Anak-anak ni, sepanjang nak membesar ada saja kerenah dia yang buat kita geli hati. Kadang-kadang apa yang mereka buat tu di luar kotak, tak tercapai dek akal kita sebagai orang dewasa ni. Bila dikenangkan, ia menjadi satu memori indah yang tak mungkin boleh kita lupakan.
Rakamlah memori tersebut, bila mereka dah besar bolehlah tunjukkan kepada mereka. Seperti yang dikongsikan oleh Tya Adnan melalui laman Instagram, ada sebuah video yang menunjukkan anaknya Maleeq Miqayl yang sedang sibuk menyental lantai.
Sumber foto: Instagram Shukri Yahaya
Menggunakan sebatang mop, Maleeq tak henti-henti mengelap lantai kerana tak puas hati lantai masih kotor. Sebenarnya, lantai tidaklah kotor tetapi ia sememangnya berwarna coklat.
Biarpun dah puas disental, masih lagi begitu. Mulutnya juga membebel-bebel tanda tak puas hati. Beria-ia dia memanggil Tya supaya melihat lantai tersebut. Puas Tya nak explain yang lantai rumah mereka memang begitu.
Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 semalam memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.
Menurut laporan Awani, Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Keputusan majoriti itu dipersetujui oleh Hakim Kamaluddin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi manakala Datuk S. Nantha Balan pula menentang.
Mahkamah Rayuan bagaimanapun, menjelaskan bahawa kerakyatan yang telah diberikan kepada anak-anak daripada enam ibu warga Malaysia yang juga responden dalam kes itu akan kekal sementara menunggu rayuan mereka diputuskan di Mahkamah Persekutuan.
Status permohonan kewarganegaraan bagi anak-anak yang dilahirkan di luar negara yang masih belum selesai diproses oleh JPN akan dibekukan sementara menunggu rayuan diputuskan Mahkamah Persekutuan.
Pada 9 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada kepada ibu dan bapa warganegara Malaysia secara automatik berhak mendapat kerakyatan Malaysia.
Responden dalam kes berkenaan adalah enam ibu warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan Kuala Lumpur (Family Frontiers).
Ibu bapa yang sedang membuat persiapan pendidikan anak-anak untuk tahun hadapan perlu mengambil perhatian terhadap pengumuman terbaru daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Permohonan Tahun 1 SRA dan KAFA 2027 kini dibuka sepanjang bulan Jun 2026 bagi memberi peluang kepada murid yang layak mengikuti pendidikan agama secara lebih teratur dan menyeluruh.
Pendaftaran ini membolehkan anak-anak mendapat pendidikan agama yang sistematik di samping meneruskan pembelajaran akademik di sekolah kebangsaan. Langkah awal ini penting bagi memastikan proses kemasukan berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pendidikan agama.
Bahagian Pelajaran JAWI memaklumkan bahawa proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi sistem rasmi yang disediakan.
Tarikh permohonan:
Kaedah permohonan:
Ibu bapa digalakkan membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada saat akhir. Penempatan murid adalah tertakluk kepada kapasiti dan kekosongan yang tersedia di sekolah yang dipilih.
Bagi memastikan permohonan dapat diproses dengan lancar, beberapa syarat asas perlu dipenuhi oleh pemohon.
Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat, lengkap dan selaras dengan dokumen rasmi. Sebarang kesilapan maklumat boleh menyebabkan proses semakan menjadi lebih panjang atau menjejaskan kelulusan permohonan.
Sebelum memulakan proses pendaftaran, ibu bapa disarankan menyediakan maklumat penting seperti nombor sijil kelahiran anak, maklumat penjaga serta butiran berkaitan sekolah kebangsaan yang dipohon. Persediaan awal dapat membantu mempercepatkan proses pengisian borang dalam talian.
Selain itu, semakan semula terhadap semua maklumat sebelum penghantaran permohonan juga amat digalakkan bagi mengurangkan risiko kesilapan teknikal atau maklumat tidak lengkap.
Pendidikan di SRA dan KAFA memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah serta jati diri anak-anak Islam sejak usia muda. Melalui pembelajaran yang disediakan, murid akan didedahkan dengan ilmu agama yang merangkumi bacaan Al-Quran, akidah, ibadah, akhlak serta asas-asas kehidupan Islam.
Pendidikan agama yang diterima menjadi pelengkap kepada pembelajaran akademik di sekolah kebangsaan. Ia membantu anak-anak memahami tanggungjawab sebagai seorang Muslim serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
Di samping itu, pendedahan awal kepada pendidikan agama dapat membantu membentuk disiplin, adab dan keperibadian yang baik. Murid juga berpeluang mempelajari asas bacaan Al-Quran dengan lebih teratur melalui bimbingan guru yang berkelayakan.
Persekitaran pembelajaran yang menekankan nilai keagamaan turut membantu membina keyakinan diri, semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid. Semua elemen ini penting dalam proses pembentukan generasi yang seimbang dari segi akademik dan rohani.
Memandangkan jumlah tempat yang ditawarkan adalah terhad dan bergantung kepada kapasiti sekolah, ibu bapa disarankan supaya tidak menangguhkan urusan pendaftaran sehingga ke saat akhir.
Membuat permohonan lebih awal memberi ruang untuk menyemak semula maklumat yang dihantar serta mengambil tindakan segera sekiranya terdapat sebarang masalah teknikal atau keperluan dokumen tambahan.
Permohonan Tahun 1 SRA dan KAFA 2027 merupakan peluang penting untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama yang tersusun sejak awal persekolahan. Oleh itu, manfaatkan tempoh permohonan yang diberikan dan lengkapkan proses pendaftaran sebelum tarikh tutup.
Semoga urusan permohonan berjalan lancar dan menjadi langkah permulaan yang baik dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia serta mempunyai asas agama yang kukuh.
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang dalam lawatan bersama rakyat dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang turut berada di lokasi tersebut.
Menariknya, PMX berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak yang rosak teruk dan tidak dapat digunakan.
Walaupun mencuit hati, namun gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX dengan bertanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.
“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan)…Nak call bagitau Fadhlina…” kata Anwar pada kanak-kanak itu.
Malah video berkenaan juga turut mendapat perhatian Menteri Pendidian, Fadhlina Sidek yang turut meninggalkan komen respon yang disuarakan kanak-kanak itu.
Keberanian kanak-kanak ini sudah semestinya dipuji wargamaya yang berani menyuarakan masalah itu ketika berhadapan dengan Perdana Menteri.
MyRailLife KTM menawarkan perjalanan percuma kepada kanak-kanak berusia 4 tahun hingga pelajar Tingkatan 6 serta OKU bagi laluan KTM Komuter dan Shuttle Timuran. Ketahui syarat kelayakan, laluan, dokumen dan cara memohon pas ini.