Apakah doa yang boleh diamalkan untuk lembutkan hati anak-anak? Ini antara soalan popular dalam kalangan ibu bapa. Setiap ibu bapa sentiasa nak yang terbaik buat anak mereka.
Tambah lagi setelah seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan. Cuma dalam dunia hari ini, cabaran buat anak sangat besar. Jika tersilap sikit kesannya sangat bahaya.
Di sini pentingnya keberkatan doa ibu bapa untuk sentiasa pastikan anak-anak menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan baik akhlaknya.
Doa yang dikongsikan oleh Puan Alina Adenan yang juga seorang ibu boleh sama-sama kita amalkan untuk kebaikan anak-anak. InsyaAllah!
Nak lembutkan hati anak?
Ads
Pegang ubun anak semasa anak hampir tidur dan bacakan doa ini :
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan) terhadap hamba-hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
Kena sentiasa ingat, doa ibu ayah ni makbul tau. Sebut yang baik-baik, doa yang baik-baik.
Kalau bukan kita doakan anak-anak kita, siapa lagi kan?
Kepetahan Puteri Ara Aziz selalu mencuit hati. Video solekan atau sekadar berceloteh dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai tertarik melihat kepetahannya. Semuanya bermula dari usia 4 tahun lagi.
Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra dan bapanya, pengarah dan pelakon ternama Aziz M. Osman muncul dalam rancangan Pa&Ma TV Musim Kelima Episod 7: Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Apa yang menarik, Aziz sendiri berkongsi cara didikannya kepada anak kecilnya itu. Ara yang kini berusia 8 tahun sangat petah dan kelihatan yakin.
“Didikan yang baik bermula dari rumah. Persekitaran pertama dalam pembentukan anak-anak bermula dari pendidikan pertama yang diperolehinya,” kata Aziz.
Beliau yang menghantar Ara ke sekolah antarabangsa sejak dari awal. Namun bapa kepada 9 anak ini mengakui mempelbagaikan pendedahan kepada Ara. Selain itu anaknya ini pernah dimasukkan ke pelbagai sekolah seperti sekolah aliran agama dan aliran perdana. Katanya pendedahan amat penting untuk pembentukan diri anaknya.
IBU BAPA PERLU JADI CONTOH YANG BAIK
Aziz mengakui pembentukan diri anak bermula daripada apa yang dilihat pada persekitarannya. Justeru, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan penting memberikan contoh yang baik.
“Anak akan terbentuk daripada apa yang dilihat di sekeliling. Saya percaya untuk membentuk karakter yang baik kita perlu membentuk diri kita mempunyai karakter yang baik.
“Kalau kita nak anak jujur dan amanah, kita sendiri kena mengaku buat silap, kalau ada buat salah cepat-cepat minta maaf. Kalau kita nak anak kita menjadi seorang yang beriman, kita kena menjaga solat kita. Jaga puasa kita,” kata Aziz.
CARA DIDIKAN ANAK KECIL
Aziz yang turut memiliki anak pada usia remaja mengakui cara didikan bagi dua peringkat usia ini berbeza. Ibu bapa perlu pandai memainkan peranan untuk tackle dan menegur.
“Kanak-kanak ni apabila dia dapat satu pengaruh yang baru, dia tak akan menyembunyikannya. Dia akan tunjuk straight away.
“Kalau remaja susah sikit. Bagi kanak-kanak mereka lebih open. Maknanya kita boleh lihat apabila dia balik dia akan bawa pengaruh yang dilihat semasa di luar. Dengan ini ibu bapa boleh nampak,” kata Aziz.
LARANG TAPI BERIKAN ALTERNATIF
“Saya menggunakan cara diplomasi akan menegur. Saya akan beritahu dan terangkan. Ambil contoh kakak dan abang-abang. Ara amat mengidolakan kakak-kakaknya. Kita larang tapi kita berikan alternatif.
“Kita berikan jawapan dan berikan alasan supaya mereka boleh melihat mana yang baik dan mana yang buruk, “ kata pengarah filem XX Ray ini.
PEMILIHAN SUASANA YANG BAIK
Aziz amat menekankan suasana dan persekitaran yang didedahkan kepada anak-anak amat mustahak dalam pembentukan diri Ara. Bapa ini mengakui berkorban untuk memberikan pendidikan terbaik untuk Ara.
“Untuk memastikan anak membesar dengan baik kita mesti memilih suasana yang baik. Kita kena upgrade mereka ke tempat yang sesuai. Maka dengan itu saya berkorban. Saya tahu saya bukanlah kaya sangat.
“Tapi demi untuk masa depan anak, saya tidak boleh letakkan dia dalam sekolah yang biasa dan memilih untuk ke sekolah antarabangsa. Itu tanggungjawab saya sebagai seorang bapa untuk masa depan anak saya,” kata Aziz tentang pendidikan yang diterima Ara.
TIDAK HANYA FOKUS AKADEMIK
Aziz turut menegaskan dia tidak memfokuskan kepada pelajaran semata-mata sebaliknya turut menekankan perkembangan kendiri anak.
“Saya bukan fokus kepada pelajarannya sahaja, saya turut memfokuskan kepada pendedahannya. Dengan itu pelajaran (akademik) akan datang sendiri.
“Berdasarkan pengalaman sendiri, apabila ibu bapa menyuruh anak belajar, tekankan mereka belajar. Jadi anak akan terpaksa. Tapi biar timbul sendiri kesedaran belajar kerana mereka bersaing dengan kawan-kawannya yang lain. Jadi kerana itu saya hantar Ara ke sekolah tertentu ini.
GALAKKAN UNTUK MELAKUKAN YANG BETUL
Ara yang mempunyai saluran Youtube sendiri petah dan sangat yakin. Dengan gaya bersahaja Ara boleh membuat tutorial solekan dan sekadar membincangkan topik tertentu. Ini semua disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan fasih.
“Pernah saya melihat anak kecil di saluran Youtube sudah pandai memetik gitar, bermain dengan nada Mozart atau Beethoven. Jadi saya terinspirasi dan menggalakkan Ara menyerap sesuatu yang betul. Buat sesuatu yang betul, perkembangan beginilah yang saya galakkan.
“Saya harap anak-anak termasuk Ara apabila berada bersendirian, kita sudah menanamkan akar tunjang yang kuat. Jadi dia tidak mudah tumbang atau terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik” kata Aziz kepada Pa&Ma. Selain itu, Aziz berharap anak-anaknya yakin dan mampu menjaga diri.
Bagi mama papa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai apakah sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak, kupasan lanjut tentang apakah itu tadika dan taska’
Terdapat juag kupasan pendapat pakar pendidikan awal kanak-kanak tentang usia yang sepatutnya didedahkan kepada alam persekolah. Info penting ini boleh ditonton dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima Episod 7: Pendidikan Awal Kanak-Kanak bersama pengacara Jihan Muse dan Ungku Hariz pada 17 Ogos 2019, Sabtu, jam 11 pagi hanya di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu barang keperluan anak bawah tiga tahun yang memang tidak boleh keputusan stok ialah lampin pakai buang (diaper). Namun, kenaikan harga barang memberikan impak kepada kewangan keluarga. Walau bagaimanapun, jika anda pandai menguruskan kewangan, penjimatan pasti dapat dilakukan. Jika pandai mencari lubuk diaper murah, anda pasti dapat banyak berjimat.
Di mana nak dapat diaper pada harga murah? Jom baca! Bagi membantu anda berjimat, anda bolehlah mencuba untuk lakukan empat perkara ini.
1. Beli di kedai sensei
Belilah diaper pada harga yang lebih murah di kedai ubat Cina, yang memang sinonim dengan nama kedai sensei. Tidak dapat dikenalpasti, mengapa harga barangan yang dijual di sini kebanyakannya lebih murah berbanding harga pasaran luar. Selain diaper, harga susu pun murah juga. Kadang-kadang, perbezaaan harganya jauh berbeza.
2. Beli di gedung membeli-belah secara online
Kadang kala, gedung membeli-belah seperti Lazada, Shopee, 11st dan lain-lainnya ada menawarkan promosi diskaun atau harga murah. Anda boleh dapatkan diaper yang murah terutamanya bagi jenama-jenama tertentu. Lebih menyeronokkan bila membeli gedung membeli-belah secara online ini, ada yang menawarkan kos penghantaran secara percuma.
3. Borong di ekspo bayi
Tentu anda biasa berkunjung ke ekspo yang menjual pelbagai barang keperluan bayi, bukan? Jika berkunjung ke sana, pada hari pertama ekspo berlangsung, anda dapat melihat ramai pengunjung menyerbu booth yang menjual diaper. Selain dijual pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran, anda juga berpeluang untuk mendapat pelbagai jenis hadiah sampingan yang ditawarkan. Berbaloi bukan. Walaupun perlu beratur panjang, banyak benda boleh dapat dalam satu masa.
4. Promosi di pasar raya
Pasar raya besar seperti Tesco, Giant, AEON Big dan lain-lain kerap kali mengadakan promosi barangan bayi pada waktu tertentu. Jadi, anda kena rajin menjenguk laman web atau singgah ke pasar raya tersebut pada hujung minggu. Jika langkah kanan, dapatlah anda memborong stok itu pada harga yang lebih murah berbanding harga biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekitar usia anak nak membesar lebih kurang tiga tahun ke bawah, itu adalah normal. Biasanya tantrum ini terjadi kerana ia adalah cara terbaik untuk anak menunjukkan perasaannya.
Untuk meluahkan dengan kata-kata adalah sukar, jadi ekspresi melalui tangisan, jeritan dan perangai pelik adalah pilihan untuk mereka.
Penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim berkongsi beberapa fakta tentang tantrum yang mungkin ramai tak tahu.
Berikut perkongsian beliau;
Fakta tentang tantrum yang ramai tak tahu.
1. Tantrum pada usia 0-3 tahun itu normal. Ini fasa anak dominasi otak emosi. 2. Tantrum boleh berlaku apabila anak rasa marah, frust, geram, tak puas hati atau kecewa. 3. Pada ketika ini otak fikir anak-anak masih dalam fasa underdeveloped, suruh dia kawal emosi adalah satu kesilapan besar! 4. Setiap reaksi & respon kita ketika usia ini sangat kritikal kerana ia boleh pengaruhi perkembangan emosi & sosial anak. 5. Cara paling baik ialah ibu ayah kena sentiasa tenang & santai ketika anak tantrum, jangan gelabah!
6. Terlalu overprotective atau terlalu garang ketika anak tantrum adalah tidak sihat untuk perkembangan dia. 7. Ibu ayah kena sentiasa ingat bahawa anak bukan sengaja tantrum tetapi dia belum ada kemampuan untuk kawal emosi lagi.
8. Relaks & bantu anak untuk tenangkan diri adalah cara respon paling baik sekali. 9. Anak banyak belajar cara urus emosi & tenangkan diri dengan melihat cara kita urus ketika dia tantrum.
Ibu ayah adalah life coach setiap anak-anak.
Jika betul cara kita menangani momen anak tantrum, mereka akan mudah menjadi tenang. Kita pun tak stres dan marah-marah. Sebenarnya bila anak mengamuk tu pasti ada sesuatu yang mereka mahu tetapi tidak dipenuhi. Cuba fahami keinginan anak dan tangani dengan cara terbaik, pasti tantrum kurang berlaku.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!