Lompang Pandan Berlesung Pipit. Guna Sukatan Cawan Je, Gerenti Jadi!

Share

Kuih tradisional ni antara kuih yang sentiasa ada peminatnya tersendiri. Bukan je orang dulu-dulu je suka, tapi semua lapisan masyarakat pun menggemarinya. Walaupun banyak menu yang dioalah dengan pelbagai resipi, kuih tradisi ini sentiasa berjaya menambat hati.

Seperti kuih lompang pandan ini, ia menjadi kegemaran kerana teksturnya lembut, dimakan bersama kelapa parut memang sangat sedap. Cuma ramai yang takut mencuba untuk buat kerana risau tak menjadi.

Namun bagi anda yang nak mencuba buat resipi lompang pandan ni, ikut resipi Zura Zul. Pasti jadi lesung pipit ditengah asalkan ikut semua caranya satu persatu dan sukatan betul.

KUIH LOMPANG PANDAN 

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung beras
2 cawan jus pandan (kisar 6 helai daun pandan dengan 2 cawan air.. tapiskan)
1 /2 cawan gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil air kapur – yg nampak jernih sikit
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara :

👉🏻Kacau-kacau sebati bahan atas.. tapiskan

👉🏻Panaskan air kukusan sehingga mendidih

👉🏻Acuan lompang (yang saiz kecil) sapu sedikit minyak.. kukus dulu acuan 3 – 4 minit

👉🏻 Tuang adunan tadi nak dekat penuh acuan.. api besar sikit.. kukus selama 10 – 15 minit.. Siap

👉🏻Sejukkan dulu.. boleh keluarkan kuih dari acuan..taburkan kelapa putih + sedikit garam

Kredit resipi: Zura Zul via BIKMM

**Teringin nak dapatkan perkakas dapur pada harga berbaloi, klik di sini 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN