Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun parah selepas dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Kedai Jelawat, Bachok petang semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.15 petang semalam
Menurutnya, mangsa dipercayai dipukul di bahagian kepala dengan menggunakan senjata tukul.
Ads
“Keadaan mangsa sangat kritikal dan dia telah dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, lelaki berusia 46 tahun yang disyaki memukul mangsa, dipercayai kemudian menggantung diri di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
Ads
Mayat suspek ditemui tergantung pada sebatang pokok rhu di pantai berkenaan dan kini sedang diuruskan oleh pihak forensik.
Ads
“Pada masa sama, mangsa masih berada dalam keadaan kritikal. Perkembangan lanjut kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
“Mak, gula putih naik harga ke lepas ni?” Soalan spontan anak masa tengah bancuh air teh petang-petang. Mungkin ramai keluarga pun mula tertanya-tanya benda sama bila terbaca berita tentang cukai jualan ke atas gula mentah.
Tapi jangan risau, menurut kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan, gula bertapis atau gula putih kekal tidak dikenakan cukai dalam semakan semula SST yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini.
Penjelasan ini dibuat selepas MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan kenaikan harga pasaran gula disebabkan cukai ke atas gula mentah.
Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam kenyataannya hari ini, MOF berkata gula mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran gula halus akan dikenakan Cukai Jualan sebanyak lima peratus.
Dalam bahasa mudahnya, gula yang kita beli kat pasaraya tu tak ada cukai tambahan, jadi tak perlu panik untuk borong gula sekarang. Yang penting, kawal penggunaan gula dalam keluarga demi kesihatan semua bukan sebab takut cukai.
Menurutnya, kerajaan MADANI mengambil pendekatan bersasar dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan keperluan utama rakyat seperti gula, garam, ayam, telur, daging, ikan, sayur-sayuran, minyak masak dan beras bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan pelaksanaan semula SST.
“Gula mentah yang digunakan dalam pengeluaran gula halus akan dikenakan cukai jualan sebanyak lima peratus.
“Namun, pengilang seperti MSM layak memohon pengecualian cukai atas bahan mentah dan input mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan MOF dikeluarkan susulan kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan kenaikan harga gula susulan pelaksanaan semakan SST.
Namun, MOF menjelaskan kerajaan memberi jaminan langkah-langkah bersesuaian telah diambil bagi mengelakkan kesan kepada pengguna.
Dalam pada itu, MOF menjelaskan disebabkan MSM layak memohon pengecualian, tiada sebab untuk berlakunya sebarang kenaikan harga gula putih, memandangkan pengilang turut menerima insentif bulanan daripada kerajaan bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga di pasaran.
Katanya, pengecualian cukai itu boleh dipohon menerusi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, seperti diperuntukkan di bawah Butiran 1, Lajur (2), Jadual B dalam Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan daripada Pembayaran Cukai).
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Moga Allah terus beri kekuatan untuk saya demi satu-satunya anak abang yang masih ada, Putri Qisya.” Itu luahan penuh sebak Nur Adliah Syuhada Ishak, 26, adik kepada arwah Mohamad Azim Izat, 32, yang terkorban bersama isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, dan empat orang anak mereka dalam satu tragedi menyayat hati Sabtu lalu.
Dalam kejadian yang mengejutkan seluruh negara itu, enam sekeluarga ditemukan lemas di dalam sebuah kereta Proton Iswara yang terbabas ke Sungai Korok, Jitra, Kedah.
Mangsa-mangsa yang terkorban ialah Mohamad Azim bersama isterinya serta empat anak mereka, Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan bayi lelaki mereka, Tuah Haydar yang baru berusia enam bulan.
Namun, takdir Allah menyelamatkan anak sulung mereka, Putri Qisya Nur Izzat, 12, yang ketika kejadian berada di rumah neneknya di Jerlun.
“Kami baru saja ketawa bersama malam itu…”
Menerusi catatan penuh emosi di laman Facebook, Adliah meluahkan betapa beratnya kehilangan insan tersayang yang begitu rapat dengannya.
“Masya-Allah… sayu sungguh hati ini. Macam tak percaya semua ini berlaku. Baru malam itu kami makan, sembang, bergelak ketawa macam biasa,” kongsinya sebak.
Lebih memilukan, kenangan terakhir bersama abang dan kakak iparnya itu kini menjadi momen paling berharga untuk dikenang sepanjang hayat.
“Kematian yang sangat-sangat dicemburui, seluruh Malaysia mendoakan abang sekeluarga. Hebat abang sekeluarga. Cadak (Nur Adliah Syuhada) janji Cadak dan Fahmy akan tepati janji untuk jaga anak abang, insya-Allah,” katanya lagi.
Doa dan janji dari hati seorang adik
Adliah menggambarkan arwah abang dan kakak iparnya sebagai insan yang sentiasa ada bersamanya dalam susah dan senang, tidak kira waktu.
“Pergi mana-mana pun kami semua sekali. Abang dan Kak Dayah lah tempat kami bergantung. Apa saja kami lalui bersama,” luahnya sebak.
Walaupun kehilangan itu begitu besar, Adliah dan suaminya, Fahmy, bertekad untuk kuat demi memenuhi amanah terakhir untuk menjaga anak sulung abangnya, Putri Qisya.
“Kami akan simpan semua kenangan bersama. Kami puas hati dengan momen-momen akhir itu. Dunia pun ramai yang mendoakan, apatah lagi di sana. Kami saksi atas segala kebaikan abang dan kakak,” katanya.
Dalam satu lagi hantaran, Adliah turut meluahkan kesedihannya kerana kehilangan satu-satunya abang serta kakak ipar yang amat disayangi malah turut memohon doa agar terus diberikan kekuatan menjalani kehidupan bersama suaminya tanpa kehadiran mereka berdua.
Sumber: Kosmo Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membesarkan anak di zaman ini memang mencabar keimanan. Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.
Sebagai ibu bapa kitalah yang perlu sentiasa bertanyakan perihal anak kita terutama Ketika di sekolah.
Seorang ibu yang berdepan masalah pergaduhan anaknya bersama rakan sehingga memotong beg sekolah membuatkan kita sedar akan pentingnya kita bertanyakan perihal anak di sekolah.
Malah ibu ini turut berkongsi hal yang sama supaya mengetahui perihal berkaitan anak terutama Ketika berada di sekolah. Perkongsian ini menarik untuk dikongsikan kepada semua.
Baru sekolah rendah dah perangai camni ye, belum sekolah menengah lagi. Mak bapak tak ajar ke? Kesian Sumayyah naik-naik rehat je bag kena potong camni.
Aku dapat dengan mak pak dia aku sound ea. Dah report kat cikgu kelas dia. Sumayyah takut nak bagitau, kawan dia yang bagitau. Tu pun Sumayyah kata cikgu diam je, dia tak tau cikgu cakap apa. Maybe Mayyah tengah sedih, tak fokus keliling dia.
[KEMASKINI] Macam-macam komen dapat. Alhamdullillah sattle dah kes semalam. Bag anak kena gunting tu. Nasib luar kelas tu ada cctv.
Cikgu tengok cctv cikgu kata memang ada yang masuk kelas time rehat. Pelaku dan mangsa mengaku salah. Puncanya ejek mengejek. Harini dia ejek anak saya, esok anak saya ejek dia. Gitulah.. seterusnya.
Sampai masa agaknya si pelaku ni geram gaknya. Dia gunting la bag Sumayyah. Sampai cikgu kata kes dendam ni.
Tapi tak terjangkau dek otak ekboleh main benda tajam, gunting tu. Hmmm..bahaya betul. Arini gunting bag takut esok main acah-acah gunting pulak. Minta jauh la.
Dua-dua mengaku salah sendiri dan minta maaf. Dan ayah si pelaku pun dah beri duit untuk ganti bag. Dan saya pun dah minta maaf pada ayah si pelaku atas apa yang terjadi.
Tak semestinya anak saya betul. Nama pun budak darjah 2. Masing-masing ada kelakuannya sendiri kan. Tak kira la anak cikgu ke anak menteri ke, artis ke, kadang yang kita tak tau pun ada. Dan kita la yang kena betulkan mereka dan bimbing. Bukan cikgu dekat sek tu. Saya pun dah marah anak saya sebab ejek-ejek sama.
Masa perjumpaan ibu bapa dan guru amik report kad tula kena tanya macam mana anak kat sekolah. Kadang dah jumpa kawan-kawan hilang baiknya
Bukan nak cari salah siapa, bukan nak gaduh cuma nak betulkan keadaan. Sebab tu suruh cikgu siasat.
Yang tersinggung dengan kata-kata saya tu maaf la ye. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Saya terima.
Anak jadi pembuli kita takut, Anak dibuli pun kita takut. Semoga benda-benda ni dijauhkan la dari anak² kita semua.
Sumber: FB Waniez Zawani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senyuman bayi bukan sekadar reaksi comel, tetapi petanda penting perkembangan emosi, pembentukan ikatan dengan ibu bapa dan asas keyakinan diri anak sejak awal kehidupan.