Lembut Dan Gebu, Senang Anak Nak Makan, Wajib Cuba Pau Kacang Gebu Ni!

Share

Selain donat, pau juga antara kuih yang mudah diberikan kepada anak-anak kita. Sarat dengan inti yang penuh buat kita rasa puas hati kala menjamahnya. Pun begitu perlu bijak memilih inti yang disukai anak-anak supaya anak tidak menolak rasanya.

Pau Gebu Mama Sofea ini nampak cukup lembut dan gebu. Resipi perkongsian ini Puan Farisha Sofea ini wajib dicuba. Hujung minggu ini apa kata mama cuba resipi pau yang dikongsikan oleh beliau. Nampak menyelerakan. Jom cuba!

PAU GEBU MAMA SOFEA

Bahan Bahan :

Bahan A :
300g air suam
1 sb yis
2 sb susu pekat
45g gula halus

Bahan B :
500g tepung gandum
40g lemak sayuran
1/2 sk garam halus
1 sk serbuk penaik

Bahan C :
Inti pilihan

Satukan Bahan A dan kacau sebati. Biarkan sehingga yis mengembang. Ketepikan.

Di dalam bekas lain, satukan Bahan B. Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.

Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Uli doh sehingga lembut dan ringan. Bulat bulatkan doh sehingga habis.Terpulang nak besar mana ya.

Canaikan doh sedikit dan masukkan inti. Alaskan doh dengan baking paper. Ulang sehingga habis .

Biarkan doh mengembang sebelum dikukus. Pastikan air kukusan mendidih sebelum mengukus.

Kukus 7 – 10 minit bergantung kepada saiz doh. Siap!

IKLAN