Siapa sangka di sebalik wajah jelita dan status selebriti, Datin Atikah Suhaime sebenarnya ibu yang sangat berdikari dan sederhana.

Perkongsian terbaru pelakon dan usahawan ini di Instagram benar-benar mencuit hati netizen. Datin Atikah berkongsi momen dirinya memasak empat jenis hidangan sekaligus  tanpa bantuan pembantu rumah  sambil mengendong anaknya, Lyla Mulan Teh, menggunakan kain batik gendong tradisional.

Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh, dan sejak kelahiran anak mereka pada 6 Mei 2024, beliau sering berkongsi kehidupan harian sebagai ibu muda di media sosial, termasuk rutin memasak dan sesi mukbang.

Sambil Gendong Mulan Dengan Kain Batik, Atikah Suhaime Masak 4 Hidangan Seorang Diri

“Level-Level Otai!”, Atikah Suhaime Gendong Anak, Sambil Masak

Dalam video yang dimuat naik, Atikah dilihat tenang menyediakan masakan walaupun anak kecilnya mula merengek.

Ads

“Datin mahu dibantu?” soal pembantunya bila Mulan mula menangis.

Tapi dengan lembut Atikah membalas, “Tak apa, saya boleh buat sendiri.”

Situasi itu buat ramai tersentuh. Bayangkan, dalam keadaan anak menangis dan tidak ada ‘baby carrier’ mahal, Atikah cuma gunakan kain batik – cara lama yang terbukti masih relevan dan penuh kasih sayang.

“Level-Level Otai!”, Atikah Suhaime Gendong Anak, Sambil Masak “Level-Level Otai!”, Atikah Suhaime Gendong Anak, Sambil Masak

Tanpa keluh, dia siapkan empat hidangan seorang diri. Jelas, kekuatan seorang ibu itu memang luar biasa. Kata orang, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Dan Atikah buktikan yang ibu tetap mampu memasak dan mengurus rumah, walau ada anak kecil di gendongan.

RAIH PERHATIAN NETIZEN

“Level-Level Otai!”, Atikah Suhaime Gendong Anak, Sambil Masak

Ads

Perkongsian ini mencuri perhatian ramai. Ramai yang kagum melihat multitasking dan semangat Atikah menguruskan rumah tangga, malah ada yang berkongsi pengalaman sendiri:

“Sy pun mcm ni lah sambil masak sambil gendong baby  tp sy tak kurus² lg sbb makan ikut sedap tekak.”

“Buat keje sambil gendong anak, serious cepat kurus. From 60kg to 45kg.”

“Behave nye baby tu.. elok je snyap dia dlm kain tu..”

Ads

“Suka tengok cara Tikah urus Mulan dan cuba berdikari.”

Jelas, dalam dunia penuh kemudahan hari ini, Atikah pilih untuk kekal dekat dengan nilai keibuan yang asli  tangan sendiri, kasih sendiri, peluh sendiri. Itu yang buat ramai makin sayang dan hormat dengan Atikah Suhaime.

 

Sumber: therealatikahsuhaime

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI