
Baru-baru ni, Fattah Amin sempat buat satu sesi live santai bersama keluarganya. Pada awalnya, ramai yang sangka ia cuma sesi biasa artis berkongsi masa bersama keluarga. Tapi rupanya live tu jadi lebih dari sekadar hiburan. Ia jadi satu momen penuh nilai, menyentuh hati dan meninggalkan kesan mendalam kepada ramai penonton.
Waktu live tu berlangsung, jelas terpancar riak wajah Fattah yang sangat gembira. Duduk dikelilingi ahli keluarga tersayang, dia kelihatan tenang, penuh senyuman dan begitu selesa. Apa yang paling mencuri perhatian penonton bukan sekadar kemunculan Fattah, tapi cara keluarganya tampil penuh sopan, tertib dan menjaga aurat dengan begitu baik.
Adik-beradik Fattah yang lain turut serta dalam live tu. Masing-masing manis bertudung dan sangat menyenangkan mata yang memandang. Ramai netizen puji, “Inilah contoh keluarga artis yang elok. Glamour, tapi tetap jaga adab dan agama.” Dalam zaman media sosial yang penuh keterbukaan ni, apa yang dipaparkan oleh keluarga Fattah satu nafas segar yang menenangkan.
MOMEN IBU DAN ANAK
Lebih menyentuh hati, bila mak Fattah sendiri kelihatan sangat manja dengan anak lelakinya tu. Duduk rapat sambil pegang bahu Fattah satu momen yang simple tapi cukup bermakna. Nampak kasih sayang antara ibu dan anak yang sangat dalam. Memang jelas, Fattah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik dari ibu ayahnya.
Dan tak cukup dengan itu, baru-baru ni juga, ibu dan adik-adik perempuan Fattah muncul dalam video promosi koleksi terbaru tudung jenama Ibu Azizah. Cantik, manis dan berseri-seri semuanya! Tapi part awal video tu lain macam sikit –buat ramai terkejut. Ramai tak sangka, rupa-rupanya itulah keluarga Fattah Amin. Natural beauty, tak berlebih-lebih, dan tetap nampak classy.
View this post on Instagram
Ramai yang tinggalkan komen positif, bukan saja sebab kecantikan dan kelembutan wajah adik-beradik Fattah, tapi sebab mereka hadir dengan cara yang begitu sopan dan menyenangkan. Dari cara bercakap, cara berpakaian sampai ke cara mereka bawa diri – semuanya mencerminkan didikan ibu bapa yang sangat baik.
Boleh nampak jelas, kejayaan Fattah hari ini bukan semata-mata hasil usaha sendiri, tapi juga doa dan didikan ibu ayah yang tak pernah putus. Dan momen kecil seperti ni live santai dengan keluarga berjaya tinggalkan impak yang cukup besar kepada pengikutnya.
Sumber: IG Fattah Amin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI