Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan pemberian imunisasi Tdap (tetanus, difteria dan pertusis) secara percuma kepada semua
ibu hamil warganegara Malaysia mulai hari ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, vaksin itu boleh didapati di semua fasiliti kesihatan primer KKM yang menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu di seluruh negara.
Katanya pemberian vaksin bertujuan memberi perlindungan awal kepada bayi baru lahir yang terdedah kepada komplikasi pertussis atau batuk kokol sebelum melengkapkan jadual vaksinasi.
Ia merupakan inisiatif baharu Imunisasi Tdap untuk ibu hamil antara 28-32 minggu yang memberi perlindungan daripada tiga penyakit iaitu tetanus, difteria dan batuk kokol.
“Kajian antarabangsa menunjukkan vaksin ini selamat dan berkesan tanpa meningkatkan risiko kepada ibu atau bayi,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Imunisasi peringkat kebangsaan di sini, hari ini.
Ads
Turut hadir, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Ismuni Bohari.
Dzulkefly menyifatkan tema ‘Imunisasi untuk semua, ayuh kita jayakan’ selari dengan komitmen KKM memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat perlindungan melalui imunisasi.
Selain pelaburan jangka panjang dalam kesihatan awam, katanya, imunisasi juga mencerminkan prinsip keadilan sosial, dan kekal sebagai antara intervensi kesihatan yang paling berkesan.
“Kini kita mengorak langkah ke arah pendekatan imunisasi sepanjang hayat, meliputi perlindungan sejak dalam kandungan hingga ke usia emas.
Ads
“Setiap fasa kehidupan membawa risiko kesihatan berbeza dan imunisasi menyeluruh membolehkan kita menangani beban penyakit secara berkesan,” katanya.
Katanya, negara melaksanakan Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) sejak 1950 dan kini lebih 95 peratus kanak-kanak menerima imunisasi lengkap menerusi program berkenaan.
“Ini pencapaian yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai memenuhi piawaian liputan global.
Ads
“Antara vaksin utama termasuk untuk mencegah penyakit seperti tuberkulosis, Hepatitis B, polio, campak dan Rubela.
“Kita juga memperluas vaksinasi kepada remaja perempuan (HPV), serta di kawasan tertentu seperti Sarawak yang menerima Vaksin Japanese Encephalitis (JE).
“Sebagai kesinambungan kepada peluasan vaksin Pneumokokal yang telah diumumkan, kita terus melindungi kanak-kanak menerusi pemberian vaksin ini sejak 2020 dalam jadual imunisasi NIP.
“Ia membantu mengurangkan beban penyakit radang paru-paru yang boleh dicegah melalui vaksin,” katanya.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan berkaitan tular menerusi media sosial melibatkan kes salah laku buli dakwaan Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK–UPNM) cedera ditekap seterika, disyaki dibuli senior.
Menerusi laman rasmainya, ATM mengeluarkan kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum laporan yang tular di media alternatif dan media sosial mengenai insiden itu yang memperlihat kesan lecur pada badan mangsa.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil maklum berkenaan laporan yang tular di media alternatif dan media sosial mengenai insiden seorang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK – UPNM) yang disyaki dibuli dan didera oleh seorang ‘senior’nya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada Pegawai Kadet tersebut sehingga meninggalkan kesan lecur.
Susulan itu, ATM mengesahkan bahawa kes tersebut kini sedang dalam siasatan di peringkat ALK – UPNM.
ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut. Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah.
ATM juga menggesa agar masyarakat memberi ruang kepada ATM menyiasat perkara ini secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya. Selain itu, masyarakat juga diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu kepada proses siasatan tersebut.
Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pegawai kadet tahun dua di ALK-UPNM Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera baru-baru ini.
Memetik sumber, mangsa mengambil jurusan kejuruteraan itu didakwa dibuli penuntut senior dan kes terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas, yang menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.
Berkumpul bersama keluarga di bulan raya ini sememangnya cukup membahagiakan. Tambah bahagia bagi yang bergelar atuk dan nenek yang menerima kunjungan cucu-cucu yang ramai pulang ke kampung. Suasana jadi gamat.
Namun momen paling bahagia pastinya buat datuk dan nenek kepada dua pasangan kembar yang usianya hampir sebaya.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan di akaun Tik Tok ibunya, Akma Syafira @mama triplet, aksi seorang datuk melayan tiga cucu kembarnya dan dua lagi kembar saudaranya mendapat perhatian ramai.
Tidak kisah untuk membakar lemang atau persiapan raya lain, namun seorang datuk yang bergelak Tok Aki dilihat leka melayan cucu-cucu kembarnya ketika berkumpul di hari raya.
“Setahun sekali je cucu buli Tok Aki dorang, baru meriah kampung,” tulis ibunya di kapsyen.
Malah menerusi beberapa perkongsian video di akaun ibunya, pasangan kembar tiga itu, Naida, Nelda dan Nelly cukup dikenali di Tik Tok. Banyak perkongsian video ibunya berkongsi kisah pasangan kembar tiga itu melakukan pelbagai aktiviti.
Tidak hanya Naida, Nelda dan Nelly, suasana beraya dikampung tambah gamat bila kehadiran saudara kembar pasangan kembar itu ke rumah mereka di kampung.
“Twins ni kira dua pupu dengan Triplet. Ni pun baru-baru je ada kembar dalam keluarga,” kongsi ibunya menjawab pertanyaan wargamaya di Tik Tok.
Menerusi video yang menerima lebih sejuta tontonan itu, Tok Aki dilihat memangku salah seorang cucunya yang menangis secara serentak. Gamat suasana bila kembar tiga turut menangis.
Malah Tok Aki orang yang paling rajin melayan cucu-cucunya sambil membawa bekalan susu untuk diberikan kepada cucunya.
Walau tetamu yang berkunjung ramai namun datuk kesayangan ramai ini dilihat cukup tenang melayan cucu dan cucu saudaranya secara serentak.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jodoh dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi. Pada hari ini, 24 Mac 2025, aktor dan pengarah Farid Kamil Zahari akhirnya bersetuju melepaskan isterinya, Diana Danielle. Mereka sah bercerai dengan talak satu buat kali kedua.
Selepas prosiding di mahkamah, kedua-duanya dilihat berjalan beriringan keluar dari dewan perbicaraan pada jam 10.50 pagi, menandakan berakhirnya episod rumah tangga mereka secara rasmi.
Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.
Terdahulu, menurut laporan, aktres dan penyanyi, Diana Danielle sebelum ini berharap kes penceraian kali kedua dengan pelakon serta pengarah, Farid Kamil dapat diselesaikan secepat mungkin. Hal ini kerana, Diana sendiri mengatakan dia tetap mahu dilepaskan dari perkahwinan tersebut.
“Saya harap cepatlah selesai, banyak kali turun naik mahkamah, perkara sama juga.
“Pada akhirnya, saya tetap mahu dilepaskan. Harap dia memahaminya akhirnya…” ujar Diana di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada pagi Isnin hari ini.
Pasangan Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012, dan hasil perkongsian hidup selama 13 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sumber: Sinar Harian & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.