Lepas bersalin atau lepas pembedahan besar, biasanya kita dengar orang tua-tua nasihat untuk makan ikan haruan supaya cepat sembuh. Malah ada yang sanggup beli kapsul haruan supaya lebih senang. Tapi betul ke semua luka sesuai dengan ikan haruan?

Ramai tak tahu, ikan haruan memang tinggi khasiat malah bantu pembentukan sel baru, cepatkan baik luka, dan penuh dengan protein yang bagus.

Luka Bersalin Czer Masih Baru, Jangan Terus Ambil Ikan Haruan!

Tapi masalahnya bila luka masih baru dan belum baik sepenuhnya, pengambilan ikan haruan boleh bagi kesan luka cepat tumbuh tapi tak kemas. Akibatnya, parut boleh jadi tebal, timbul, keras dan tak cantik yang dikenali sebagai hypertrophic scar atau keloid.

Menurut hantaran terbaru dari Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, memang benar secara saintifik ikan haruan mempunyai manfaat dalam membantu proses penyembuhan luka.

Ikan ini kaya dengan protein dan asid amino seperti arginin dan glisin yang penting dalam pembentukan kolagen serta pertumbuhan semula tisu yang rosak.

Ads

Namun begitu, PHM memberi peringatan agar tidak tergesa-gesa mengambil ikan haruan terlalu awal selepas pembedahan. Hal ini kerana, pada peringkat awal, luka masih berada dalam fasa radang dan pemulihan asas.

Luka Bersalin Czer Masih Baru, Jangan Terus Ambil Ikan Haruan!

Pengambilan makanan atau suplemen berprotein tinggi ketika ini boleh secara teori merangsang pertumbuhan tisu secara berlebihan, seterusnya meningkatkan risiko pembentukan parut dalaman (fibrosis) atau lekatan luka, khususnya selepas pembedahan dalam bahagian perut.

Ads

“Tiada kajian yang membuktikan kesan buruk ini secara langsung, tetapi secara biologi, berdasarkan tindak balas tisu terhadap protein tinggi dan faktor pertumbuhan.” 

Luka Bersalin Czer Masih Baru, Jangan Terus Ambil Ikan Haruan!

Bila perlu ambil ikan haruan?
Disarankan agar ibu bersalin atau individu yang menjalani pembedahan menunggu sekurang-kurangnya 7 hingga 10 hari selepas pembedahan sebelum mula mengambil ikan haruan.

Ads

Masa terbaik nak mula ambil haruan ini biasanya bila luka dah mula kecut sikit, tak ada tanda merah menyala, bengkak atau bernanah. Kalau masih ada semua itu, jangan gatal tangan nak makan dulu. Paling utama dapatkan nasihat daripada doktor sebelum memulakan sebarang pengambilan suplemen termasuk produk ikan haruan.

“Penyembuhan memerlukan kesabaran. Jangan terburu-buru utamakan keseimbangan,”pesan PHM.

Walaupun ikan haruan terbukti secara saintifik menyokong penyembuhan luka pembedahan, waktu dan cara pengambilan amat penting untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

Tak salah pun nak cepat sembuh, tapi jangan gelojoh. Fokus dulu pada nutrisi seimbang dan makan makanan yang bantu proses pemulihan secara semula jadi macam buah, sayur, protein biasa (ayam, telur), dan banyak air. Dan paling penting, ikut nasihat doktor, bukan sekadar petua yang turun temurun.

Sumber: Public Health Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI