memang ada peminatnya tersendiri. Tambah lagi jika lapisan atas santannya lembut dan pulutnya pula cukup rasa lemak santan, makan sekeping tak cukup.
Cumanya yang menjadi masalah ramai yang takut mencuba untuk buat kuih ni kerana risau tak jadi dan tak tahu cara paling mudah nak sediakan.
Bagi yang mahu mencubanya, resipi yang dikongsikan oleh Siti Aminah Basir ini boleh anda cuba.
Langkah nak buat dan sukatan bahan yang menggunakan cawan juga sangat mudah. Anda yang pertama kali nak cuba buat pun lebih yakin.
Seri Muka Pandan
Bahan dan cara membuatnya:
Rendam 3 cawan beras pulut selama 30 minit. Kemudian kukus selama 30 – 40 minit. Letak minyak sikit nanti dia nampak berkilat cantik bila dah masak. Tapi kalau terlupa pun tak ada masalah. Loyang tu boleh alas dengan plastik tahan panas atau oles minyak supaya senang nak ambil bila dah masak.
Bila pulut dah separuh masak, gaulkan dengan sekotak kecil santan dan 2 cawan air. Garam 1 sudu kecil jangan lupa gaulkan sekali ye.
Masukkan semula dalam loyang dan kukus sehingga benar-benar masak. Keluarkan dan mampatkan. Mampatkan guna senduk plastik supaya kerja jadi mudah dan tak melekat pada senduk. Kemudian kukus lagi 5 minit.
Sediakan 1 cawan tepung gandum, 3 sudu tepung jagung, 2 cawan air pandan/air, 1 cawan gula pasir, satu cawan/ sekotak kecil santan, 3 biji telur, 1 sudu kecil garam. Tambah pewarna hijau kalau nak nampak lebih menarik.
Masukkan semua bahan dalam blander, kemudian keluarkan dan tapis.
Masak atas dapur dengan api kecil. Kacau sehingga sikit je nampak bergentel/nampak sedikit pekat.
Gaul-gaul atau kacau-kacau masa atas dapur tu. Dalam 2- 3 minit je.
Masukkan dalam loyang yang ada pulut tadi
Kukus selama 20-30 minit. Jangan buka tutup buka tutup penutup pengukus ye. Biar je 30 minit tu jangan usik-usik. Cukup masa je baru buka la. Memang nampak macam basah atas dia.
Alihkan dari pengukus. Biarkan sejuk selama 4 jam. Nanti atas dia baru la nampak kering-kering gitu.
Dah betul-betul sejuk. Baru potong. Nampak cantik kan? Yakin boleh masak. Cuba masak mesti jadi!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!