Setiap wanita mengandung pasti akan mengalami perubahan hormon. Semakin meningkat usia kandungan, semakin banyak proses perubahan hormon berlaku.
Dalam tempoh kehamilan itu, perubahan hormon di kalangan wanita sangat ketara sehingga menyebabkan suami sukar untuk memahami sepenuhnya punca perubahan yang berlaku seperti emosi yang tidak stabil, sembelit, perubahan waktu tidur dan mengidam makanan.
Kesan perubahan pelbagai hormon dalam badan merupakan punca utama kepada semua simptom tersebut. Perubahan hormon inilah membolehkan wanita mengandungkan bayi selama sembilan bulan dan membantunya membesar.
Antara perubahan yang berlaku adalah:
Ads
✅ LEHER, KETIAK DAN KAKI HITAM
Semasa hamil , perubahan kulit akan terjadi seperti ketiak hitam ,leher hitam dan kaki hitam serta sebagainya. Tompok-tompok hitam ini dipanggil “CHLOASMA”.
✅ KEGATALAN KULIT
Ads
Ibu hamil jugak akan mengalami kegatalan kulit terutama pada bahagian perut. Kegatalan ini menyebabkan ibu tidak rasa selesa dan sentiasa tergaru.
Masalah pada kulit muka juga seperti jeragat dan jerawat akan terjadi pada ibu hamil. Ini disebabkan perubahan hormon ibu mengandung akan mengeluarkan minyak yang berlebihan pada muka dn kekurangan air juga akan menyebabkan timbul masaah jeragat, jerawat dan sebagainya.
Nabila Razali tak boleh duduk diam, masih nak bekerja, berdebar bersalin anak pertama. Dalam keterujaan menantikan kelahiran anak sulung pada Januari depan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali masih aktif bekerja meski usia kandungann sudah mencecah sembilan bulan. Wanita berusia 32 tahun itu banyak bertanya tentang pengalaman wanita lain yang pernah melalui proses tersebut sebelum ini.
“Kini saya hanya menunggu minggu untuk melahirkan anak pertama yang dijangka pada Januari depan.
“Ya rasa gemuruh, saya sudah tanya ramai orang mengenai pengalaman bersalin termasuk Bella Astillah.
“SEKARANG ALHAMDULILLAH MASIH DIBERI TENAGA BEKERJA. MENGIKUT PERANCANGAN, SAYA SEPATUTNYA DAH BEREHAT DARI KERJAYA SENI BULAN LALU TETAPI DISEBABKAN SAYA SEORANG YANG TAK BOLEH DUDUK DIAM, SAYA MEMILIH UNTUK TERUS BEKERJA,” KATANYA.
Dalam masa sama, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami, Nik Iruwan Nik Izani yang sangat menyokong dirinya terutama dalam tempoh kehamilan cahaya mata sulung mereka.
“Suami okey dengan keputusan saya untuk aktif bekerja cuma dia pesan jaga diri elok-elok dan jangan terlalu bekerja keras takut penat.
“Rezeki saya juga memiliki seorang suami yang sangat memahami dan menyokong.
“CUMA SETAKAT TEMPOH KEHAMILAN, SEMUANYA BERJALAN DENGAN BAIK DAN MINTA SEMUA DAPAT DOAKAN AGAR URUSAN BERSALIN NANTI DIPERMUDAHKAN,” KATANYA LAGI.
Berkongsi tentang persiapan barangan bayi, Nabila mengakui perkara itu mula dilakukan sejak minggu lalu kerana jadual kerja yang padat sebelum ini.
“Persiapan barang bayi saya mula lakukan sejak minggu lepas. Dalam sibuk bekerja, sempat juga saya curi masa untuk beli beberapa keperluan seperti kereta sorong dan sebagainya.
“Ramai juga nasihatkan saya termasuk ahli keluarga agar berpada-pada dalam berbelanja sebab lihat terlalu galak membeli macam-macam barang,” ujarnya yang dijangka bercuti selama dua bulan untuk berpantang selepas bersalin sebelum kembali mula bekerja pada Ramadan tahun depan.
Nabila hadir ketika majlis pelancaran single terbaharunya bersama Bella berjudul CACACA di sini, semalam.
Berkongsi tentang lagu CACACA, Nabila teruja dapat bergandingan dengan Bella untuk menyanyikan sebuah lagu yang sarat dengan elemen nasihat dan ‘self love’.
“Lirik dan mesej dalam CACACA sangat positif dan mahu lari dari lagu-lagu lain sekarang ini yang banyak mengandungi lirik berbaur negatif.
“Harap peminat dapat menerima CACACA sebab ramai sudah menanti untuk saya muncul kembali dengan elemen pop selepas tampil dengan karya galau sahaja sebelum ini,” kongsinya.
Awal Oktober lalu, Nabila memaklumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun hadapan sebelum mengumumkan jantina bayinya iaitu lelaki pada November lalu.
Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 November 2023.
Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi di laman intagramnya tentang kehamilan dan berkongsi keputusan MGTT, bacaan gula rendah dari normal dan terpaksa membuat ujian MGTT kembali untuk pastikan kadar bacaan yang sebenar.
Selepas mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018, suaminya, Raqib Majib mengumumkan Tasha hamil dan penyanyi nasyid itu juga memberitahu ia bagai mimpi apabila mendapat tahu dalam rahim isterinya kini mengandungi zuriat mereka.
Gambar hiasan. Zaman kepala masih berbentuk sedikit lonjong. #raqshajrjourney
Result Bacaan Gula Rendah
Tasha kena repeat MGTT sebab result bacaan gula kali pertama tu rendah dari normal. What is MGTT? Refer my previous post. Okay sambung. Gula rendah sgt pun tak boleh rupanya. Jadi doktor minta repeat untuk reconfirm the result. And alhamdulillah, hasil dapatan daripada MGTT yang kedua, bacaan gula i normal. Nurse kata kalau lebih daripada range bacaan normal iaitu 8, ada byk prosedur lain kena buat. Akan ada risiko lain pulak. Berdebar nak tunggu result tu. Jadi bila datang balik selepas dua jam, Alhamdulillah bacaan gula terkawal. HB pun alhamdulillah cantik doktor kata. Alhamdulillah
Jaga Makan, Makan-makanan Berkhasiat
Cuma, still Dr. Mama pesan supaya jaga makan. Kena makan makanan berkhasiat. Sayur, buah. Kena kurangkan gula sebab gula salah satu punca utama naik berat badan kan. Last month Tasha naik 5kg! Terkejut doktor.
Perlu Buat MGTT takut-takut ada kencing manis
Sebabtu kena buat MGTT takut-takut ada kencing manis masa pregnant ni. Sebab ada yang kena time pregnant je. Ada juga yang mmg keturunan ada kencing manis, jd risiko untuk dia pun ada kencing manis tu lebih tinggi. Kebiasaannya.
Doktor Pesan Kontrol Makan Tapi Jangan Berlapar
This month pulak naik 3kg. Mana tak “comel” Walaupun ada peningkatan sebab berjaya kurangkan kenaikan berat badan daripada bulan lepas, tapi doktor tetap juga pesan untuk control. Doktor kata, “Hmm mengagumkan juga ya kenaikan berat badan mama ni” So doktor minta Tasha cuba untuk tak reach more than 2kg next month. Jangan berlapar, tapi makan makanan yang bersih dan sihat. Sebab nak kurangkan banyak risiko. Antaranya ialah risiko baby besar. Kita tengok next month okay
Air Ketuban Tak Boleh Kurang Sangat, Tak Boleh Lebih Sangat
Doktor monitor juga air ketuban. Doktor kata air ketuban tak boleh kurang sgt, tak boleh banyak sgt jugak. Thank you Dr Mama and nurses from @kumpulan_megaklinik_zahran sebab jaga/monitor Tasha dan mommies lain dengan baik sekali.
Siapa yang tidak mahu mendapat anak sihat dan pintar. Itu semua impian setiap yang bergelar ibu ayah. Anak yang cergas, cerdik dan ceria bukan boleh diperoleh tanpa sebarang rangsangan. Pelbagai usaha perlu ibu ayah lakukan jika ingin mencapai impian tersebut.
Secara umumnya pembentukan otak manusia bermula pada lapan minggu pertama kehamilan ibu. Otak adalah satu-satunya bahagian organ badan manusia yang akan terus berkembang sehingga bayi lahir. Rangsangan kepada bayi perlu dilakukan sejak dari dalam kandungan lagi.
Teknik rangsangan
1. Pertuturan
Bercakaplah dengan bayi anda setiap saat. Biarpun si kecil tidak faham apa lagi tetapi otaknya menyerap apa sahaja yang didengari dan dilihat. Berikanlah ucapan “Assalammualaikum/hello sayang, ini mama/papa, anak mama/papa ni bijak/pandailah dan sebagainya lagi kata-kata pujian yang positif. Cara ini dapat mengeratkan hubungan anda dengan anak selain boleh merangsang IQ bayi lebih tinggi serta perkembangan pertuturan yang lebih cepat.
2. Sentuhan
Semasa melakukan komunikasi, lakukan ia serentak dengan sentuhan dan belaian. Bayi memang suka dibelai dan disayangi. Cara ini dapat merangsang hormon gembira dan ceria si manja. Urutan juga dapat memberikan ketenangan kepada bayi selain mengurangkan dia meragam. Bayi yang gembira dan ceria akan membesar dengan lebih baik kerana rangsangan positif yang diterimanya. Pastikan emosi ibu juga dalam keadaan ceria dan gembira ketika melakukan rangsangan ini!
3. Bunyi
Bayi yang terdedah kepada bunyi seperti bacaan al-Quran, zikir, irama muzik klasik secara berulang-ulang sejak dari dalam kandungan mampu merangsang serta optimalkan fungsi-fungsi otaknya. Bayi yang terbiasa dengan bunyi-bunyian tersebut lebih cenderung untuk kurang meragam, tenang, mudah tidur yang menjadi antara kriteria pentng untuk membesar sihat, cerdas secara optimal.
4. Pemakanan yang sihat
Amalan pemakanan sihat sepatutnya bermula sejak ibu disahkan mengandung lagi. Kemudian ia disambung dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dan diikuti dengan pengenalan kepada makanan pejal. Pemilihan makanan yang dimakan oleh ibu memainkan peranan penting kerana anak yang menyusu susu ibu turut menikmati khasiat makanan yang sihat. Selain itu bayi yang sudah mula makan makanan pejal hendaklah disajikan dengan makanan yang disediakan sendiri yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan, daging, ayam dan bermacam lagi makanan berkhasiat lain. Ia ternyata lebih bagus berbanding makan segera bayi yang dibeli.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!