Bila suami atau anak-anak sudah terbiasa untuk tidak melakukan kerja rumah, pasti mereka tidak menghiraukan kepenatan si ibu menguruskan hal rumah.
Sebenarnya sikap tolong-menolong ibu di rumah perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil, bila sudah besar baru nak dibebelkan alamaknya memang tak jalan lah. Peranan si ayah juga besar kerana anak-anak akan memerhatikan tingkah laku si ayah. Jadi rajin-rajinkanlah diri membantu isteri di rumah.
Ayah Buat, Anak Ikut, Mak Jadi Mangsa
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Ads
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Ads
Anak lelaki akan jadi imam #keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.
Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai perkongsian petua tradisional atau rawatan perubatan penyakit tangan, kaki dan mulut(HFMD) yang semakin menular kebelakangan ini dikongsi oleh ibu bapa yang anak mereka dijangkiti.
Penularan kes penyakit HFMD sangat membimbangkan ibu bapa. Virus HFMD boleh berada di mana-mana sahaja sama ada pada alat permainan, air liur, troli dan tempat yang terbuka.
Jika anak anda antara yang terkena jangkitan ini, segera berikan rawatan dan asingkan mereka dari orang lain atau tempat terbuka untuk elak penyakit tersebut lebih parah dan menjangkiti orang lain.
Puan Azma Abdul Jalil antara ibu kepada anak yang terkena penyakit HFMD. Beliau telah berkongsi petua tradisional yang diamalkan untuk meredakan HFMD anaknya di facebook.
Alhamdulillah kakak dah pulih. Terima kasih doakan dekat kakak. Petua ni kak jema buat untuk kakak masa kakak kena HFMD aritu.
Anak saya baru je baik selepas seminggu kena HFMD. Dia jerit-jerit sakit tak boleh makan. Sebab luka jadi penuh dlm mulut. Mula-mula saya ingat dia kena demam campak. Tapi tak sangka sebenarnya HFMD.
Saya guna 100% rawatan tradisional cara org India. Jiran kat rumah saya bagi petua ni. Alhamdulillah, anak dah ok sangat-sangat. Sampai saya bawak pergi hospital swasta doktor pakar kanak-kanak pun puji. Dia cakap pandai saya jaga anak sampai jadi kering elok sakit dia tu.
Ini ada sedikit petua
Pertama:
Saya bagi anak saya makan ais krim vanila. Ais krim ni nak bagi luka dalam mulut reda, cubalah memang sangat-sangat berkesan.
Kedua:
Ambil sebesen air paip. Letakkan di bawah cahaya matahari (saya letak pukul 10.40 pagi sampai pukul 1 petang). Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam. Masukkan juga daun mambu ke dalam air tersebut. Lepas tu bagi anak kita mandi guna air ni. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun mambu ni di badan anak. Jadikan penawar.
Ketiga:
Ramaskan daun mambu@neem dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan, kaki di bahagian yang kena sakit ni. Jangan masukkan dalam mulut tau. Yang dalam mulut tu bg makan ais krim vanila je.
Insyaallah, selepas 2-3 hari pasti akan hilang. Cubalah sebab saya sendiri dah alami.
Coronavirus bukanlah sejenis virus yang asing dalam dunia perubatan. Mungkin anda sering mendengar kaitan antara coronavirus dengan penyakit sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).
Bagi mengekang penularan jangkitan coronavirus di hospital, orang ramai terutama golongan berisiko dinasihatkan mengehadkan lawatan ke hospital terutama bagi urusan tidak penting.
Golongan berisiko termasuklah ibu hamil
Amalkan etika kebersihan
SARS-CoV dan MERS-CoV boleh menyebabkan masalah pernafasan yang teruk terutamanya pada golongan berisiko tinggi seperti obu hamil. Namun, tahukah anda apakah kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil ini?
Ibu hamil perlu bimbang ke dengan coronavirus?
Wabak novel coronavirus yang sedang menular di China merupakan fokus utama sektor kesihatan global pada masa kini. Golongan yang berisiko tinggi bakal mengalami simptom yang teruk hingga boleh membawa kepada kematian.
Kehamilan membuatkan tahap imuniti badan ibu mengandung berubah mengikut keperluan biologi. Namun, pada kebanyakan masanya, ia berada pada tahap yang rendah.
Kajian menunjukkan ketika proses implantasi, peningkatan pada kekuatan imuniti badan akan membantu janin untuk bertapak pada rahim ibu.
Selepas fasa tersebut selesai, imuniti ibu berada pada tahap yang rendah hingga menyebabkan si ibu terdedah kepada jangkitan.
Menurut Dr Steven Gordon, pakar penyakit berjangkit daripada Klinik Cleveland, ibu hamil terdedah kepada banyak komplikasi jangkitan virus seperti influenza dan cacar air (chickenpox).
Adakah ibu mengandung perlu bimbang berkenaan dengan wabak novel coronavirus yang sedang melanda?
Jawapannya mungkin. Namun virus influenza dan varicella boleh memberikan kesan yang lebih serius berbanding novel coronavirus yang masih tidak diketahui akan tahap keterukannya ini.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Namrata Prasad et al pada tahun 2019, wanita hamil mempunyai risiko 3.5 kali ganda lebih tinggi untuk dimasukkan ke dalam hospital berbanding dengan mereka yang tidak hamil.
Bagaimana pula dengan kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil? Oleh sebab terdapat pelbagai jenis persoalan yang masih belum terjawab berkaitan dengan virus misteri ini, risikonya tidak dapat dianggarkan secara tepat.
Mari kita lihat antara kesan jangkitan coronavirus lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV.
Kesan jangkitan coronavirus terhadap ibu hamil coronavirus terhadap ibu hamil
Masih ingatkah anda akan wabak pandemik SARS pada tahun 2002 dan MERS pada tahun 2012? Kedua-duanya menular dengan kadar yang cepat dan meragut banyak nyawa.
Menurut laporan kes yang diterbitkan dalam laman Jurnal Penyakit Berjangkit pada tahun 2004, jangkitan SARS boleh menyebabkan komplikasi keguguran dan kematian dalam kalangan ibu mengandung.
Perkara yang sama turut berlaku pada tahun 2013 apabila MERS yang turut disebabkan oleh coronavirus menyebabkan wanita hamil mengalami keguguran!
Masalah pernafasan yang dialami oleh ibu boleh menyebabkan penurunan kadar pemberian gas oksigen kepada janin yang sedang membesar.
Akibatnya, setinggi 59% wanita hamil yang dijangkiti pada trimester pertama mengalami keguguran. Bagaimana pula dengan mereka yang berada dalam trimester kedua atau ketiga kehamilan?
Mereka berisiko untuk mengalami kelahiran pramatang kesan daripada kurang bekalan oksigen pada bayi dalam kandungan.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), novel coronavirus mempunyai persamaan dengan struktur SARS-CoV dan MERS-CoV. Adakah ini bermakna ia akan menyebabkan kesan buruk yang lebih kurang sama dengan kedua-dua virus tersebut?
Setakat ini, gejala yang disebabkan oleh coronavirus jauh lebih ringan berbanding dengan apa yang pernah berlaku ketika wabak SARS dan MERS.
Oleh sebab itulah, Dr Steven menasihati wanita untuk tidak memberikan tumpuan kepada novel coronavirus semata-mata.
Coronavirus lain seperti 229E dan NL63 hanya menyebabkan simptom selesema biasa. Namun, jika anda menunjukkan simptom selesema, anda tidak akan tahu virus apakah yang menjangkiti anda. Maka adalah lebih elok untuk anda mendapatkan khidmat nasihat doktor.
Jangan ambil risiko coronavirus terhadap ibu hamil
Walaupun kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil kelihatan ringan, ia tidak bermakna anda boleh mengabaikan tahap penjagaan kesihatan anda. Ingat! Anda masih tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.
Mereka yang berisiko tinggi mempunyai kebarangkalian untuk mengalami simptom yang teruk, seterusnya boleh mempengaruhi tahap kesihatan secara menyeluruh.
Buat masa ini, tidak banyak perkara yang kita tahu berkenaan dengan novel coronavirus. Oleh itu, adalah lebih bijak jika anda mula mengamalkan langkah pencegahan.
Tiada protokol rawatan novel coronavirus yang telah terbukti berkesan dalam merawat pesakit jenis ini. Virus tersebut berupaya untuk merentasi halangan spesies antara haiwan dan manusia dan menular dalam kalangan masyarakat setempat.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu mengandung bagi memastikan mereka terhindar daripada penularan novel coronavirus adalah:
-Cuci tangan secara kerap menggunakan air dan sabun
-Elakkan daripada berhubung dengan individu yang mempunyai simptom seperti demam dan batuk
-Amalkan etika batuk/ bersin yang betul semasa anda berada di tempat awam
-Pastikan anda membasuh tangan dan buang tisu yang digunakan ketika batuk dan bersin
-Dapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami gejala gangguan pernafasan
-Amalkan gaya pemakaian topeng muka yang betul ketika anda berada di tempat awam
-Pastikan anda makan makanan yang telah dimasak dengan betul. Elakkan daripada mengambil makanan mentah atau separa masak
-Elakkan daripada berkongsi peralatan peribadi dengan individu lain terutamanya jika anda mengalami simptom selesema
-Tanpa kawalan jangkitan yang sepatutnya, kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi yang masih lagi tidak jelas, memandangkan kita kekurangan maklumat mengenainya.
Setakat ini, kes novel coronavirus di Malaysia hanya melibatkan pelancong dari Wuhan yang kini sedang dikuarantin untuk tindakan selanjutnya.
Namun, jangan ambil mudah walaupun simptom yang disebabkan oleh novel coronavirus masih lagi ringan. Ini berikutan kehamilan bukan sahaja melibatkan nyawa ibu, ia juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan janin yang sedang membesar.
Jika anda mengalami sebarang simptom selesema atau baru sahaja tiba dari China, dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan virus yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda dan janin termasuklah novel coronavirus.
Setakat ini, kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil masih lagi tidak jelas namun, adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah awal bagi mencegah jangkitan tersebut daripada berlaku.
Bila ada anak kecil, ibu ayah mesti pastikan rumah adalah tempat paling selamat untuk mereka. Bukan apa, anak-anak kecil ni mereka ada satu sifat ingin tahu tetapi tak sedar itu boleh membahayakannya.
Jadi segala gerak-geri anak, ibu bapa kena awasi. Sekali kita terleka, mungkin akan memberi penyesalan yang tak sudah. Kita tak tahu apa yang akan terjadi. Jadi pentingnya beringat dari awal.
Janganlah bila dah berlaku sesuatu pada anak, baru kita tersedar. Biar kita bertegas dari awal supaya anak pun lebih memahami demi keselamatan bersama.
Berikut antara beberapa peringatan yang perlu ibu bapa peka dan biasanya menjadi minat anak kecil.
1. Suis elektrik
Bila sudah pandai merangkak, si kecil memang gemar mencuba menekan suis elektrik yang ada di dinding rumah dan pada kedudukan rendah.
2. Beranda rumah (jika tinggal di tingkat tinggi apartmen)
Jika anda tinggal tingkat tinggi di rumah apartmen, sila ketatkan keselamatan anak. Jangan biarkan mereka keluar secara bersendirian apatah lagi kalau mereka menggunakan kerusi sebagai alat memanjat.
3. Kawasan dapur
Si kecil memang suka nak “membantu” ibu memasak di dapur. Semua barangan di kawasan ini sangat menarik perhatiannya.
4. Kabinet dapur
Keinginannya yang tinggi untuk melihat apa ada dalam kabinet dapur ibu berisiko untuk menyebabkan tangannya tersepit!
5. Plastik
Anak kecil memang seronok kalau dapat main plastik tapi tahukah anda ia boleh menyebabkan mereka lemas akibat cubaan memakai plastik ke kepala.
6. Alat mainan
Kalau anak anda masih kecil elakkan daripada bagi dia main mainan yang ada komponen kecil. Si kecil yang berusia bawah 4 tahun akan cuba masukkan objek itu ke dalam mulut atau ke rongga terbuka seperti hidung.
7. Barangan beracun
Simpan dengan selamat segala barangan rumah yang beracun seperti pencuci pinggan, pakaian, pewangi pakaian, lantai dan lain-lain. Ia boleh meninggalkan kesan buruk pada anak jika terdedah padanya.
8. Rak buku
Rak buku atau apa sahaja yang boleh dipanjat memang menarik perhatian si manja apatah lagi kalau mereka dalam fasa ingin cuba buat semua perkara. Awasi keselamatan anak semasa memanjat rak, bimbang rak terjatuh menghempap mereka.
9. Bilik air
Jangan biarkan pintu bilik air tidak berkunci. Si kecil boleh masuk secara bersendirian dan berisiko lemas dalam besen atau baldi yang penuh air. Jika anak mandi, jangan sesekali tinggalkan dia bersendirian. Lantai yang licin boleh menyebabkan mereka terjatuh.
10. Tangga
Kalau dah pandai merangkak dan berjalan, tangga memang jadi lokasi wajib dijelajah. Jangan halang tapi sentiasa ada bersama si manja semasa mereka sedang menaiki tangga.
11. Laci almari
Bila tengok orang dewasa buka dan tutup laci, si kecil pun nak mencuba tetapi oleh kerana masih belum pandai mengawal kemungkinan jari comelnya boleh tersepit.
12. Sofa
Memanjat sofa adalah aktiviti yang menyeronokkan bagi anak kecil. Tetapi ia berisiko menyebabkan mereka mudah terjatuh terutama jika dilakukan oleh bayi.
13. Oven
Rasa ingin tahu yang tinggi apa akan terjadi jika dia menyentuh oven yang sedang digunakan berisiko menyebabkan tangan anak melecur.
14. Garfu
Memang bagus kalau si kecil boleh belajar makan sendiri tetapi keinginannya untuk memegang garfu sendiri mungkin juga boleh mencederakan dirinya sendiri atau orang lain yang duduk berdekatan.
15. Lampu hiasan
Jangan sesekali tinggalkan anak anda sendirian dengan lampu hiasan meja yang terpasang. Mereka akan cuba menyentuh lampu yang sedang menyala.
Pendek kata kalau ada anak kecil, anda kena jadi lebih berjaga-jaga terhadap semua barangan yang ada di sekeliling rumah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.