Lumrah anak-anak yang sedang membesar, bermain dengan cukup aktif. Namun jangan dibiarkan anak-anak bermain sendirian sebaliknya pantaulah. Risiko anak terjatuh dan hentakan kepala sememangnya cukup bahaya.

Penyanyi, Nourul Depp turut berdepan detik mencemaskan apabila anak lelakinya, Raphael Depp, mula muntah-muntah selepas terjatuh ketika bermain di kediaman mereka.

Bimbang dengan perkembangan itu, Nourul terus membawa anaknya melakukan imbasan di hospital berdekatan kerana risau perkara tidak diingini terjadi.


Siapa yang ada anak lelaki yang suka panjat sana sini, lepas itu bedebuk jatuh?

“Ha ni Raphael Depp kelmarin. 5 petang jatuh lepas tu dia buat lena ja. Mak dia risau dah. Pak dia kata relaks, kalau tak muntah tak apa.

“Lepas 1 jam setengah muntah! Mak dia lari pergi hospital. Buat scan. Alhamdulillah tak ada apa-apa,” kata Nourul.

IKLAN

Namun kesakitannya seolah-olah tiada bila mana Raphael kembali aktif sebaik pulang dari hospital. Anak lasak ini menceriakan hati ibunya.

“Balik hospital tiba-tiba dia jerit ‘good morning!’. Mak dia nak kena heart attack! Hang pasaipa?

“Maknanya normallah tu. Ya Allah cabaran tu mematangkan. Syukur dapat pelajaran berharga. Nasib ada insurans.

“Siapa pernah panik anak jatuh dan siapa pernah melalui pengalaman macam ni?” tambah Nourul lagi.

Dalam pada itu kata Nourul, punca anaknya itu mengalami muntah-muntah disebabkan tersalah makan beberapa jam sebelum kejadian tersebut dan bukannya berkaitan dengan insiden terbabit. Lega dibuatnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Ibu mana yang tidak risau saat anak muntah sebaik jatuh. Dan keadaan ini sememangnya cukup berbahaya dan perlu segera di bawa ke hospital seperti yang dilakukan oleh Nourul.

Dalam pada itu juga, pelbagai respon daripada pengikutnya mengenai perkongsian Nourul itu dan tidak kurang juga berkongsi pengalaman menguruskan anak masing-masing yang tercedera ketika bersama mereka.

Artikel menarik: Kini Sudah 32 Minggu Zahirah Macwilson Naik 10kg Sejak Hamil Kongsi  Gambar  Di Perth!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @nouruldepp