Categories: Kesihatan Ibu

Selepas 37 Hari Berpantang, Siti Nurhaliza Dah Turun 17.8 Kg. Peminat Puji Semakin Berseri

Berkat menyusukan Aafiyah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dah turun berat badan sebanyak 17.8 kg selepas 37 hari berpantang.

Walaubagaimanapun ibu Comel Pipi Merah ini masih menyasarkan banyak lagi berat badan yang perlu dikurangkan.

Hari ini Aafiyah & ibu checkup sekali.. apa yang tragis harini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis. Alhamdullillah, semuanya baik dan ibu total turun berat sekarang 17.8kg..banyak lagi kena turun ni!!

Pertama kali bergelar ibu, Siti turut berkongsi naluri keibuannya turut tersentuh bila menangis ketika Aafiyah melalui proses mengambil darah.

Siti dan bayinya Aafiyah yang menjalani pemeriksaan ibu dan anak selepas sebulan bersalin sempat berkongsi beberapa gambar menunjukkan penampilannya yang kelihatan lebih langsing dan muda.

Ramai peminat terus memberikan kata-kata semangat supaya Siti teruskan usaha menyusukan bayinya apabila dia berkongsi penurunan berat badannya.

Ini antara fakta yang menyumbang kepada berat Siti turun cepat lepas bersalin

1. Menyusukan Aafiyah dengan kerap. Simpanan lemak ibu boleh ‘dibakar’ dengan menyusukan bayi!

2. Penyediaan makanan berpantang yang disediakan oleh Natalis Mother Care sangat berkhasiat dan dimasak dengan cara yang sihat iaitu gril, panggang dan kukus.

3. Amalan berpantang secara tradisional seperti berurut, bertungku turut membantu proses menurunkan berat badan ibu.

4. Siti mendapat sokongan dan bantuan daripada ahli keluarga serta pekerja yang membantunya menguruskan si kecil. Dengan rehat yang cukup serta emosi yang stabil, ia turut menyumbang ibu mudah turun berat badan.

Semoga Siti terus konsisten menyusukan Aafiyah supaya misinya untuk menurunkan lagi berat badan dapat tercapai.

Sumber: Instagram ctdk

This post was last modified on November 2, 2018 4:07 pm

Hasnita Sawal

Recent Posts

“Ada Rezeki Mahu Anak Lelaki Sebelum Umur 40”. Meriah Berderet 7 Anak Perempuan

Pastinya impian setiap suami isteri mahukan anak lelaki dan perempuan dalam rumah tangga. Bagaimanapun jika

4 hours ago

“Yes I’m Pregnant..Alhamdulillah,” Ain Edruce Umum Hamil Anak Pertama!

Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara, Ain Edruce mengesahkan dirinya kini sudah…

7 hours ago

“Syukur Dapat Kongsi Momen Ni”- Nora Ariffin Raikan Cucu Pertama Dalam Majlis Tahnik & Cukur Jambul!

Diam tak diam, cucu pertama penyanyi Nora Ariffin, Ayden Johan sudah pun berusia tiga bulan.…

7 hours ago

Mee Sizzling Tanpa Guna Hot Plate. Dalam Kuali Pun Jadi, Rasanya Macam Kat Kedai!

Bagi yang suka makan sizzling mee, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Tak perlu…

8 hours ago

Ibu Ayah Stres Punca Anak Buat Perangai. Aura Negatif Terkesan Pada Mereka!

Geramnya dengan anak yang buat perangai ni! Sampai satu tahap ibu ayah rasa tak boleh

10 hours ago

Melecet Teruk, Terdedah Jangkitan Kulat Hanya Sebab Ruam Lampin, Ikut Saranan Pakar Jika Tak Nak Melarat!

Disebabkan kita yang malas menukar lampin setiap 2-3 jam sekali, anak yang menerima padahnya. Anak…

11 hours ago