Buat ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata, pasti akan ada rasa struglenya nak menyusukan bayi. Sebab bukan mudah sebenarnya lagi-lagi dengan tiada pengalaman. Namun semua itu bukan satu masalah besar jika ibu benar-benar bertekad.

Seperti perkongsian Tasha Shilla kepada Pa&Ma mengenai perjalanan penyusuan untuk anak lelakinya, Raees Zander yang kini dah mencecah usia 4 bulan, sebagai ibu yang baru pertama kali menyusu banyak momen yang best.

Letak Target Menyusu Anak Hingga 2 Tahun, Amal Makan Kurma. Cara Tasha Shilla Maintain Susu

“Kebetulan pula sekarang ni dengan keadaan pandemik, masa Tasha banyak dihabiskan di rumah dengan melayan Raees. Kiranya ada hikmah juga dapat bersama Raees sepanjang peringkat awal usianya dan melihat dia membesar depan mata.

“Macam Tasha, ketika pertama kali pegang Raees selepas bersalin, waktu itu dia dah pandai menyusu. Memang sangat menakjubkan dan Tasha sendiri tak sangka pun. Masa itu doktor dan jururawat pun kagum melihat kesungguhan baby Raees. Seolah-olah ada chemistry dan tahu tanpa perlu nak diajar. Inilah antara momen yang best sangat.

Letak Target Menyusu Anak Hingga 2 Tahun, Amal Makan Kurma. Cara Tasha Shilla Maintain Susu

“Selain itu, sebagai ibu yang menyusu, Tasha tak nafikan sesekali ada juga terfikir cukup ke susu untuk Raees? Sebab terdetik dalam hati berapa banyak kuantiti dan jumlah susu yang ada dalam badan waktu menyusu.

“Disebabkan itu Tasha mula fikir jika susu tak cukup ni adakah kerana diet atau tak cukup rehat. Dari situ kita sebagai ibu ni mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Nasib juga suami banyak bagi sokongan sepanjang penyusuan ini,” katanya.

Letak Target Menyusu Anak Hingga 2 Tahun, Amal Makan Kurma. Cara Tasha Shilla Maintain Susu

Kawal emosi, amalkan makan kurma

Sebagai ibu yang baru ada seorang anak, dari awal kehamilan lagi Tasha cuba nak pastikan penyusuan susu ibu berjaya. Macam Tasha, awal-awal lagi target dan sentiasa berfikiran positif untuk breastfeeding anak ini sebagai perjalanan yang menyeronokkan sepanjang 2 tahun, Insyaallah.

“Memang susu badan ibu adalah yang terbaik tetapi jangan biarkan ia menjadi asbab untuk bersedih jika kurang susu badan dan paling penting ialah mental dan emosi ibu terkawal.

IKLAN

Letak Target Menyusu Anak Hingga 2 Tahun, Amal Makan Kurma. Cara Tasha Shilla Maintain Susu

“Bila orang tanya Tasha apa makanan yang membuatkan susu badan meriah? Sebenarnya Tasha banyak makan buah kurma ajwa, minum susu kambing dan makan ikan bawal putih sepanjang proses pantang.

“Jenis makanan yang berkhasiat dan kaya nutrisi memang diamalkan sehingga sekarang untuk pastikan semua lancar,” kongsinya.

Ditanya mengenai peranan suami, Tasha akui penyusuan susu ibu bukan ibu itu sahaja yang perlu uruskan. Perlu sangat sokongan suami. Macam suami Tasha memang memainkan peranan yang sangat penting bila baby perlukan breastfeeding sebab Raees akan demand menyusu dan suami akan sediakan nursing pad atau kain yang menutup bahagian dada dan baby sepenuhnya untuk proses breastfeeding yang berkualiti.

Letak Target Menyusu Anak Hingga 2 Tahun, Amal Makan Kurma. Cara Tasha Shilla Maintain Susu

Selain sokongan suami, Tasha dapat kekuatan untuk meneruskan penyusuan ini adalah dengan banyak membaca daripada buku yang ada pengesahan klinikal atau dapatkan nasihat doktor untuk cara-cara breastfeeding yang betul.

Kekuatan untuk breastfeeeding memang datang dari rehat yang cukup, cara permakanan yang berkhasiat dan juga persekitaran yang sesuai untuk menyusukan anak seperti di rumah atau di nursing area yang selamat untuk ibu dan anak.

IKLAN

Jadi nasihat Tasha untuk ibu yang sedang menyusu atau yang bakal menjadi ibu, kita adalah ibu yang hebat. Niat dari awal sebenarnya akan menjayakan proses penyusuan susu ibu.

Oleh itu, Tasha nak kongsikan beberapa tip yang Tasha lakukan dan mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita sama-sama menjadi ibu yang berjuang menyusukan bayi dengan susu ibu.

1. Mulakan menyusu baby sejurus selepas melahirkan anak walaupun susu badan belum banyak. Pada peringkat awal badan ibu menghasilkan colostrum dan cecair nipis ini ada khasiat dan antibodi yang bagus untuk baby.

2. Tasha masih ingat di hospital ada “lactation nurse” yang memberi tahu bahawa proses menyusu baby ialah “breast”-feeding dan bukan nipple feeding. Maksudnya posisi mulut baby kena betul untuk elakkan sakit pada ibu mahupun pada baby.

Letak Target Menyusu Anak Hingga 2 Tahun, Amal Makan Kurma. Cara Tasha Shilla Maintain Susu

3. Nurse on demand – Baby yang baru lahir perlukan menyusu setiap 2 jam dan ibu-ibu baru harus mengikut bila baby demand untuk susu. Semakin kerap baby dapat breast feed, semakin banyak susu akan terhasil InsyaAllah.

4. Sebelum nak breastfeed, ada teknik urutan untuk activate susu dalam badan. Selalu sediakan 3 – 5 minit sebelum nak breastfeed untuk urut dahulu supaya aliran susu lebih baik.

IKLAN

5. Gunakan ‘nursing pad’ dalam bra untuk elakkan kebocoran susu yang juga boleh memberi jangkitan atau infection.

6. Sediakan nipple cream sekiranya ada luka atau bengkak.

7. Makan diet yang berkhasiat dan sesuai untuk breastfeeding. Lebihkan kalori harian (dalam 500 kalori) sebab tanpa ibu menyedari, proses breastfeeding memang menggunakan tenaga yang banyak dan membakar kalori.

8. Akhir sekali dapatkan rehat yang cukup, sentiasa positif dan ceria disamping keluarga. Banyakkan bersabar dan juga sentiasa berdoa kepada Allah untuk kesihatan yang baik.

Tasha doakan pada semua ibu menyusu dan kepada followers Pa&Ma semoga berjaya dan bahagia selalu.

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!

Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang.

Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana! Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Letak Target Menyusu Anak Hingga 2 Tahun, Amal Makan Kurma. Cara Tasha Shilla Maintain Susu

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI