Bawang putih sebenarnya banyak khasiat. Bukan sahaja untuk menambahkan kesedapan dalam masakan tetapi ia kaya dengan vitamin, mineral dan enzim yang diperlukan oleh badan jika diambil dalam kadar yang berpatutan.
Selain itu, kebaikan bawang putih juga sangat elok untuk masalah pencernaan dan antara bahan yang dapat membantu mengurangkan batuk berkahak pada bayi.
Bahan-bahan pun sangatlah senang
● baby oil
● bawang putih
● kerajinan ibu masing-masing
Lagi-lagi anak bawah usia dua tahun, sememangnya tak digalakkan untuk makan ubat batuk. Jadi apabila batuk dan pakej sekali dengan selesema ia sangat sukar untuk ibu bapa uruskan anak kecil.
Ads
Oleh itu, bagi anda yang nak mencuba petua minyak bawang putih, boleh cuba buat dan sapu pada beberapa bahagian badan anak. Mana tahu petua ini berkesan dan serasi dengan anak.
Tergerak juga hati nak buat minyak bawang putih memandangkan batuk anak-anak makin kuat. Nak-nak kakak Ayra. Selang seli ubat dan madu. Makin banyak pula bunyi kahak.
Bukan tak pernah ada orang kongsi pasal khasiat minyak bawang putih ini tapi biasalah sikap tangguh-tangguh bermaharajela.
Ads
Jadi risaukan kakak dan adik yang malam-malam je batuk kuat sampai muntah-muntah, ibu pun terus buat minyak ni. Rupanya sangat berkesan!
Malam pertama sapu di bahagian dada, belakang badan, pangkal hidung, betis dan tapak kaki, malam tu jugak kedua-duanya tidur lena!! Sambil-sambil itu jangan lupa selawat berterusan!
Siang lepas mandi pun sapu juga. Ni dah 3 malam buat alhamdulillah batuk adik memang hilang. Kahak kakak pun dah tak dengar dah. Kenapalah tak cuba dari awal. CUBA DULU!
**Teringin nak beli barangan anak pada harga berpatutan, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas kejadian yang berlaku kepada arwah Adam Rayqal, ramai ibu dalam dilema. Kejadian ini telah membuka mata semua pihak dan ada yang mula risau.
Sebenarnya ibu bapa yang bekerja berhak untuk meletakkan anak masing-masing di rumah pengasuh atau taska. Cuma jika memilih pengasuh perlu ada lebih ketelitian.
Untuk pengetahuan semua pengasuh juga perlu ada lesen mengasuh anak di rumah. Perlu pergi kursus bagi melayakkan diri mengasuh bayi dan kanak-kanak di rumah.
Antara sebab utama ibu bapa memilih pengasuh adalah anak-anak asuhan tidak ramai. Supaya pengasuh dapat fokus kepada anak kita. Sangat baik tujuan dan niat itu. Tapi adakah kita terfikir kesan sebaliknya.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim mungkin memberi sedikit ilmu kepada ibu bapa. Antara pilihan taska atau pengasuh, ibu bapa yang selayaknya buat keputusan tepat.
Baik… atas sedikit pengalaman yang ada sebagai ibu, guru dan juga pernah menghadiri Kursus Awal Asuhan Kanak-kanak (KAAK), jom kita lihat pros & cons menghantar anak ke rumah pengasuh mahupun ke taska.
Saya tidak kata taska lebih baik. Atau pengasuh tidak elok. Taska pun ada yang bermasalah. Pengasuh pun ada yang sangat bagus.Tapi saya bagi panduan dan berkongsi pengalaman dan ilmu sahaja. Selebihnya kita sebagai ibu dan bapa yang perlu bijak memilih mana yang terbaik.
Keyword di sini kita sebagai ibu bapa perlu ada ILMU dan BIJAK memilih, siapa yang berhak mengasuh dan mendidik anak-anak kita.
Kebaikan menghantar anak ke pengasuh:
Ok..saya nampak 3 ini kebaikan menghantar ke pengasuh. Jika ada lagi, sila tambah dibahagian komen.
Kemusykilan (saya tidak gunakan keburukan) menghantar anak ke pengasuh di rumah.
Jika pengasuh memasak, di mana kedudukan anak waktu itu, jika pengasuh mandi atau buang air, siapa yang jaga anak kita? Pengasuh boleh keluar tak? Kalau keluar, bawa anak kita ke? Kalau tinggal, siapa jaga?
Ok. Kejap. Nak tarik nafas sat.
Itulah serba sedikit panduan untuk menjadi kayu ukur buat ibu bapa membuat pemilihan samada ingin memilih pengasuh di rumah atau taska.
Saya tahu, pasti sahaja ada yang tidak bersetuju. Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah panduan umum sahaja. Pasti sahaja ada pros & cons tapi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak kita.
Sedikit nasihat kepada pengasuh mahupun taska, jagalah amanah kami dengan baik dan ibu bapa, janganlah kita sekadar menghantar tetapi bersifat ihsan lah kita kepada insan yang menjaga dan mengasuh anak kita.
Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk dalam kita memilih pengasuh dan pendidik untuk anak-anak kita.
Bila anak nak masuk Tahun Satu, kebanyakan ibu bapa akan mula fokus bab membaca. Sama ada lancar membaca buku Bahasa Melayu dan dan Bahasa Inggeris dua-dua penting. Tambah lagi dalam keadaan sekarang yang memerlukan penguasaan pembacaan yang bagus.
Menerusi perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli, ada cara yang lebih mudah dan cepat untuk anak kuasai membaca buku Bahasa Inggeris.
Tips Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris
Hari ni terdetik nak kongsikan pengalaman kecil cara mengajar anak membaca Bahasa Inggeris memandangkan ada beberapa ibu yang bertanya. Sebenarnya saya pun tak pandai juga, sekadar cuba yang termampu, dan bila nampak keberkesanannya dan ada cebisan ilmu yang saya belajar rasa tak salah nak berkongsi kan?
Secara asasnya, untuk senang anak belajar membaca Bahasa Inggeris, anak-anak perlu
✅Diperkenalkan bunyi huruf bukan nama huruf
✅Diberi fokus pada kesedaran fonemik dan fonik
✅Dilatih anak untuk ‘blend and segmentise’ perkataan
✅Dibiasakan anak dengan kata kunci ( sight words)
✅Digalakkan berkomunikasi dengan mereka dalam Bahasa Inggeris supaya kosa kata bertambah
✅Mempunyai kesedaran cetakan (Print Awareness) kerana biasa dibacakan buku bersama
Faktor ini berdasarkan pendapat dan pengalaman peribadi. Dan faktor lain seperti kesediaan anak membaca juga memainkan peranan penting supaya anak lebih fokus untuk membaca.
Jadi, untuk anak menguasai 6 faktor yang saya ceritakan diatas, saya biasakan lakukan perkara berikut supaya lebih mudah anak menguasai Bahasa Inggeris
1) Biasakan anak dengan buku
Sebelum ajar anak membaca, biasakan lakukan aktiviti bacaan inggeris bersama anak seperti Read Aloud atau Bedtime Story. Selain dapat menambah bilangan kosa kata yang boleh anak kuasai, mereka juga dapat belajar cara sebutan sesetengah perkataan yang dibaca dengan betul. Sebagai contoh set English Graded Reading Package yang mempunyai ayat pendek untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman serta mempunyai perkataan baru diperkenalkan secara beransur-ansur.
2) Aktiviti membaca menyeronokkan
Aktiviti mengajar membaca bukan semata-mata menggunakan buku. Boleh juga disokong dengan aktiviti bercerita, menyanyi dan bermain. Sebagai contoh, boleh selitkan barangan kitar semula seperti kotak untuk jadikan alat bantu belajar anak-anak. Anak-anak juga boleh gunakan playdoh untuk bentukkan huruf sambil bunyikan huruf yang mewakili.
3) Gunakan buku belajar membaca yang berkesan
Sebenarnya, banyak buku dekat pasaran yang boleh membantu anak belajar membaca. Salah satu buku yang saya guna dan sangat berkesan untuk anak-anak ialah I Can Read oleh Awal. Buku I Can Read ni ada 3 saja buku teks jadi memang teruja juga sebab cepat anak dapat menguasai Bahasa Inggeris. Ini kerana buku ini mengunakan konsep berbeza yang memberi penekanan kepada kesedaran fonemik dan kata kunci sekaligus membuatkan buku ini senang untuk anak belajar membaca. Setiap buku anak akan belajar bunyi-bunyi asas Bahasa Inggeris iaitu bunyi vokal dan konsonan berbeza melalui beberapa kata kunci yang mudah dihafal.
4) Gunakan teknik nyanyian untuk mantapkan lagi pemahaman anak-anak
Anak-anak ini biasanya lebih cepat ingat bila diperdengarkan lagu. Mereka akan cuba belajar untuk mengikuti lagu dengan menyanyikan bersama lagu tersebut. Secara tak langsung, anak dapat mengaplikasikan pendengaran mereka terhadap lagu kepada membaca dan anak juga dapat menyanyi dengan baik sambil mengiringi muzik. InsyaAllah lama kelamaan mereka boleh menyebut perkataan dengan baik. Contoh Video Kegemaran kami,
5) Kukuhkan pemahaman anak dengan latihan menulis pengukuhan dan pengayaan
Belajar membaca juga perlu disokong dengan aktiviti menulis yang sesuai dengan perkembangan umur mereka. Buku Latihan yang digunakan perlulah buku yang lebih menekankan kemahiran motorik halus seperti kemahran menconteng, mewarna, menyalur, menyambung dan menyalin.
Buku yang kami gunakan juga Buku I Can Write terdapat dalam pakej I Can Read ini. Setiap buku teks mengandungi 2 buku Latihan, jadi kebiasaannya selepas aktiviti membaca anak-anak gunakan buku ini untuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Aktiviti membaca dan menulis yang digabungkan dalam situasi yang merangsang minda insyaAllah dapat meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.
6) Gunakan educational game untuk hiburan yang bermanfaat.
Sesekali boleh juga gunakan permainan dalam talian tapi dalam bentuk Pendidikan untuk berikan anak keseronokkan sambil belajar.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Maaf mana yang kurang sebab dulu masa belajar pun fokus untuk belajar mendidik anak sekolah rendah, bila anak sendiri kita gali ilmu dan insyaAllah kita sama2 belajar ya.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila kita sebagai ibu bapa sudah bertukar menjadi singa, menjadi naga, atau menjadi harimau mengaum kerana berhadapan dengan kerenah anak, kelembutan itu sukar untuk kita praktikkan walaupun dalam hati penuh dengan kasih sayang.
Berbeza dengan pendekatan yang selalu kita dengar, iaitu ‘pukul kerana sayang’, menurut Ustaz Syaari pengulangan panggilan “Ya Bunayya” (wahai anakku yang disayangi) adalah tanda “aku berpesan kerana sayang kepadamu wahai anak.”
Begitu juga apabila Nabi Ibrahim a.s ulang menyebut “Ya Abati” yang bermaksud “Wahai ayahanda yang dikasihi” walaupun ayah Nabi Ibrahim seorang penyembah berhala.
Nabi Ya’qub juga memanggil anak-anak Baginda dengan panggilan “Ya Bunayya” apabila meminta mereka mencari Nabi Yusuf dan Bunyamin walaupun merekalah yang berkomplot jahat terhadap saudara mereka sendiri.
Berlembut dengan kerenah anak yang menguji kesabaran memang payah. Bersabar dengan kerenah anak memang sukar. ‘Easier said than done’.
Bertukar menjadi hijau atau menjadi ‘Momster’ lebih mudah berbanding sabar dan berlembut.
Pengulangan panggilan dengan kelembutan menggambarkan kesungguhan untuk menyeru kepada kebaikan walaupun anak menunjukkan respon yang negatif.
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah berusaha melakukan yang terbaik dengan bersungguh-sungguh tanpa berputus asa.
Anak mungkin tidak akan menunjukkan perubahan dalam masa yang singkat. Ataupun mungkin anak terlalu sukar untuk berubah terutamanya yang sudah remaja ataupun dewasa. Tetapi sekurang-kurangnya kita terus berusaha, termasuklah usaha untuk berlembut dan bersabar.
“Hidayah dalam hati anak-anak adalah di tangan Allah”. (ms 62)*
Noor Afidah Abu Bakar Parent Connect Consultancy
*Rujukan:
Indahnya Pesan Luqman Al-Hakim
Ustaz Syaari Ab Rahman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!