Apakah doa yang boleh diamalkan untuk lembutkan hati anak-anak? Ini antara soalan popular dalam kalangan ibu bapa. Setiap ibu bapa sentiasa nak yang terbaik buat anak mereka.
Tambah lagi setelah seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan. Cuma dalam dunia hari ini, cabaran buat anak sangat besar. Jika tersilap sikit kesannya sangat bahaya.
Di sini pentingnya keberkatan doa ibu bapa untuk sentiasa pastikan anak-anak menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan baik akhlaknya.
Doa yang dikongsikan oleh Puan Alina Adenan yang juga seorang ibu boleh sama-sama kita amalkan untuk kebaikan anak-anak. InsyaAllah!
Nak lembutkan hati anak?
Ads
Pegang ubun anak semasa anak hampir tidur dan bacakan doa ini :
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan) terhadap hamba-hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
Kena sentiasa ingat, doa ibu ayah ni makbul tau. Sebut yang baik-baik, doa yang baik-baik.
Kalau bukan kita doakan anak-anak kita, siapa lagi kan?
Bila musim perayaan atau cuti panjang, ramai yang ambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Tapi yang pasti tempoh perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa dua hingga tiga jam menjadi lebih panjang sehingga lima atau enam jam.
Sudah pastinya perkara tersebut membuatkan anak-anak berasa gelisah dan kurang selesa bila terlalu lama berada di dalam kereta. Sehinggakan ada yang mula meragam dan menyebabkan mak ayah juga tertekan dengan keadaan tersebut.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Redza Zainol, beliau berkongsi teknik yang boleh digunakan oleh mama papa ketika perjalanan yang jauh dan lama. Teknik yang dikongsikan itu dapat mengalih perhatian anak untuk kurangkan kegelisahan sepanjang perjalanan.
Nak dekat cuti Raya Haji ni, mesti ramai yang akan bawa keluarga balik ke kampung.
Dalam perjalanan, ada anak yang jenis gelisah dan tak boleh lama-lama duduk terperap dalam kereta. Mulalah tantrum dan buat perangai sampai mak ayah pun boleh jadi geram. Naik angin!
Ada sampai terjerit-jerit nak balik rumah. Ada yang gelisah sampai mengusik adik-adik yang lain pula.
Anak kecil boleh jadi gelisah bila tak bergerak untuk satu jangka masa yang lama.
Saya nak kongsikan Teknik 5-4-3-2-1 yang mak ayah boleh guna untuk alih perhatian anak supaya kuranglah rasa gelisah atau anxious masa dalam kereta tu
1. Minta anak fokus pada 5 benda yang berada di dalam kereta. Mak ayah boleh pilih benda yang senang untuk dicari.
“Cuba cari 5 benda warna merah dalam kereta.” Kemudian kita minta anak sebut atau tunjuk benda tu.
2. Minta anak fokus pada 4 benda yang dia boleh sentuh dalam kereta.
Boleh jadi sentuh anggota badan sendiri, car seat, botol air dan mainan berdekatan.
3. Minta anak fokus pada 3 bunyi yang dia boleh dengar. Boleh juga buat masa singgah di hentian R&R.
Contoh : Bunyi adik tengah tidur, bunyi aircond dan lain-lain.
4. Minta anak fokus pada 2 bau yang dia boleh hidu.
5. Minta anak ingat balik 1 rasa yang dia dah minum atau makan pada hari tu.
Percuma dan spontan je kalau kita guna teknik ni. Sambil tu boleh ajar anak tentang warna, nama benda dan 5 deria asas manusia. Best kan?
Kalau ayah buat game ni dengan anak-anak, lagilah mak seronok. Sebab mak boleh sambung tidur. Haha!
Bantu saya #sebarkan ilmu ni. Boleh share supaya mudah untuk kalian rujuk semula.
Setiap rumah mesti akan ada stok ubat. Bukan apa untuk persediaan jika ada emergency sebelum jumpa doktor. Bukan itu saja, kebanyakan rumah yang ada anak kecil pun mesti akan ada stok ubat.
Apabila dah ada stok ubat, kadang ibu jadi keliru mana ubat yang dah lama guna atau ubat yang baru.
Sebenarnya ibu kena tahu ubat-ubatan yang ada di rumah kita tu ada tempohnya. Bukan semua perlu disimpan hingga bertahun-tahun.
Ok untuk memudahkan ibu menguruskan stok ubatan yang ada di rumah, perkongsian dari Hani Mynis ni sangat membantu.
Dah lama asik tertangguh je nak kongsi pengurusan ubat kat rumah Hani ni. Hani share sekali ya tutorial pengurusan ubat. Ada beberapa bahagian Hani pecahkan.
Ramai keliru nak simpan ubat kat mana dan ramai yang simpan dalam peti ais sahaja. So, Hani kongsi tutorial penyimpanan ubat ni dulu:
1️⃣sediakan @ khaskan satu ruang dalam kabinet atau laci khas untuk penyimpanan ubat
✅Pastikan ruang yg dipilih cukup tinggi tak mudah dicapai oleh anak-anak.
✅pastikan ruang yg dipilih jauh dari kawasan lembap (spt bilik air), tidak terlalu terdedah kpd cahaya matahari atau tidak terlalu dekat dengan dapur masak (ubat-ubat sensitif kd tiga perkara ni: cahaya, haba dan kelembapan)
2️⃣Guna bekas yang lutsinar
Supaya nampak isi dalam dia tu.
3️⃣Simpan dalam bekas mengikut kategori
Hani bahagikan kepada 9 bekas
☑️oral care
☑️eye care
☑️Ear
☑️nose and throat
☑️muscle pain
✅wound treatment
✅skin
✅syringe and dosage cup
✅indigestion
Selain tu ada tiga bekas lagi
✅supplement
✅medical kit Aqil
✅prescription
4️⃣Labelkan setiap bekas. Wajib label
5️⃣keluarkan ubat dari kotak yg besar
Supaya mudah disimpan dan jimat ruang.
✅sebelum buang kotak ubat, pastikan maklumat penting ada juga tertulis pada ubat. Kalau dalam kotak ada brochure yg penting, boleh simpan dalam fail medical. Boleh rujuk bila2.
7️⃣kalau ada anak kecil, wajib ada medical kit utk anak yang boleh dibawa ke mana-mana.
8️⃣untuk ubat berbentuk pil boleh simpan dalam pill box.
P/s: hanya ubat tertertu shj boleh disimpan dalam peti ais. Contoh: ubat diarah bancuhs sendiri i.e ubat antibiotik, insulin. Ubat berbentul sirap yg sudah sedia dibancuh jgn disimpan dalam peti ais ya contoh nya ubat batuk atau ubat demam anak. Hanya menyebabkan ubat cepat rosak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup berpasangan satu fitrah semula jadi buat seorang lelaki dan wanita. Ia umpama siang dengan malam, pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia, melalui perkahwinan menyatukan dua hati untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.
Bukan mudah sebenarnya untuk mengharungi perjalanan hidup berumah tangga. Kedua-dua dari latar belakang dan cara hidup berbeza. Jadi sebab itulah persefahaman penting untuk pastikan kerukunan rumah tangga sentiasa terpelihara.
Setakat bergaduh maja, berbeza pendapat itu biasa. Cuma pasangan mestilah rasional dan cuba perbaiki diri untuk jadi pasangan yang melengkapi.
Bagi pasangan yang baru kahwin, dah melepasi fasa pertama, kedua atau seterusnya, resipi kebahagiaan yang dikongsikan oleh Saudara Akhtar Syamir ini wajib kita sama-sama pegang bagi pastikan rumah tangga kekal bahagia selamanya.
10 Resipi Kebahagiaan Rumah Tangga
1. Masa
– Sediakan masa untuk pasangan. Beri masa untuk pasangan. Apa gunanya perhubungan jika kedua-duanya sibuk dan tidak ada masa untuk pasangan.
2. Tolak Ansur
– Manusia dicipta berlainan. Jangan harapkan pasangan adalah klon diri anda. Dia ada kegemaraan, kelebihan dan kekurangan sendiri. Anda juga sama. Tolak ansur akan menjadi jambatan untuk menghubungkan ketidaksamaan itu.
3. Maaf dan memaafkan
– Antara yang paling susah dan paling senang untuk dilakukan. Paling susah apabila kesalahan itu berat. Paling senang apabila kesalahan itu ringan. Masalah dengan pasangan masa kini ialah terlalu mudah memaafkan yang berat, tetapi sentiasa bising dan mengungkit kesalahan yang kecil.
4. Komunikasi
– Bila masalah tak dibincangkan, bila terasa diam lebih baik dari berkata-kata, bila tiada keinginan untuk bercakap dengan pasangan, itu tandanya anda ada masalah komunikasi.
5. Hormat
– Suami perlu dihormati, begitu juga dengan isteri. Menghormati pasangan akan membuatkan pasangan lebih sayang dan lebih menghormati anda. Perlu ambil kira pendapat si dia. Perlu tahu jika apa yang kita buat itu membuatkan si dia rasa tidak senang. Dan yang paling penting, tidak memalukan pasangan.
6. Kemesraan
– “Pasangan saya memang keras orangnya”. Ini satu kompromi yang tidak bertempat sehinggakan ada kalanya pegang tangan pun menjadi satu perkara yang tidak biasa dan janggal. Mulakan dengan percakapan dan kemudiannya ke arah sentuhan-sentuhan ringkas.
7. Keceriaan
– Gelak tawa ialah ubat yang paling mujarab untuk keluarga yang bahagia. Jangan lahirkan keluarga yang hambar. Bergelak ketawalah, buat lah lawak, geleteklah pasangan dan buatlah dia tersenyum.
8. Mendengar
– Kita tidak tahu kerana kita tidak mendengar. Kita rasa benda itu tidak relevan kerana kita tidak mendengar. Jangan hanya bercakap, tetapi kita juga harus diam dan beri peluang pasangan pula bercakap. Dengar apa yang dia mahu katakan atau luahkan.
9. Keterbukaan
– Tiada rahsia antara kita. Bukan sahaja lagu yang sedap tetapi salah satu resipi keluarga yang mantap. Keterbukaan akan meningkatkan kepercayaan dan komunikasi yang cemerlang.
10. Perubahan
– Jangan diracuni rutin. Ubahlah, tambah baikkan perhubungan. Jika dah 5 tahun buat benda sama, ubah. Tak kira la cara kita melayan pasangan, komunikasi atau benda fizikal di rumah. Ubah, tukar atau beri perbezaan supaya perhubungan tidak menjadi bosan.
Cuba buat resipi ini satu demi satu. Sesuaikan dengan keluarga anda. Jika tiada usaha, tiadalah bezanya dahulu dan sekarang.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.