Ibu mana yang tidak risaukan anaknya bila ditimpa sakit berpanjangan. Bagi pelakon, Elfira Loy, satu kelegaan buat dirinya bila mana akhirnya masalah anaknya yang kerap demam, batuk, selesema yang di lalui anaknya terjawab bila mana doktor akhirnya mengesahkan anaknya mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-paru atau pneumonia.
Selepas menjalani beberapa rawatan, akhirnya masalah anaknya itu diketahui. Malah menerusi Instagramnya semalam, Elfira yang kini hamil anak kedua berkongsi kisah si comel Muhamad Rayyan Khalaf.
“Hari yang mommy nanti-nantikan, akhirnya terjawab after looooong on-off sick period.
“Today, mommy tergerak bawak jelah jumpa Dr walaupun macam selesema & batuk je. So , we went to Andorra buat rtk, test clear baru buat xray.
“The result came in, with infections at both lungs. Ada phlegm pulak , Dr kata memang musim kids kena pneumonia. Ward pun tengah penuh,” ceritanya lagi.
Pun begitu kata Elfira, dia bersyukur bila mana Rayyan tidak demam dan dibenarkan untuk berehat di rumah dengan beberapa rawatan susulan untuk melegakan Rayyan.
Ads
Malah kata Elfira dia tergerak hati untuk menerima rawatan di beberapa tempat berbeza bagi menerima pandangan dan nasihat dari pakar berbeza untuk mengetahui permasalahan anaknya. Dan itulah yang dilakukannya untuk melegakan masalah Rayyan.
“So, since Rayyan tak demam, boleh balik monitor kat rumah je lepas 2 kali Neb dekat emergency ward tadi. Hopefully akan terus sihatlah.
“P/s : ni bukan first time kita pegi checkup. Dah pegi hospital and clinic pun baru -baru ni”. Nasib baik Dr kat sini nak buat xray.
Ads
“So we found out lung infections. Kalau tak, memang macam flu & cough je. Mommy memang ada trust issues lah dengan hospital & clinic mana nak pegi.
“So mommies , if you dont feel good about your babies, just keep trying and go to different places.
“Semoga cepat sembuh baby mommy ❤️,” tulisnya lagi.
Semoga Rayyan cepat-cepat sembuh untuk kembali ceria seperti selalu.
Terdahulu, Elfira dan suami, Faris Khairol Anwar mendirikan rumah tangga pada Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia tiga tahun malah kini Elfira juga sedang menantikan kelahiran anak keduanya.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022/2023 diagihkan di sekolah masing-masing mulai hari ini.
Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.
1) Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP.
2) Sila bawa bersama:
Sijil lahir/kad pengenalan murid
Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)
3) Hanya murid warganegara Malaysia dan murid yang ada dokumen sahaja layak menerima BAP 2023.
4) Ibu bapa perlu akur dengan tarikh dan ketetapan pihak sekolah. Pihak sekolah hanya mengambil wang dari bank mengikut jumlah murid yang ditetapkan sahaja. Lebihan wang akan dimasukkan semula ke dalam bank pada hari yang sama.
5) Namun jika ada adik-beradik satu sekolah, ibu bapa dibenarkan mengambil pada hari adik atau abang/kakak ditetapkan. Bagi kes ini, sila maklumkan kepada guru kelas untuk dimaklumkan kepada Unit Kebajikan sekolah.
6) Fasa 1 akan diserahkan pada:
16 Januari (Isnin) untuk murid Tahun Satu dan Tahun Empat
17 Januari (Selasa) untuk murid Tahun Dua dan Lima
18 Januari (Rabu) untuk murid Tahun Tiga dan Enam
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.
Beliau berkata, langkah itu penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain memberi perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.
Kontroversi sebelum ini mengenai pernikahan kedua Ashraf Muslim sedikit memberi tamparan hebat padanya namun dia sesekali tak cepat melatah dan menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya.
Semua itu dianggap satu ujian dan akhirnya kemanisan yang dikecapi kini dah pun mula mewarnai kehidupan keluarga ini.
Bagi Ashraf yang bergelar ayah kepada empat orang anak iaitu dua perempuan dan dua lelaki, Allah adalah sebaik-baik perancang untuk mereka.
Syukur dengan kehidupan hari ini kerana dikelilingi anak-anak yang sedang membesar. Sekejap je masa berlalu, mereka pun dah semakin besar.
Bila orang cakap ada anak ramai agak besar cabarannya tapi bagi Ashraf dia begitu seronok. Anak-anaklah penghibur hati waktu kita tengah serabut atau stres.
“Percayalah bila kita tengah stres, anak-anak sebenarnya ubat terapi bagi kita bergelar ibu bapa. Insya-Allah boleh kurangkan stres tengok gelagat mereka dan fikirlah yang baik-baik,” katanya.
Anak membesar sama-sama
Tanggungjawab sebagai suami, ayah dan juga public figure sama sekali tak membataskan masa Ashraf Muslim untuk ahli keluarga.
Terasa bahagia tengok anak-anak saling sayang menyayangi dan membesar sama-sama.
Ashraf dalam instagram turut menyatakan selagi diberi peluang, ayah akan sayang dan hargai anak-anak ayah.
“Kita sebagai ibu bapa sentiasalah doa kebaikan mereka sepanjang masa. Semoga Allah menjadikan anak-anak kita, anak yang soleh dan solehah.
“Apa yang membuatkan ayah terlalu gembira, kehadiran Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah anugerah yang begitu besar nilainya untuk ayah, mama dan ibu,” kongsinya.
Sumber: ig Ashraf Muslim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Adik, keputusan adik teruk.. cubalah jadi macam sepupu awak. Semua mata pelajaran dia dapat A” Selalu je kan kita dengar sesetengah ibu bapa akan membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain? Lebih baik hentikan segera perbandingan tersebut. Tidak kiralah apa jua bentuk perbandingan.
Kenapa bahaya budaya membanding-bandingkan anak ni? Ikuti perkongsian daripada Penganalisis jenayah yang dikongsi di portal Astro Awani.
Hentikan budaya membanding-bandingkan anak orang dengan anak kita, sebaliknya ibu bapa perlu meyakinkan anak-anak untuk menerima diri mereka seadanya dan menghargai apa yang dilakukan”.
Itu kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim yang juga penganalisis jenayah mengulas mengenai kes kehilangan kanak-kanak atas faktor lari dari rumah.
“Masyarakat kita ada satu budaya yang menjadikan anak orang lain sebagai kayu pengukur kejayaan anak-anak mereka tidak kira dalam peperiksaan atau sukan, yang mana ibu bapa akan sering merasakan anak orang lain lebih baik daripada anak mereka sendiri.
“Tekanan atau desakan piawaian seperti ini akan menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak diperlukan dan mereka akan berkata kalau begitu buat apa lagi mereka duduk di rumah?,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program pencegahan jenayah – Kehilangan Kanak-Kanak, Di manakah Silapnya? di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata susulan tindakan ibu bapa membanding-bandingkan anak orang lain dengan anak sendiri itu boleh menyebabkan kanak-kanak merasakan diri mereka tidak dihargai oleh orang yang paling rapat dengan mereka di rumah sehingga menyebabkan kanak-kanak merasa menyampah dan marah lalu bertindak lari dari rumah.
“Inilah antara faktor menyebabkan konsep ‘Rumahku Syurgaku’ tidak dapat dijalankan kecuali ia hanya menjadi sekadar slogan sahaja tanpa kita memahami inti pati kedudukan perkara sebenar.
“Oleh itu, jika kita mahu anak kita berjaya dan tidak terlibat dengan jenayah seperti dadah atau masalah sosial lain, hentikan membanding-bandingkan mereka,” katanya.
Kamal Affandi berkata jika anak-anak melakukan kebaikan, ibu bapa perlu memberi motivasi dengan menghargai apa yang dilakukan bagi menaikkan lagi semangat dan membuatkan kanak-kanak itu rasa lebih dihargai selain memberi keyakinan kerana faktor itu penting untuk kejayaan mereka kelak.
Julai lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata sebanyak 15,042 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilapor dari tahun 2011 hingga Mei tahun ini dan antara punca kehilangan disebabkan mereka dipengaruhi kekasih untuk lari dari rumah dan pertelingkahan serta kurang perhatian keluarga.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.