Berbanding mencuci baju, aktiviti lipat baju seakan menjadi aktiviti paling seram buat mak-mak. Sudahnya baju terbiar tanpa dilipat.
Namun anak kecil ini, yang dikenali dengan nama Humaira menerusi akaun Tik Tok ibunya, @rearadzi dipuji wargamaya.
Bukan hanya kerana begitu rajin membantu ibunya melipat pakaian bahkan gayanya yang cukup santai disertakan dengan nyanyian buat mak-mak rasa kagum.
Menurut perkongsian ibunya, anak kecilnya itu baru sahaja berusia tiga tahun pada 10 Disember lalu.
Ads
“10 Dec 2022 ni awak masuk 3 tahun Humaira.
“Ummi rasa masa mengandung dulu takde plak ummi asyik menyanyi je . Aaaghisauu.
“Ummi paling stress kalau nak lipat kain dik tapi awak siap menyanyi nyanyi,” tulisnya ibunya di kapsyen,” tulisnya ibunya di kapsyen.
Ads
Menerusi video yang dikongsikan ibunya itu jelas Humaira begitu relaks dan enjoy melakukan aktviti itu tanpa sekali pun berhenti untuk bertanyakan ibunya.
Dengan menggunakan alat khas melipat baju, Humaira nyata cukup cekap dan bersahaja. Patutlah dipuji ramai pihak.
Kebahagiaan rumah tangga yang dibina terletak pada diri kita dan pasangan dalam membentuk rasa bahagia. Saling menghormati, saling belajar memperbaiki kelemahan diri, menghormati antara satu sama lain dan menjalankan tugas sebagai pasangan dan ibu bapa antara kunci kebahagiaan sesebuah keluarga.
Bagaimana lagi cara untuk memupuk rasa bahagia dalam rumah tangga? Ustaz Ebit Lew penceramah dan pendakwah bebas yang popular di media sosial berkongsi beberapa surah untuk pasangan dan anak-anak supaya dapat kita sekeluarga amalkan setiap hari.
I love you bidadariku dan anak-anak. Bersama keluarga nikmat yang sangat besar.
Dari 12 tahun hampir setiap hari saya akan hidupkan amalan baca Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama keluarga. Sekarang umur saya dah 37 tahun. Rindu masa tu baca Hadis pada mak saya. Mak pendengar pertama saya masa baca hadis Nabi saw. Mak saya kata, insyaAllah satu hari nanti ramai akan dengar ebit berkongsi nasihat. Terima kasih mak bapak sentiasa mendoakan.
Ini semua doa mak ayah. Kita dapat apa yang kita dapat asbab doa mak ayah kita. I Miss u mak. Sayang mak, rindu mak sangat. Orang cakap atau perli apapun takpe. Jangan berhenti buat baik kerana mak ayah kita menanti amal baik anaknya. Mak ayah kita lebih kenal kita dari orang lain. ‘Allah sayang’ itulah kekuatan segalanya.
Hari ini bersama bidadari dan anak-anak setiap hari masa di rumah selepas Maghrib atau Solat Subuh saya akan dengar anak baca Al-Quran dan berkongsi Hadis Nabi saw. Kadang bidadari saya baca. Kadang anak-anak baca.
Saudaraku, saat bersama bidadari dan anak-anak ialah saat paling berharga. 3 perkara kita buat bersama. Solat, majlis ilmu/Talim, dan makan bersama. Doakan buat bidadari dan anak-anak.
Supaya anak rajin solat dan menjadi anak soleh baca Surah Ibrahim ayat 40. Pasangan menjadi penyejuk mata dan pemimpin kepada kebaikan baca surah Al-Furqan ayat 74.
Supaya semua keluarga sentiasa bahagia dan dapat kebaikan hidayah baca Al Ahqaf ayat 15. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew
Kredit: Ebit Lew
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada usia 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan Nik Rizuan sepatutnya menjalani kehidupan zaman kanak-kanaknya dengan menuntut ilmu namun atas tanggungjawabnya sebagai anak sulung, kini dia memangku tugas sebagai ketua keluarga setelah ayahnya lumpuh.
Tak kekok uruskan ayah dan adik-adik
Menerusi laporan Sinar Harian, kehidupan keluarga ini berubah sekelip mata selepas ayahnya lumpuh dan tak mampu menguruskan diri sejak Ogos tahun lalu.
Walaupun usianya baru menginjak 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa menjaga ibunya yang sedang berpantang selepas bersalin pada Februari lalu.
Tidak cukup dengan itu, anak sulung daripada empat beradik ini sanggup tidur di sebelah katil ayahnya, Nik Rizuan Nik Par, 38, yang terlantar sakit sejak Ogos tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru bagi memastikan insan tersayang dijaga dengan rapi.
“Kami tiada pilihan..”
Ibunya, Zaleha Manaf, 36, yang ketika ini sedang berpantang selepas melahirkan anak keempat mengakui dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada anak sulungnya itu.
“Saya sedih bila melihat anak yang masih kecil perlu memikul tanggungjawab ini, namun kami tidak punya pilihan.
“Dengan keadaan saya yang sarat mengandung sebelum ini dan sekarang sedang berpantang, sukar untuk menguruskan suami terlantar,” katanya.
Beri susu, tukar lampin dan lap badan ayah
Menurutnya, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak kekok memberikan susu serta menukar lampin pakai buang serta mengelap badan ayahnya.
Zaleha berkata, selepas itu dia akan membantunya menguruskan adik-adik lain iaitu Nik Nur Aina Najma, 10, Nik Muhammad Bakri, 5, Nik Nur Basyirah, 19 hari.
Dia berkata, keluarga mereka bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila suaminya kehilangan pekerjaan pada awal tahun lalu selepas kilang tempat Nik Rizuan bekerja di Kuantan perlu mengurangkan kakitangan.
Katanya, selepas kehilangan kerja mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Kemaman, Terengganu nekad pulang ke Kelantan untuk meneruskan kehidupan.
Zaleha berkata, di sini mereka menumpang di rumah peninggalan orang tua di mana salah seorang abangnya turut sama tinggal bersama.
Suami lumpuh selepas mengalmai masalah paru-paru
Dia berkata, belum sempat mencari pekerjaan suaminya didapati mempunyai masalah paru-paru dan sekarang hanya mampu terlantar.
“Sepanjang tujuh bulan suami terlantar, kami hanya bergantung kepada sedekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengandung, sukar untuk mencari kerja,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27 atas nama Zaleha Manaf.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.