Pelakon popular, Datin Atikah Suhaime, 33, kini menjadi tumpuan peminat setelah mendedahkan melalui TikTok bahawa dia mengalami alahan.
Situasi itu yang membuatkan dirinya terpaksa berehat sementara daripada menghasilkan video mukbang yang sering dinantikan oleh pengikutnya.
“Lama tak post mukbang. Terimalah focaccia bread mushroom portobello sandwich ni. Thank you temankan late lunch.”
Dalam hantaran tersebut, Atikah berkongsi tentang perubahan selera makannya yang semakin teruk kebelakangan ini, mencetuskan spekulasi bahawa dia mungkin sedang hamil.
“Kebelakangan ini, rasa mual memang susah nak hilang. Saya minta maaf kalau ramai yang tertunggu-tunggu video mukbang baru.
Menurutnya, dia tidak lagi boleh menikmati makanan yang mengandungi bawang merah dan bawang putih kerana hanya bau kedua-dua bahan tersebut sudah cukup membuatkan dia berasa mual.
“Tak boleh bau bawang putih langsung. Kalau bau je, mesti muntah.”
Atikah, yang juga dikenali dengan bakatnya dalam bidang masakan, turut berkongsi video sedang menyediakan hidangan Itali, Portobello Mushroom Focaccia Sandwich, dan menyatakan bahawa hanya makanan tersebut yang dapat diterima oleh tekaknya dalam tempoh ini.
Walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai kehamilannya, peminat terus menyokong dan mendoakan yang terbaik buat pelakon asal Singapura itu.
Antara komen netizen adalah seperti berikut:
“Confirm ni. Mcm sy. Bab Bawang tu mmg sama. Alhamdulillah. Tc tau. Eat & rest well”
“Kalau betul pregnant..mesti comel baby..mcm cina-cina.”
“Rasanya kak Tika pregnant ni, kalau betul syukur alhamdullillah.smoga dpermudahkan ye.”
@atikahsuhaimeeee Lama tak post mukbang. Terimalah focaccia bread mushroom portobello sandwich ni. Thank you temankan late lunch. #fyp #tiktokmalaysia #foodvlog #mukbang #sandwich #focaccia ♬ Di Balik Langit Yang Sama – Jemari Lembut
Sumber:Tiktok atikahsuhaimeeee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI