Pemakanan ibu hamil diabetes perlu diberi perhatian bagi membantu kehamilan ibu selamat untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan.
Menurut Asst. Prof. Dr. Mohammad Hj. Che’ Man, Pensyarah Perubatan Klinikal, Kulliyyah of Medicine, IIUM Kuantan, kawalan glukosa/gula semasa hamil adalah sangat penting untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Ianya sangat penting untuk setiap trimester kehamilan bagi ibu mengandung yang mempunyai penyakit kencing manis. Ianya dapat dicapai dengan pemilihan makanan yang sesuai dan pengawalan berat ibu semasa mengandung.
Mengikut kajian yang dijalankan, sesi kaunseling pemakanan dalam kumpulan yang kecil (seramai 2 hingga 4 orang) adalah sama berjaya dengan kaunseling individu untuk pencapaian paras glukosa yang baik.
Gabungan antara penjagaan diet yang baik dan aktiviti fizikal telah menurunkan komplikasi kencing manis semasa mengandung sebanyak 18% berbanding dengan penjagaan yang ‘standard’.
Mengikut kajian, pesakit kencing manis yang hamil yang menerima kaunseling diet sebelum mengandung dan mempunyai kawalan gula yang baik menunjukkan bahawa kadar komplikasi akibat kencing manis adalah rendah.
Pemakanan ibu hamil diabetes
Makanan-makanan yang perlu dijaga bagi ibu hamil yang mempunyai kencing manis:
Makanan yang perlu dielakkan:
Mengandungi gula ringkas yang meningkatkan aras gula/glukosa dalam darah secara cepat. Contohnya adalah seperti:
Gula putih, gula merah, gula melaka, gula batu dan glukosa.
Biskut manis, roti manis, kuih yang manis, kek, aiskrim, coklat.
Air tebu, air kelapa muda dan air nira.
Minuman dan makanan yang ditambah atau disalut dengan gula. Contohnya, jeruk buah-buahan dalam tin.
Makanan yang perlu dikawal:
Ads
Mengandungi gula kompleks yang diperlukan sebagai sumber tenaga untuk tubuh, diceraikan secara perlahan-lahan, makan tidak akan meningkatkan aras glukosa darah dengan mendadak. Diambil mengikut nasihat pegawai dietetik atau pegawai sains pemakanan. Contohnya,
Bijirin dan hasilnya seperti roti, nasi, biskut, oat, kueh teow, capati, tosai, putu mayam, makaroni, iddli dan spageti.
Sayuran berkanji.
Ubi kayu, ubi kentang, ubi keledek, keladi, labu, jagung, kacang peas, kacang panggang dan dhal.
Susu tepung, susu segar, susu sejat dan yogurt.
Semua jenis buah-buahan.
*Buah-buahan dan susu hendaklah diambil selepas atau semasa makan utama dan elakkan diambil semasa perut kosong. Elak ambil jus buah tetapi ambil buah!
Makanan bebas dimakan:
Tidak mengandungi gula ringkas, maka ia tidak mempengaruhi aras glukosa darah. Contohnya:
Minuman seperti air (panas atau sejuk), kopi atau teh o tanpa gula, teh herba, air mineral, air limau tanpa gula dan sup cair.
Sayuran atau ulam (kecuali sayur berkanji) seperti sawi, kubis, bayam, kalian, kangkung, kacang panjang, bendi, daun salad, bunga kubis, peria, pucuk paku, tomato, taugeh, cendawan dan terung.
Perasa dan perencah seperti bawang putih/merah, halia, cuka, serai, daun pandan, serbuk kari, cili, herba, akar kayu dan kunyit.
Photo by SHVETS production from Pexels
Contoh menu yang disarankan untuk ibu hamil yang mempunyai penyakit kencing manis:
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Seorang lelaki mengalami kecederaan parah apabila digigit oleh seekor jerung ketika melakukan aktiviti ‘snorkeling’ di Florida bersama keluarganya. Namun dia sempat diselamatkan apabila isterinya yang sedang hamil melompat ke dalam air dan menariknya naik ke atas.
Andrew Eddy, 30, sedang melakukan aktiviti ‘snorkeling’ dengan kapal persendirian di Sombrero Key Light pada hari Ahad ketika dia digigit di bahagian bahu oleh seekor jerung sejurus selepas dia memasuki permukaan air, kata Pejabat Sheriff Monroe County dalam satu kenyataan.
Wakil Christopher Aguanno menulis dalam laporan kejadian yang diterima oleh PEOPLE.COM bahawa isteri Eddy, Margot Dukes Eddy, melihat sirip belakang jerung, dan kemudian melihat airnya dipenuhi dengan darah.
“Dukes, tanpa ragu-ragu, terjun ke dalam air dan menarik Eddy ke bahagian keselamatan kapal,” tulis Aguanno.
Pasangan itu menaiki kapal bersama ibu bapa Dukes Eddy, kakaknya dan teman lelaki kakaknya, yang kebanyakannya sudah berada di dalam air ketika serangan itu berlaku, kata laporan tersebut.
Eddy, yang tinggal di Atlanta, dibawa dari perairan ke Pantai Sombrero sekitar jam 10:30 pagi, dan diterbangkan ke Ryder Trauma Center di Miami. Tambah pihak polis
Kecederaannya digambarkan sebagai “parah”.
Sombrero Key, Florida
Pejabat sheriff mengatakan bahawa saksi melaporkan melihat seekor jerung di kawasan itu, dan yang menyerang Eddy adalah sepanjang 8 hingga 10 kaki. Tidak ada orang lain yang cedera dalam serangan itu.
Sumber: PEOPLE.COM
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kami ingin bertanya kepada anda, adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak-anak anda sahaja? Berapakah jumlah ‘pemain’ yang ingin anda hasilkan? Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kelihatan mudah, tetapi anda belum tentu bersedia dengan sebarang kemungkinan sehinggalah anda memiliki anak yang kedua dalam keluaraga. Apakah cabaran yang sering dialami oleh ibu bapa apabila anak kedua telah dilahirkan?
Reaksi anak pertama anda
Anak pertama anda mungkin akan menunjukkan beberapa perubahan kelakuan disebabkan oleh kelahiran adiknya yang baharu. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memberikan terlalu banyak perhatian terhadap kelakuannya, tetapi ambil sedikit masa untuk bercakap dengannya. Anak pertama anda mungkin akan memberikan reaksi dengan cara memicit-micit lengan anak kedua atau mungkin juga mencucuk matanya. Katakan kepada anak pertama anda secara lembut bahawa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan. Galakkan anak pertama anda berinteraksi dengan anak kedua dengan cara yang lebih baik yang ditunjukkan oleh anda.
Masa bersama dengan anak
Jika dahulu, anda hanya menghabiskan masa melayan kehendak anak pertama anda, tetapi kini tidak lagi. Anda mempunyai tanggungjawab untuk membahagikan masa dengan baik untuk kedua-dua anak anda. Ketika mana anda sedang menyuapkan makanan kepada anak pertama anda, anak kedua anda pula merengek meminta untuk disusukan. Anda perlu bijak untuk menangani situasi yang berlaku. Mungkin anda boleh meminta saudara terekat untuk menjaga anak pertama anda sementara anda menyusukan anak kedua.
Waktu napping
Kedua-dua anak anda pasti akan mempunyai waktu nap mereka pada waktu tengah hari. Pada ketika ini, anda boleh menenangkan diri anda sebentar ketika mereka sedang tidur. Walau bagaimanapun, waktu nap juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Anda akan mempunyai kesukaran untuk merancang sebarang aktiviti dan keluar dari rumah. Begitu juga sekiranya salah seorang daripada mereka terjaga daripada tidur dan merengek. Rengekan yang kuat pasti akan mengejutkan anak anda yang lain daripada tidurnya.
Keluar dari rumah
Sekiranya anda rasa bahawa keluar dengan seorang bayi sudah cukup sukar, anda belum tentu dapat membayangkan bagaimana untuk keluar dari rumah bersama dua orang anak. Anda memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap dan mempersiapkan kedua-dua anak anda. Selain itu, trip yang jauh amatlah tidak sesuai sekiranya kedua-dua anak anda masih kecil. Apatah lagi sekiranya anda perlu bersedia untuk menukar lampin dan memberi makan keduanya semasa anda dalam perjalanan.
Waktu tidur anda
Anda menidurkan kedua-dua anak anda pada waktu malam, tetapi belum pasti anda akan turut tidur dengan nyenyak pada malam tersebut. Bayi kedua anda mungkin akan mudah terjaga pada waktu tengah malam disebabkan oleh kelaparan atau ketidakselesaan yang berpunca daripada lampin. Anda tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada bangun tidur dan menyusukan bayi anda.
Jangan pernah menganggap setiap kelahiran baharu itu sebagai beban kepada anda. Sekiranya tidak diuji dengan kelahiran baharu, bagaimana anda boleh mengetahui tahap kemahiran anda dalam pengurusan anak dan rumah tangga? Oleh itu, anggaplah kelahiran baharu ini sebagai satu landasan untuk anda mengasah kemahiran anda untuk menjadi lebih cekap, fokus dan efektif dalam melakukan sesuatu perkara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Takut, berdebar semua ada bila pertama kali nak melalui pengalaman bersalin. Itu normal. Bahkan yang pernah ada pengalaman melahirkan anak sebelum ini pun tetap juga rasa gementar.
Bak kata orang, pengalaman bersalin setiap anak tak sama. Ada yang mudah, ada yang sakit lama dan ada juga yang melalui pelbagai komplikasi sebelum dapat memeluk si kecil yang dikandung selama 9 bulan.
Bagi pelakon Mia Ahmad, dia mengakui berdebar untuk melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi.
Menerusi entri di Twitter, Mia sempat bertanyakan kepada pengikutnya mengenai tanda-tanda sebelum mengetahui saat kelahiran bayinya itu.
“Mommy selalunya boleh sense tak masa yang betul bila baby nak keluar? Hari-hari nervous la kita ni sampai termimpi-mimpi,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya berkongsi beberapa tip saat melahirkan berdasarkan pengalaman masing-masing dan tak kurang juga yang memberi semangat supaya sentiasa bertenang.
Apa yang penting, Mia kena banyak berehat dan sentiasa fikir positif. Semoga urusan bersalin nanti dipermudahkan.
Sumber: Mia Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
22 tahun hidup bersama, rumah tangga Edika Yusof dilanda badai. Kisah rumahtangga pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, menjadi perhatian apabila dilaporkan bahawa Hidayah telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar pertengahan Februari lalu.