Anak amanah Allah buat ibu bapa. Allah kurniakan zuriat untuk beri satu tanggungjawab besar buat pasangan suami isteri memberi pendidikan sempurna dan memastikan anak-anak kita menjadi anak soleh.
Sikap anak-anak kita ini berdasarkan gambaran dari sikap ibu bapa. Jika contoh yang baik kita tunjukkan, maka baiklah anak kita. Jika sebaliknya mungkin ada kesilapan yang kita terlepas pandang.
Dalam cabaran dunia hari ini, dengan kecanggihan teknologi ia lagi membuatkan ibu bapa perlu lebih memberi perhatian dan sentiasa bersabar. Insya-Allah dengan niat yang baik, didikan dunia dan akhirat seimbang, anak kita pastinya menjadi individu berjaya.
1. Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak)
2. Lembutkan hati anak
*hembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian
– Surah Al-Fatihah
– Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
– Surah Taha (ayat 1-5)
– Ayat Qursi
– Zikir Ya Latif
Ads
3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :
– Ya ‘Aziz
– Ya Jabbar
– Ya Mutakabbir
Ads
4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)
5. Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.
(Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara AlFateh)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti terkenal, Siti Nordiana Alias atau lebih mesra dipanggil Nana berkongsi petua kekal sihat dan kurus bagi ibu muda yang bekerjaya dan tiada masa untuk ke gym.
Perkongsian tersebut dibuat melalui akaun instagramnya dan rata-rata mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu di instagram.
Ibu muda yang bekerja pasti tiada masa ke gym. Tuntutan kerja yang banyak ditambah pula dengan urusan rumah tangga yang perlu diselesaikan sebaik melangkah masuk ke rumah membuatkan ibu terlupa untuk menjaga pemakanan dan bersenam.
Tip ini khas untuk ibu-ibu muda yang berkerja dari coach @nickhin_hussien. Bagus , tak ramai yang ada banyak masa nak ke gym tapi badan makin naik, sekurang-kurangnya melalui tip ini ibu mampu kawal berat badan dengan baik.
Tip Untuk Ibu Bekerja
1. Bangun, Berdiri dan Berjalan
Selepas 25 minit duduk di kerusi office tu, bangun berdiri dan berjalan lah
2. Rebus sweet potato siap-siap sebelah malam
bawa ke office, pilih protein ikan bakar or dada ayam sup ke office
3. Tidur “Qaulillah” selama 15-20 minit
boleh tidur dekat surau selepas zohor, akan meningkatkan metabolisma dalam tubuh badan
4. Gigit Jambu Batu Masa Bawa Kereta
terutama ketika jalan jem, boleh menghalang untuk singgah beli pisang goreng
Isteri mana yang tidak merasa bahagia bila mana suami sentiasa menjadi pendamping setia dalam apa jua yang dilakukan. Lagi-lagi bila suami berusaha untuk tunaikan hajat dan permintaan isteri di hari lahirnya. Inilah yang dilakukan oleh Dato’ Fazley Yaakob kepada isteri tercintanya, Datin Azrene Ahmad.
Bagi memenuhi permintaan isteri tersayang, Dato’ Fazley berusaha untuk menemani isterinya mendaki Gunung Kinabalu walaupun hanya menemani hingga ke Laban Rata sahaja. Namun usaha yang ditunjukkan dan memenuhi permintaan isteri sempena hari lahirnya amat dipuji.
Paling menarik rupanya Dato’Fazley seorang yang gayat. Pun begitu gayat tidak menghalangnya untuk menunaikan impian isteri tercinta. Pengkongsian di instagram buat semua pengikutnya terharu malah mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Bismillah! Hadiah hari jadi Adik Sayang @azrene_ahmad dari saya, saya akan cuba untuk mendaki #GunungKinabalu bagi menyempurnakan impian beliau sempena ulang tahun ke-40 esok!
Buat yang tak tahu, saya ni seorang yang gayat sangat, segan kepada ketinggian hehe! Bila naik lift pun saya cuak, berdiri di balcony bangunan 3 tingkat pun macam nak tercabut nyawa rasa, tetapi demi isteri tersayang.. saya gagahkan juga untuk MENCUBA mendaki hari ni.. doakan kami berdua dan team kami juga ya!
Berjaya Sampai Di Laban Rata
Dato’Fazley sempat merakam detik kenangan bersama isteri ketika berjaya sampai ke Laban Rata. Beliau berbangga kerana dapat menghadiahkan permintaan paling bermakna buat isteri tercintanya. Hebat!
Sebak Terpisah Lama
Perkongsian video yang dimuatkan oleh Dato’Fazley ini mengundang rasa sebak dan terharu pengikutnya bila mana Datin Azrene lambat tiba walaupun hari telah pun gelap. Alhamdulillah selepas menanti lama, akhirnya Datin Azrene berjaya menamatkan pendakiannya pada jam 7 malam. Syabas!
Semalam sewaktu turun dari #GunungKinabalu bersama @azrene_ahmad , kami berpisah kerana hujan terlalu lebat dan saya terlalu gayat bila jalan perlahan. Jadi azrene turun bersama malim kami Alex dan saya diminta untuk terus turun dahulu memandang kan saya gak pantas mendaki dan turun gunung.
Namun saya sampai pukul 5 petang selepas mendaki turun di mulakan pada jam 12. Namun saya berdebar menunggu Azrene sebab dah pukul 7 malam kelibat Azrene dan malimnya belum kelihatan.
Sampai renjer hutan mengarahkan seorang malim gunung masuk semula di dalam hutan yang gelap gelita untuk memastikan mereka ok. Tak lama lepas tu Azrene akhirnya sampai. Sebak kami berdua. Tentunya pengalaman hari ulangtahun Azrene ke-40 yang terindah. Terima kasih semua yang menyokong dan memberi semangat!!
Susu ibu salah satu makanan berkhasiat dan seimbang yang Allah berikan kepada wanita untuk disusukan kepada bayinya. Bagaimanapun ibu jangan tayang gambar sedang menyusukan anak atau stok susu.
Melalui susuan ibu ada banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh ibu dan bayi. Antaranya ia dapat mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak yang menyusu. Walaupun ibu yang menyusukan anak namun peranan membesarkan anak tetap dipertanggungjawabkan pada dua orang iaitu ibu dan ayah.
Jika ibu bertanggungjawab memberikan makanan awal terbaik (susu ibu) kepada anak, ayah pula kena menjaga kebajikan ibu yang menyusu dengan menyediakan makanan yang cukup dan pakaian yang selesa.
Dos’ & Don’ts Bergelar Ibu Menyusu
Menurut Ts Siti Fatahiyah Mahamood, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam mengingatkan beberapa perkara yang boleh ataupun tidak boleh dilakukan oleh ibu menyusu mengikut pandangan Islam ketika dijemput sebagai salah seorang speaker webinar penyusuan Ya, Aku Mampu Susukan Anak.
Amalan Ketika Menyusukan Anak
Katanya ketika menyusukan anak, peluklah anak dalam pelukan yang selesa sebab anak akan rasa selesa dan selamat.
“Ibu menyusu kena peluk dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Bila menyusu, pandang anak dalam pelukan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
JADI BILA SUSU DENGAN IKHLAS DAN KASIH SAYANG MAKA AKAN MEMBENTUK HUBUNGAN YANG ERAT, MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN ANAK AKAN MELALUI PEMBESARAN YANG BAIK.
Tidak dinafikan bila menyusukan anak kadangkala ibu tak sihat atau ada masalah-masalah lain macam mengalami bengkak susu dan sebagainya tapi bila ada dua faktor iaitu ikhlas dan kasih sayang, macam mana pun dia sakit dan tak sihat dia akan menyusu anak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.”
Kata Ts Siti Fatahiyah lagi, ia sebagai salah satu tanda kekuasan Allah SWT. Ibu menyusu ini antara yang terpilih untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT melalui proses menyusukan anak.
Sebaiknya semasa menyusukan anak, ibu amalkan berzikir dan berdoa. Semoga dengan doa dan zikir ia menjadi asbab anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Ini kerana fasa menyusu adalah proses awal pendidikan anak. Jika boleh ibu tak perlu pasang muzik yang tiada manfaatnya.
Elak Buat Perkara Ini
Beliau turut berpesan agar ibu menyusu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak semasa menyusukan mereka.
1. Jangan menyusu anak ketika dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan sangat marah. Sebab menyusu anak berlaku bila selamat melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi ibu ada pelbagai perubahan disebabkan pertukaran hormon dan sebagainya. Bila dalam pantang ibu kena kawal iman dan emosi supaya tak terbawa-bawa dalam emosi tak menentu. Jadi pastikan tak berada dalam keadaan tertekan atau emosi tak terkawal.
2. Menyusu juga satu proses pendidikan awal anak melalui penyusuan. Jadi ibu kena jaga akhlak dan aurat. Maksudnya tengah menyusu anak janganlah buat perkara yang menjatuhkan akhlak seperti bergaduh dengan suami, bergaduh dengan anak yang lain dan orang-orang sekeliling.
3. Ibu menyusu juga kena jaga aurat. Ibu perlu prihatin kepada keadaan menyusu. Ibu kena lihat persekitaran untuk memastikan auratnya terjaga. Sekarang sudah ada bilik khas untuk ibu menyusu di kebanyakan pusat membeli-belah. Ini bermaksud dunia juga mengiktiraf penyusuan susu ibu.
Ibu menyusu biasanya tahu bila masa anak dia kena menyusu, jadi bila nak keluar rumah atas urusan dan bila tiba masa menyusu anak, pastikan dah cari siap-siap tempat sesuai untuk menyusukan anak.
Susukan anak dengan penuh beradab dan penuh sifat malu dan keadaan menutup aurat dalam erti kata sebenar. Walaupun ibu sudah menutup aurat dengan memakai tudung ia bukan alasan untuk ibu menyusukan anak di mana-mana.
SEBAIKNYA CARI TEMPAT YANG KHUSUS UNTUK IBU MENYUSU BAGI MENGELAKKAN FITNAH. MENYUSUKAN ANAK DI DALAM KERETA BOLEH TAPI PASTIKAN AURAT IBU SENTIASA TERJAGA.
4. Jangan asyik nak berselfie semasa menyusu anak. Ya, betul perbuatan menyusukan anak itu sangat bagus tapi janganlah tunjuk perkara yang boleh membawa kepada fitnah.
5. Trend sekarang juga ibu suka berkongsi gambar stok susu yang telah diperah. Walaupun alasannya berkongsi sebagai inspirasi di platform media sosial peribadi tetapi ia tetap mendedahkan aurat dan maruah sebagai wanita muslim.
Ts Siti Fatahiyah turut berkongsi sabda Nabi saw tentang kepentingan wanita muslim menjaga sifat malu kerana malu itu menjadi perhiasan kepada wanita solehah.
“Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan dan kalau tidak merasa malu maka lakukan sahajalah apa yang kamu inginkan”
Maksudnya malu itu datang dengan kebaikan. Sebagai wanita solehah malu itu perlu dijaga. Kalau semua kita tak jaga takut-takut jadi fitnah.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.