Penyanyi, Dato’ Fazley Yaakob yang juga juara Master Chef telah berkongsi sebuah video di instagramnya dimana beliau memandu kereta meredah hutan pada lewat malam semata-mata untuk menemani anak-anak dan isteri di sebuah kem yang terletak di Frasers Hill, Pahang, Malaysia.
Dato’ Fazley yang mendirikan rumah tangga bersama Datin Azrene Ahmad dikurniakan empat cahaya mata, 3 lelaki dan seorang perempuan, fariedz fazley, fieradz fazley, fierudz fazley, ellie fazley.
Ramai yang tanya saya, lewat malam semalam saya drive sorang2 masuk hutan saya pergi mana? Begini ceritanya
Anak2 saya ada camping dengan mama dia, saya memang dah berjanji akan teman diorang tidur dalam hutan walau apa pun berlaku. Cumanya saya sibuk seharian, jadi dah lewat malam baru saya drive sorang2 masuk hutan. Seram sejuk jugak hahahaha
Ads
Sebab tak saya tak tahu akan jadi segelap itu. Dengan takde lampu jalan, jalannya kecik dan sebiji kereta atau seorang manusia pun takde. Bila dah sampai tepi campsite, kena park kereta dan jalan masuk ke dalam hutan dalam 30 minit.
Lepas tu di waktu pagi pun saya kena bangun awal, 5 pagi dah bergerak keluar hutan untuk balik semula ke KL sebab dah ada kerja awal pagi.
Semuanya demi untuk bersama anak2 dan isteri saya. Hutan setebal mana pun sanggup di redah asalkan dapat bersama mereka dalam 3 jam di waktu malam @fariedzfazley@fieradzfazley @fierudzfazley@elliefazley @azrene_ahmad
Ads
Perkongsian Dato’ Fazley di instagram menarik perhatian netizen. Rata-rata kagum dengan sikap yang penyayang dan bertangungjawab yang ditunjukan olehnya terhadap anak-anak dan isteri. Berutung Datin Azrene dan anak-anak.
Alhamdulillah Kalau Semua Suami Mempunyai Sifat Seperti Fazley Yaakon, bahagianya sebuah keluarga
Ads
Maha Adilnya Allah Di Anugerahkan Suami Yang Sangat-Sangat Prihatin & Penyayang
Pengorbanan & Tanggungjawab
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin benar-benar terkesan di hati semua orang sehingga ada yang sedih dan rasa tak sanggup jika diuji sedemikian. Lagi-lagi bila mengenangkan anak-anak yang masih kecil, sesiapa pun pasti akan tersentuh hati.
Bukan itu saja, ujian yang dilalui oleh Shuib itu telah membuka mata ramai suami untuk lebih menghargai kehadiran isteri dan anak-anak. Selagi ada peluang pastikan kenangan bersama insan tersayang sentiasa ada.
Bidadari Syurga, Setia Hingga Hujung Nyawa
Melalui perkongsian di Facebook Faid Norazmi yang juga seorang bapa tunggal, beliau juga pernah merasai kehilangan isteri tercinta. Beliau terpanggil untuk berkongsi apa yang dirasakan sepanjang tiga tahun enam bulan kehilangan isteri selepas dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.
Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.
Kalian semua tahu apa yang aku rasa?
Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.
Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.
Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.
Tambahnya lagi, kehidupan bahtera sebagai suami isteri hanya bertahan selama satu tahun satu bulan dan lebih menyedihkan anak kecil mereka baru berusia dua bulan waktu itu.
Pesanan buat mereka yang masih ada & bakal ada pasangan
Beliau juga berkongsi beberapa tips untuk sentiasa mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan dalam berumah tangga.
1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.
2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.
3. Perbaiki hubungan sekiranya retak di tengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.
4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.
5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian.
6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.
7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. In sya Allah dengan doa & redha daripada kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi.
Semoga coretan ini bermanfaat untuk sahabat alam maya terutama yang masih ada pasangan di sisi. Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat & bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita.
Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya. Moga dengan redha & sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti. Aaminn ya Rabbal Alamin.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil susulan kebimbangan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini dalam tempoh hampir seminggu ini.
“Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini (25 Julai).
“Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PKPP di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Beliau berkata, SOP untuk Hari Raya Aidiladha yang akan disambut 31 Julai ini juga akan dimuktamadkan dan diumumkan Isnin ini.
Ismail Sabri berkata, susulan beberapa kluster baharu dikesan membabitkan kru kapal, SOP berkaitan kumpulan terbabit akan turut diteliti.
“Polis akan memantau pematuhan SOP ketika sambutan Aidiladha sama seperti pada Aidilfitri lepas. Jika berlaku pelanggaran SOP, tangkapan dan tindakan dibuat terus di lapangan,” katanya.
Mengenai keperluan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sarawak berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan negeri akan membincangkan perkara tersebut dalam sehari dua ini.
“Keputusan (mesyuarat) akan dimaklumkan kepada pihak kerajaan (Persekutuan), (hasil mesyuarat) kita akan wartakan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
“Kerajaan Sarawak mungkin akan perkenalkan SOP yang lebih ketat, insya-Allah akan umum Isnin nanti,” katanya. – Bernama
Kredit Gambar: Sinar Harian & Selangorkini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi budaya kanak-kanak apabila hari raya pastinya aktiviti kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah menjadi perkara yang wajib dilakukan! Disebakan itulah masyarakat kita sudah terbiasa menerima tetamu kecil yang datang beraya.
Namun lain pula kisahnya yang berlaku kepada wanita ini setelah menerima kunjungan dari sekumpulan kanak-kanak yang ingin beraya.
Menurut perkongsian yang tular di Facebook, Puan Norfatin hanya berkongsi cerita yang baru sahaja berlaku kepadanya dan memohon orang ramai agar berwasapada jika kumpulan kanak-kanak yang sama datang beraya. Risau ada yang terkena sepertinya.
“Kejadian yang berlaku di rumah saya..Jadi saya nak pesan la kot ada budak-budak tu datang beraya mohon berjaga-jaga la..”
“Petang tadi (semalam) rumah saya ada sekumpulan budak-budak (9 org) semua pakai baju merah sedondon, berkulit gelap datang nak beraya, sebab nampak budak-budak kan jadi kami bagi jelah diorg masuk kebetulan ade kakak saya sekali datang masa tu”
Dalam pada kami sibuk dok hidang-hidang air budak-budak tu sempat menyelongkar beg tangan orang, mula-mula kami tak perasan dah budak-budak tu balik, tengok sampul-sampul duit raya dah hilang.. kami jumpa sampul-sampul tu dalam bilik air, tapi dah kosong baru teringt budak-budak tu guna bilik air tadi”
“Masa budak2-budak tu beraya macam-macam soalan diaorg tanya, dalam rumah ada siapa? bilik berapa? macam-macam la.. kami pun tanya ramai-ramai dari mana, katanya bandar mahkota (brookland), ikotkan jauh jgk la dr Bukit Changgang ni katanya datang naik kereta mak sedara hantar tapi mak sedara tak masuk cuma tunggu dalam kereta”
“Bila pikir balik buat apa sanggup datang susah-susah dari jauh tak ada sedara mara pun kat sini, tapi datang hantar budak-budak tu beraya.. kami semua jadi tanya tanya sakarang ni, & dalam keadaan risau jugak.. sebab budak-budak tu tanya macam-macam detail kita malam ni tido kene jaga-jaga la jawabnya..”