Letihnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saat anak masih kecil memerlukan perhatian, rumah tangga dan suami perlu diuruskan. Maafkanlah sikap isteri yang mungkin bersikap kasar tanpa sengaja.
Tidak kira isteri suri rumah atau isteri yang bekerja, kedua-duanya ada cabarannya. Tapi yang pasti kedua-duanya memang menanggung penat yang teramat. Apatah lagi jika anak-anak masih belum pandai menguruskan diri.
Luahan lelaki ini bertepatan sekali. Pandangannya kepada bebanan yang ditanggung para isteri menarik perhatian para warganet sehingga viral. Tugas seorang isteri di rumah tak boleh disamakan dengan kerja-kerja pejabat kerana ia jauh lebih berat.
KELUAR KE PASAR RAYA PUN BOLEH HILANGKAN STRES
Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya
Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan. Lagi senang. Dia tak letih.
Tapi tidak lama kemudian, saya fikir balik. Saya izinkan dia keluar pergi beli barang sendiri.
Maka keluarlah dia dengan anak sulung bersama. Tolak troli pasaraya beli barang. Anak yang nombor dua saya jaga di rumah.
Tidak berapa lama kemudian dia balik dengan wajah senyum sampai telinga. Bawa balik barang-barang dapur yang memang saya biasa beli. Bawang , biskut, telur dan lain-lain.
Katanya, seronok dapat keluar beli-beli barang. Dapat tolak troli dalam pasaraya tu hilangkan stress.
Ads
SUAMI PERLU RAIKAN SIFAT ISTERI, PERLU SENTIASA MENYOKONG
Begitulah isteri kita para suami sekalian. Kadangkala kita kena raikan sifat mereka ini.
Jadi isteri dengan anak-anak yang masih kecil sungguh meletihkan. Letih fizikal dan mental serta emosi.
Maka kitalah para suami kena sentiasa menyokong. Kalau kita balik rumah asyik mengadap handphone dan laptop sahaja lepas tu berfikiran kerja rumah dan anak ini kerja isteri kita, itu sangatlah silap.
LETIH MACAM MANA PUN KERJA SUAMI, TAKKAN SAMA PENATNYA ISTERI
Letih macam mana pun kita kerja di pejabat, tak akan sama letih isteri kita mengurus anak-anak kecil di rumah. Tu belum termasuk nak basuh baju, memasak, sapu sampah dan lain-lain lagi.
Pernah saya jaga 2 orang anak(seorang umur dekat dua tahun dan seorang lagi 3 bulan) di rumah. Isteri kena ke sekolah. Balik tengahari.
Penat dia tak terkata la. Sorang nak susu, sorang nak kena mandikan, nak makan la, nak dukung la. Exausted!
Jadi kalau kita para suami jenis tak buat kerja rumah di rumah. Tak suka bagi ruang pada isteri untuk dia raikan diri dia.
Anda jangan pelik jika isteri anda berperangai kasar dengan anda. Sebab dia ibarat gunung berapi yang nak meletup. Stress dan serabut dia tu ditahan-tahan.Hihi
Ads
So para suami anda kena letak mindset ni:
ISTERI KERJA SETIAP JAM SEPANJANG MASA
Sepenat mana kerja kita dia pejabat. Takkan dapat lawan penat isteri mengurus anak-anak dan rumah. Sebab mereka tiada office hour macam kita. Mereka kerja every hour.
2. ME TIME
Kena bagi ‘me time’ untuk isteri kita. Sekali sekala bawa gi shopping. Biar dia je beli barang dapur. Kita bagi duit.
3. TIADA ISTILAH TOLONG, MEMANG KERJA SUAMI
Tiada istilah tolong isteri buat kerja rumah. Tapi yang betul adalah memang kita ‘sedang buat kerja kita’.kita basuh pinggan mangkuk tu sebab memang kita dah guna untuk makan. Kita basuh dan sidai baju sebab memang kita yang pakai baju tu. Kita urus anak sebab tu anak kita.
4.I STERI BUKAN ROBOT
Isteri kita buka robot. Jadi banyakkan komunikasi dengan dia. Tidak perlu bagi cadangan penyelesaian sangat pun apa yang mereka cakapkan. Cukup jadi pendengar tanda kita prihatin dan sokong dia.
Sekadar perkongsian. Saya pun sedang belajar-belajar jadi suami mithali. Banyak juga silap. Semoga bermanfaat.
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas pengunting rambut kerana membunuh seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, lima tahun lalu.
Media sebelum ini melaporkan bayi itu meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat penderaan fizikal dan seksual oleh suami pengasuh bayi tersebut.
Ibu mangsa sebelum ini dimaklumkan bahawa bayi itu dihantar ke hospital oleh pasangan terbabit yang mendakwa kanak-kanak itu tercekik buah epal.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan koyakan pada selaput dara dan duburnya dan laporan Patologi mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala dan tengkoraknya.
Barisan tiga hakim yang bersidang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah, sebulat suara menolak rayuan oleh Hazmi Majid, 41, kerana hakim perbicaraan tidak melakukan sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah seperti pertuduhan.
“Kecederaan yang dilakukan ke atas bayi itu, dalam keadaan biasa adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian.
“Kami mendapati keputusan hakim (Mahkamah Tinggi) adalah selamat, berdasarkan keseluruhan bukti. Oleh itu, rayuan ini ditolak dan sabitan dikekalkan,” kata Hakim Hanipah yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun.
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Hazmi bersalah atas keputusan tersebut pada 20 Ogos 2021.
Hazmi, adalah suami kepada pengasuh mangsa, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, di sebuah unit di Pangsapuri Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari, pada 7 November 2018.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati.
Semalam viral kes penderaan di sebuah taska di Melaka. Taska tersebut ialah taska PPKK Bijak Bistari di Taman Tasek Utama Melaka. Video yang berdurasi 2 minit lebih itu mencetuskan kemarahan netizen apabila secara terang-terangan guru tersebut memukul kanak-kanak itu.
Setelah video tersebut viral, ibu mangsa tampil meluahkan perasaan apabila anak mereka diperlakukan sebegitu. Mereka memberikan kepercayaan untuk menjaga anak dengan baik namun sebaliknya yang berlaku. Rupanya bukan sekali mereka dipukul, malah kejadian ini sudah berulang kali terjadi.
Assalamualaikum….berkenaan dengan kes dera anak saya tu…terus terang saya kata kan….saya langsung tak boleh terima apa yang die dah buat pada anak saya..saya tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar).
Kami bukan dari keluarga yang senang..yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak RM380 mengharapkan penjagaan yang setimpal dengan harga…bukan dengan cara macam ni..terus terang saya cakap, sepanjang hantar anak ke situ, cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya…sampai anak tak nak sekolah saya fikir positive je…rupanye ini lah sebab anak saya tak nak ke sekolah.
Dia ade juga cerita teacher pukul dina..tapi cerita tu sebelum-sebelum kejadian…saya tak percaya cakap anak…dia siap tunjuk kan teacher pukul macam mana…saya suami isteri masih berfikiran positive..biar kan je ape yang dina cakap.. setiap kali bukak FB penuh cerita pasal dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya..hati masih belum boleh terima ape yang terjadi sekarang ni.
Hari ni 14.8.2018 genap anak ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun…perancangan awal nak sambut birthday dia kat sekolah dengan kawan-kawan..bila dah jadi macam ni…memang tak buatlah…ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama dia dah merasai benda macam ni…tadi sebelum dia tido..saya ada cakap dengan dia…dina nak sekolah baru tak??? Seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru..mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ…tapi saya harap sangat-sangat, sekolah baru nanti tolong lah jaga anak saya betul-betul…jangan lah benda ni berulang lagi..kasihan lah budak-budak yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa.
Apa-apa pun saya berterima kasih kepada tuan yang merakam dan pengurus sekolah kerana bertindak cepat..puan dah melakukan yang terbaik untuk anak-anak yang teraniaya ni…terima kasih sangat-sangat.
Akhir skali saya nak wish pada anak saya Dina Hanania Binti Shahrulzaman SELAMAT HARI JADI yang ke 3 tahun…semoga kamu jadi anak yang solehah, berbakti pada ibu bapa, cemerlang dalam hidup dan semoga kamu dibawah lindungan tuhan ye nak.
Kepada si pelaku…saya tak kan maafkan awak sampai bila-bila…dan saya harap nasib anak saya dan yang lain-lain akan terbela nanti..tak lupa juga terima kasih Sarjan dari IPK kerana bersungguh-sungguh untuk membela nasib anak-anak kami.
Anak adalah anugerah terindah untuk pasangan yang berumah tangga. Sudah pasti kehadirannya dinanti-nantikan. setiap anak mempunyai kecomelan tersendiri. Sebagai ibu ayah, kita pasti mensyukuri nikmat mempunyai anak.
Normal untuk anak yang dilahirkan mengikut genetik ibu atau ayah. Ada anak yang wajahnya mengikut si ayah, ada juga anak yang ada iras seperti ibunya. Namun, ada juga sesetengah kes muka anak tidak menyerupai sama ada ayah atau ibunya.
Satu perkongsian dari seorang ibu yang mempunyai anak ‘mat saleh’ menjadi tumpuan apabila video yang dimuat naik di akaun Tiktok eyda_razak mendapat lebih satu juta tontonan. Melalui perkongsiannya itu, ibu ini memaklumkan Allah SWT mengurniakan dia dan suami dua orang anak comel berambut perang, bermata kelabu keperangan dan berkulit cerah.
Nampak seperti berketurunan Inggeris tapi sebenarnya kedua-dua anaknya yang comel itu menghidap albino yang berpunca daripada struktur genetik tidak normal yang menyebabkan sel-sel melanosit tak dapat menghasilkan pigmen atau warna seperti biasa.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Unut Dermatologi & Pakar Perunding Dermatologi dan Oerubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr. Adawiyah Jamil memaklumkan albino diwarisi secara autosomal recessive. Pembawa gen ini tidak mempunyai apa-apa tanda penyakit sama sekali.
Kecomelan dua beradik ini membuatkan orang ramai berasa kagum dengan rambut perang dan mata mereka yang cantik. Di dalam video tersebut, Eyqa memberitahu yang anak sulungnya, Aisyah Amani mempunyai sifat penyayang terhadap kanak-kanak lain. Sudah rezeki, dia kemudiannya disahkan hamil anak kedua.
Pada awalnya pasangan ini hanya menyangka anak sulung mereka sahaja yang menghidap albino namun rezeki Allah SWT, anak keduanya Arissa Amanda yang kini berusia 9 bulan juga mempunyai genetik yang sama. Eyqa dan suami mengakui mereka bahagia dan bersyukur anak-anak mereka membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.