Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Banyak manfaatnya antaranya dapat menambahkan perbendaharaan kata, memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Selain itu, bahan bacaan juga perlu berkualiti dan berunsur Pendidikan dan Islamik agar dapat mempengaruhi kehidupan dan pemikiran anak-anak.

Bersesuaian dengan kepentiangan amalan membaca ini, pada 11 Disember 2019, Little Caliphs® International Sdn. Bhd, telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku, hasil karya 7 orang penulis yang menyaksikan penghasilan sebanyak 10 buah buku terbitan Little Caliphs® International Sdn. Bhd. (LCISB) dan sebuah buku terbitan Sentap Press Sdn. Bhd.

Majlis Pelancaran Buku turut bersempena Seminar ‘Senior Teachers Training’ The Little Caliphs® Program yang dihadiri oleh 600 orang pengusaha dan guru-guru pada 11-13 Disember 2019 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam.

Antara buku yang dilancarkan adalah buku hasil nukilan YBhg. Tuan Haji Roslan Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif, Little Caliphs® International Sdn. Bhd (LCISB), yang bertajuk ‘Saya Anak Bertuah’. Sinopsis buku ini memandu anak-anak agar menyedari hakikat betapa beruntungnya mereka menerima begitu banyak nikmat daripada Allah SWT dan perlunya melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Buku ke-2 ini merupakan kesinambungan penulisan buku Pertama yang bertajuk “Saya Sembah Allah’.

IKLAN

Untuk rekod, buku pertama tersebut turut terjual lebih dari 3,000 buah naskah. Di samping itu, turut di lancarkan bukU terbaharu dari YBhg. Puan Hajah Sabariah Faridah Jamaludin, Ketua Pegawai Akademik, Little Caliphs® International Sdn. Bhd. (LCISB) @ ‘Teacher Fari’ dengan bukunya yang bertajuk ‘Catching the Rainbow with Princess Solehah’ dan ‘Dari Quran ke Hatiku’. Buku ‘Catching the Rainbow with Princess Solehah’ ini merupakan buku ke-2 beliau setelah kejayaan buku pertamanya iaitu ‘Princess Solehah’ yang terjual lebih 1,500 buah naskah. Manakala buku ‘Dari Quran ke Hatiku’ terbitan Sentap Press Sdn Bhd pula telah menerima tempahan awal sebanyak lebih dari 500 buah naskah.

Buku ini merupakan sebahagian daripada kisah hidup penulis yang kebanyakkannya bersangkut-paut dengan Al-Quran. Harapan penulis agar pembaca terkesan dengan ayat Al-Quran dan berusaha menjadikan Al-Quran benar-benar berada di dalam hati pembaca.

Buku seterusnya yang akan dilancarkan merupakan hasil tulisan 6 orang penulis yang di antaranya merupakan pengusaha The Little Caliphs® Program. Buku Cerita Bertema (Thematic Story Books) ini mengandungi 8 siri tema yang di antaranya bertajuk ‘A Place We Call Home’ bagi tema Rumah, ‘Circle Time’ bagi tema Sekolah, dan ‘Up In The Jambu Tree’ bagi tema Pekerjaan serta lima tajuK yang lain. Buku-buku tema ini mengandungi kosa kata bergambar, fakta sainstifik, kosa kata Bahasa Arab, integrasi islamisasi, karakter berwarna serta mesej-mesej positif untuk menggalakkan pembacaan anak-anak di tadika dan juga di rumah.

LCISB amat berbesar hati dengan penghasilan buku-buku tersebut dan merakamkan penghargaan ucapan terima kasih serta syabas kepada para penulis hebat dengan hasil karya berikut:

i) Dari Quran ke Hatiku (Sabariah Faridah Jamaludin)
ii) Saya Anak Bertuah (Roslan Nordin)
iii) Catching the Rainbow with Princess Solehah (Sabariah Faridah)
iv) Thematic Story Books

1) Up in The Jambu Tree Solehah (Sabariah Faridah Jamaludin)
2) Emir’s Wonderful Family (Sabariah Faridah Jamaludin)
3) My Delicious Superheroes (Zulaikha Sulaiman)
4) Dates for Grandmother’s Iftar (Sharina Samsudin)
5) Abi’s Red New Car (Abdun Nizar Ahmad)
6) Circle Time (Abdun Nizar Ahmad)
7) A Place We Call Home (Nadia Zaifulizan)
8) Emir and The Big Slice of Cheese (Siti Farhan Mohamed)

Semoga dengan buku-buku ini menjadi sebahagian usaha dari Little Caliphs®untuk melahirkan generasi yang suka membaca dan menghargai ilmu.