Sekali sebut kedengaran cukup sedap tapi hakikatnya nama yang panjang buat anak kita akan menyusahkan mereka dikemudian hari.
Menurut kajian psikologi dan sosial, nama yang terlalu panjang atau sukar disebut boleh menimbulkan beberapa masalah kepada anak dari segi sosial, profesional dan emosi.
Kajian “name-pronunciation effect” yang diterbitkan dalam Journal of Experimental Social Psychology mendapati, nama yang mudah disebut lebih disukai dan dipercayai.
Gambar hiasan.
Bahkan hasil kajian juga menunjukkan nama yang pendek dan jelas memberi kesan positif dalam kerjaya, hubungan sosial, malah reputasi atas talian.
Dari sudut kognitif, otak manusia lebih cepat memproses dan mengingati perkataan ringkas atau mudah disebut.
Kenapa nama anak tak patut terlalu panjang?
Ads
* Senang sebut jadi lebih disukai
Kajian tunjuk nama yang senang disebut boleh buat orang automatik rasa ‘mesra’ dan positif pada anak
* Lebih dipercayai dan profesional
Nama pendek dan jelas boleh munculkan kepercayaan
* Otak suka ringkas
Nama mudah sebut cepat lekat dalam fikiran
* Buka peluang lebih luas
Nama neutral atau ringkas boleh bantu dalam kerjaya dan komuniti
Ads
* Elak tekanan emosi tak perlu
Anak tak perlu tanggung nama yang selalu salah eja atau salah sebut
* Lebih mudah diingati
Nama yang pendek lebih senang disebut dan diulang
Cadangan dan solusi untuk ibu bapa
Ads
* Pilih nama yang sederhana panjang, 2 hingga 3 perkataan sudah cukup untuk bawa makna tanpa menyusahkan anak.
* Pastikan mudah disebut elakkan kombinasi huruf yang terlalu pelik atau jarang digunakan.
* Pertimbangkan nama panggilan pilih nama yang ada versi ringkas mesra digunakan harian.
*Fikir jangka panjang, bayangkan anak gunakan nama itu di sekolah, universiti, tempat kerja atau dokumen rasmi.
Untuk mak ayah, janganlah bebankan anak dengan nama yang panjang dan susah untuk disebut. Biar nama ringkas tapi ada maknanya, jangan main letak saja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun insiden ini berlaku di luar negara, ia tetap memberi kesan kepada emosi kita. Penemuan 25 bayi di Dakar ini amat menegjutkan. Dipercayai kesemua bayi malang ini adalah mangsa sindiket menjual organ manusia atau ritual voodoo.
DAKAR – Polis menemui mayat 25 bayi di tanah perkuburan di Ivory Coast, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan. Penemuan menyayat hati itu berlaku di bandar Gagnoa, kira-kira 230 kilometer dari Abidjan, bandar terbesar di negara itu.
Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan, polis bergegas ke lokasi dan mendapati mayat bayi itu diletakkan dalam bungkusan berwarna hitam. Siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan pihak berkuasa keselamatan.
Media tempatan melaporkan bayi-bayi itu mungkin digunakan oleh sindiket menjual organ manusia atau ritual voodoo. – Bernama
Tindakan seorang bapa meninggalkan dua anak kandungnya yang juga anak istimewa tanpa sebarang pengawasan wajar, membawa dirinya ke muka pengadilan.
Thaha Abdul Latef, 39, seorang akauntan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan.
Foto sumber daripada BERNAMA
Menurut pertuduhan pertama, Thaha didakwa sebagai seorang bapa telah meninggalkan anak lelakinya lelaki berusia 10 tahun tanpa menyediakan apa-apa keperluan mencukupi untuk pengawasan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu.
Pertuduhan kedua pula, dia didakwa telah melakukan kesalahan sama terhadap anak perempuannya berusia 12 tahun.
Ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norazlin Othman, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
Menurut fakta pertuduhan, kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Elmina Valley, Seksyen U16, Shah Alam sekitar jam 4 petang pada 15 Mac lalu. Thaha didakwa gagal menyediakan keperluan pengawasan sewajarnya kepada kedua-dua anaknya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh, dengan syarat tambahan untuk melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai langkah kawalan.
Kes ini dijadualkan untuk sebutan semula pada 4 September 2025.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi di Bachok, Kelantan mengejutkan orang ramai apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun parah selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh bapa saudaranya sendiri dalam kejadian di Jelawat, kelmarin.
Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.
Kes ini mendapat perhatian masyarakat kerana melibatkan kanak-kanak kecil yang masih belum mengerti apa-apa, menjadi mangsa dalam tragedi yang menyayat hati.
Dalam pada itu, bapa kepada mangsa tampil merayu doa daripada orang ramai agar anaknya terus kuat melawan ujian besar ini.
“Assalamualaikum sahabat-sahabat semua… Inilah anak saya, mangsa yang kelmarin dipukul di Jelawat, Bachok.
“Saya mohon jasa baik semua, tolonglah doakan anak sulung saya dipermudahkan segala urusan. Sekarang keadaan dia sangat kritikal… pendarahan di bahagian kepala masih tak berhenti.
Saya percaya doa kalian semua boleh jadi satu keajaiban buat anak saya. Semoga Allah beri kekuatan untuk dia melawan derita ini.”**
Doa orang ramai kini menjadi harapan keluarga agar anak kecil itu diberi kesembuhan dan keajaiban oleh Allah SWT.
Semalam, media melaporkan kanak-kanak malang itu cedera parah di kepala selepas dipercayai dipukul dengan menggunakan tukul oleh suspek yang juga bapa saudaranya.
Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat jam 5.15 petang semalam.
Selepas memukul mangsa, suspek berusia 46 tahun itu ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di sebatang pokok rhu di Pantai Melawi kira-kira tiga kilometer daripada tempat kanak-kanak itu dipukul.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.