Lembut, Manis & Gebu, Apam Nasi Salju Buat Anak Dan Keluarga, Sedap!

Share

Apam sememangnya terdiri daripada kuih yang lembut dan paling mudah diberikan kepada bayi. Jika memilih untuk mengajar anak memegang makanan, apam boleh juga dijadikan finger food kerana sifatnya yang ringan dan memudahkan anak untuk makan.

Apam Nasi Salju yang dihasilkan oleh Puan Farisha Sofea ini bukan hanya sesuai untuk bayi bahkan seluruh isi keluarga. Rasanya manis dan sedap malah sesuai dijadikan minum petang. Paling utama cara hendak membuatnya juga teramatlah mudah. Jom cuba!

APAM NASI SALJU VERSI BABY DAN DEWASA

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 cawan nasi
2 1/2 cawan air

Bahan B :
1 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
2 cawan tepung beras
1/2 sb yis

Masukkan Bahan A ke dalam pengisar dan kisar sebati. Masukkan ke dalam mangkuk bersama sama Bahan B. Kacau sehingga tiada adunan tepung yang berketul.

Kemudian perapkan adunan selama 1 jam atau sehingga adunan mengembang dua kali ganda.

Tuangkan adunan ke dalam acuan 3/4 penuh. Mama gunakan food storage je.

Adunan ini memang banyak. Jika mahu makan bersama ahli keluarga boleh juga asingkan separuh adunan dan masukkan gula secukupnya serta sedikit garam untuk memberi rasa lemak ( mama buat lebih sebab nak frozenkan ).

Selepas dikukus.

Jika mahukan apam kelihatan lebih menarik, boleh juga asingkan beberapa bekas dan letakkan pewarna. Untuk baby bawah 2 tahun, tak perlu garam, gula dan pewarna ya.

Sementara adunan diperap bolehlah panaskan kukusan. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.

Kukus selama 10 – 15 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz acuan. Sejukkan seketika.

Lembut.

Sedia dihidang. 

Untuk versi dewasa bolehlah dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan dikukus seketika ( agar kelapa tahan lebih lama ).

Untuk versi baby , boleh juga dimakan bersama jem kesukaan. Mama bagi baby makan macam tu je , sedap juga.

 

IKLAN