Sebelum bayi lahir lagi, mak ayah pastinya dah sediakan tilam tebal dan bantal paling cantik dan selesa untuk anak. Pun begitu, tilam dan bantal tebal ini sebenarnya tidak perlu untuk bayi. Cukup hanya sederhana nipisnya dan elakkan bantal.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, adalah amat bahaya jika ibu bapa terutama ibu bapa yang baru tidak tahu mengenai ilmu ini.
Bahayanya kalau mak ayah tak tahu ilmu ni sebab mungkin boleh jadi punca bayi meninggal dunia masa tengah tidur.
Kadang tu kita nak sangat si comel tu baring dan tidur dalam keadaan selesa. Kita pun excited lah belikan set tilam yang tebal dan lembut. Siap sekali pakej dengan bantal empuk. Ingatkan itu yang terbaik.
Ads
Tengok-tengok rupanya itulah salah satu punca kenapa bayi tiba tiba mati mengejut – Sudden Death Infant Syndrom (SIDS).
Waktu ditidurkan atas tilam lembut tu, tubuh bayi berisiko untuk tenggelam dari paras selamat hinggakan terbenam mukanya.
Akhirnya pernafasan bayi yang masih belum pandai nak berpusing ke kiri dan kanan tu terhalang hinggakan lemas akibat tilam dan bantal sendiri.
Ads
Sebab tu paling selamat, mak ayah – biarkan je si comel tu tidur tanpa perlu pakai bantal – gunakan tilam baby yang leper, padat dan tak terlalu lembut – dalam masa sama, alihkan selimut tebal, pad tepi atau soft toys daripada tilam.
Jika dibiarkan berada di sekeliling bayi, risiko untuk mengalami SIDS ni jadi makin meningkat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah aset paling bernilai kepada kedua ibu bapa. Tapi sejauh manakah tanggungjawab kita terhadap anak itu. Adakah kita sudah cukup berikan yang terbaik?
Tiga kriteria ini antara kunci penting dalam mendidik si anak di zaman milenium.
Sikap Terhadap Anak
Jauhkan pemikiran menganggap anak sebagai beban. Anggap anak itu sebagai anugerah atau hadiah yang akan bersama kita susah dan senang di masa hadapan. Hargai kehadiran mereka.
Komunikasi Dengan Anak
Pastikan kita tahu dan sedar bagaimana komunikasi dengan anak sejak mereka kecil. Jika salah caranya, kesan buruk boleh berlaku antaranya anak menjadi degil dan tiada sikap hormat hingga ke besar.
Galakkan Anak Meneroka Ilmu
Beri anak ruang untuk mereka meneroka apa di sekeliling mereka. Usia mereka yang masih mentah, pemikiran yang aktif dan sangat ingin tahu akan membina tumbesaran mereka di samping membantu meningkatkan keyakinan diri mereka.
Tapi awas, kita haruslah mengawal dan sering berada bersama mereka. Untuk memastikan kita tidak terlepas mendidik mereka apa yang baik dan tidak baik.
KESEDARAN IBU BAPA
Kadang-kadang kita dah rasa buat yang terbaik untuk anak tapi sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang kita lupa dan leka untuk masa hadapan mereka.
Contohnya aspek pendidikan anak. Dari awal kita dah impikan untuk hantar anak belajar di sekolah dan universiti yang terbaik. Niat itu dah bagus tetapi adakah kita terfikir apa akan jadi jika pinjaman pendidikan di negara kita sudah tidak ditawarkan lagi?
Justeru ibu bapa kena sedar, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) umpama ‘nyawa’ anak-anak kita untuk meneruskan pendidikan mereka. Konsepnya sama macam kita sebelum ini yang turut menggunakan pinjaman ini untuk membiayai yuran pengajian semasa di institusi pendidikan tinggi.
Mungkin sekarang kita tak ambil kisah sebab dah habis belajar. Tapi dana pinjaman ini akan berkurangan jika kita terus ambil sikap acuh tak acuh. Jadi sokongan anda diperlukan membantu PTPTN bina masa hadapan lebih baik untuk generasi akan datang.
Pendidikan generasi baharu ini bergantung pada apa yang kita lakukan sekarang. Jika kita faham konsepnya, tiada masalah untuk anak-anak mendapat manfaat pinjaman pendidikan kelak.
Sebagai alternatif untuk mendapat pandangan orang ramai PTPTN menyediakan ruang Konsultasi Rakyat untuk anda mencadangkan kelangsungan PTPTN sebagai institusi pinjaman terbaik di Malaysia.
Apa itu Konsultasi Rakyat?
Konsultasi Rakyat menunjukkan keterbukaan PTPTN dan mengalu-alukan pandangan rakyat mengenai apa sahaja idea atau cadangan orang ramai bagi memastikan kelestarian pembiayaan untuk generasi akan datang dan mewujudkan skim baharu pembayaran balik mengikut kemampuan pelajar menerusi portal rasmi PTPTN.
Ia membuka peluang kepada rakyat untuk memberi pandangan sama ada cadangan atau idea baharu dan menggalakkan satu komunikasi bermaklumat tepat kepada seluruh rakyat.
Memandangkan sebelum ini ramai yang suka memberi pandangan terbuka di media sosial, input itu tidak dapat disampaikan dengan jelas. Inilah masanya kita sebagai ibu bapa suarakan bagi pihak anak-anak kita di medium yang betul.
PTPTN telah memberikan pinjaman kepada pelajar dari semua latar belakang untuk membiayai pengajian di peringkat lebih tinggi. Bagaimanapun yang menjadi kekangan hari ini, lebih separuh tidak membayar balik pinjaman tersebut seperti dalam perjanjian hingga menyukarkan usaha PTPTN untuk membantu peminjam baharu.
Sebagai tanda sokongan anda untuk kelangsungan generasi pendidikan anak, PTPTN mengharapkan maklum balas positif dari anda di pautan Kertas Konsultasi Rakyat: https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/
PTPTN Menanggung Hutang RM40 Bilion Yang Dijamin Oleh Kerajaan
Sebagai pemberi pinjaman dengan prestasi kutipan bayaran balik yang rendah, adalah mustahil untuk PTPTN terus mendapat pinjaman. Bebanan hutang kini berjumlah RM40 bilion (tidak termasuk faedah).
Situasi ini akan semakin teruk jika langkah awal tidak diambil. Dijangkakan tanggungan hutang akan meningkat RM76 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Bayaran Balik Yang Rendah Akan Memberi Impak Pada Peminjam Akan Datang
Pada tahun 2014, PTPTN mengalami krisis kekurangan dana untuk membiayai pinjaman pendidikan. Akibatnya, 50,000 permohonan pinjaman baharu pada tahun tersebut hampir ditolak oleh PTPTN. Untuk mengelakkan situasi ini terjadi, PTPTN terpaksa memotong amaun pembiayaan sebanyak 5% kepada peminjam IPTA dan 15% bagi peminjam IPTS.
Setiap Kekurangan RM70 Juta Akan Menyebabkan 10,000 Orang Pemohon Baharu Tidak Mendapat Pinjaman
Ini bermakna setiap RM7,000 yang tidak dibayar akan menyebabkan seorang pemohon baharu dinafikan hak mendapat pinjaman. Contohnya, seorang peminjam dengan pinjaman RM21,000 tidak membayar balik, akan menyebabkan tiga orang pemohon baharu tidak mendapat pinjaman.
Jika tiada perubahan drastik dilakukan, akan wujud risiko yang tinggi sehingga menyebabkan pembiayaan pendidikan tidak dapat diteruskan dan akan diambil alih oleh pihak swasta serta tidak lagi menerima subsidi kerajaan dan menyebabkan peminjam akan membayar kadar faedah yang jauh lebih tinggi.
Oleh itu, sebagai ibu bapa jika anda sayangkan anak dan generasi masa depan inilah masanya kita jalankan tanggungjawab. Komen positif anda mungkin akan menyelamatkan serta membantu anak-anak mendapat masa hadapan pendidikan yang baik.
PTPTN mengharapkan maklum balas positif dari anda. Ayuh kita ke pautan Kertas Konsultasi Rakyat: https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat/ Lakukan ini untuk masa depan anak-anak anda serta generasi akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini merupakan hari pertama buat seluruh umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Pada bulan yang mulia, bulan Ramadan kita di anjurkan supaya banyak berbuat ibadah serta kebaikan, menahan diri dari nafsu dan amarah.
Bulan ini bulan yang tepat untuk kita berubah menjadi insan lebih baik. Dr Taufiq Razif berkongsi panduan bagaimana anda serta pasangan boleh membina keluarga yang bahagia di bulan ramadan ini. Ikuti perkongsian beliau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa mengimpikan dikurniakan anak-anak yang soleh kan? Ini kerana ia adalah perkara yang paling membahagiakan hati setiap ibu bapa.
Cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda yang akan mendoakan anda apabila anda meninggal dunia kelak? Yang akan memimpin tangan kita untuk masuk ke syurga.
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita.
Namun, keinginan tanpa usaha adalah sia-sia. Sudah menjadi lumrah, kita sebagai ibu bapa harus berkorban masa dan sepenuh tenaga dalam membentuk kehidupan anak-anak.
Berdoa termasuk usaha yang begitu dianjurkan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, “Berdoa kepada Allah dan hendaklah kamu percaya bahawa Allah tidak memperkenankan doa daripada hati orang yang lalai dan lengah.” – Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah
Berdoa untuk anak selepas azan dan iqamat juga pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Doa yang baik adalah amalan yang terpuji. Disamping itu, memberikan nama yang baik kepada anak juga termasuk sebahagian daripada doa.
Antara doa-doa yang ringkas tapi mustajab untuk diamalkan adalah:
“Ya Tuhan, berikan aku dari sisi Engkau, seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha mendengar doa.” (Surah Ali Imran, ayat 38)
“Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikan kami imam untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan, ayat 74).
“Ya Tuhan, jadikanlah aku dan anak cucu aku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan perkenankan doa aku”(Surah Ibrahim, ayat 74)
“Ya Tuhan kami, jadikan kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan jadikanlah diantara anak cucu kami yang tunduk kepada Engkau, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau yang maha menerima taubat lagi maha penyayang.” (Surah Al-Baqarah, ayat 128)
Semoga doa-doa diatas boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa dalam memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan beriman.
InsyaaAllah, dengan usaha yang keras, cara yang berhikmah dan selalu memohon doa serta pertolongan daripada Allah, kita akan berjaya.