Selebriti, Akma Abdullah berkongsi cerita pernah keguguran 4 tahun yang lepas setelah mencuba untuk mendapatkan cahaya mata yang ketiga.

“Lepas Gugur Sampai Sekarang Belum Ada Rezeki” Akma Abdullah Akui Belum Rezeki & Bersyukur Dengan 2 Anak Sekarang

Perkongsian tersebut dikongsi olehnya di laman instagram. mMenurutnya lagi, dia percaya walaupun sudah mencuba namun masih belum tertulis rezeki untuk mereka sekeluarga.

“Lepas gugur anak ketiga 2018, sampai sekarang belum ada rezeki untuk tambah ahli baru. Sampai mak cakap, “kamu ni tengah muda lagi, jangan lah tahan untuk tambah anak”. Adoilaaaa hahahaha mak ni pun!! Kami tak merancang, cuma belum ada rezeki.”

“Nak tu memang nakkk. Fayyaaz pun dah 6 tahun. Sementara pembantu masih nak stay dengan kami ni, elok juga kita tambah ahli keluarga.”

Tambah bekas penyanyi AF3 ini lagi, jika sudah tertulis hanya dikurniakan 2 orang zuriat sahaja dia tetap bersyukur dengan pemberian tak ternilai ini.

IKLAN

“Lepas Gugur Sampai Sekarang Belum Ada Rezeki” Akma Abdullah Akui Belum Rezeki & Bersyukur Dengan 2 Anak Sekarang

“Tapi semua ini berbalik pada rezeki. Kalau dah Allah tulis akan ada lagi ahli baru dalam keluarga, Alhamdulillah. Tapi kalau Allah dah tetapkan hanya dua pinjaman ini pun kami dah lebih dari bersyukur.”

“Mak kata kadang-kadang bila keguguran ni, dia akan ada dua kemungkinan, senang untuk lekat balik, atau susah untuk lekat. Saya ni kategori susah la kot. Sebab 4 tahun menunggu 😂😂”

IKLAN

“Lepas Gugur Sampai Sekarang Belum Ada Rezeki” Akma Abdullah Akui Belum Rezeki & Bersyukur Dengan 2 Anak Sekarang

Jangan pernah berhenti berdoa antara nasihat yang dikongsi oleh Akma buat pasangan yang mengimpikan zuriat dan dia turut mendoakan agar pasangan yang sudah lama menanti agar dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.

“Bagi yang masih menunggu cahaya mata, Akma doakan semoga satu hari nanti Allah akan kurniakan cahaya mata untuk kalian. Jangan berhenti untuk terus berusaha ok.”

IKLAN

“Lepas Gugur Sampai Sekarang Belum Ada Rezeki” Akma Abdullah Akui Belum Rezeki & Bersyukur Dengan 2 Anak Sekarang

“Hari ni terbaca berita kehilangan putera tercinta Azmi. Baru semalam saya dengar suara ceria Azmi semasa di interview menerusi telefon radio Hot.FM, masyaAllah suaranya sangat gembira. Maklumlah penantian 10 tahun. Tetapi Allah pinjamkan hanya sementara.”

“Begitulah kehidupan kita. Kalau Allah dah berikan sesuatu, marilah sama-sama kita hargai setiap darinya. Tak kisah lah kecil atau pun besar (pesanan untuk diri sendiri juga).”

Kredit: Akma Abdullah

Baca: Susu Badan Terlebih Sampai Basah Baju, Ini Langkah Pantas Yang Ibu Boleh Ambil

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI