Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera ketika dalam jagaan pengasuhnya di Mutiara Magna, Kepong, Kuala Lumpur(16 Ogos).
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima maklumat kejadian kanak-kanak meninggal dunia pada jam 12.01 tengah hari.
Menurutnya, kematian mangsa disahkan oleh pegawai paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berada di lokasi.
“Pasukan polis yang tiba mendapati mangsa terbaring di dalam katil kanak-kanak dan lengkap berpakaian.
Ads
“Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa menemui kesan luka di dahi, mulut dan hidung selain kesan merah di bawah mata kiri, calar serta lebam di beberapa bahagian badan,” katanya.
Susulan itu, beliau berkata, polis menahan wanita berusia 40 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa untuk membantu siasatan.
“Siasatan mendapati suspek sudah menjaga mangsa sejak dilahirkan. Pengasuh itu adalah ibu saudara mangsa turut menjaga abang kanak-kanak itu yang berusia lima tahun,” katanya suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga 20 Ogos ini.
Ads
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pemakaian carrier atau penggendong memudahkan tapi ibu ayah perlu berhati-hati. Kisah ibu ini boleh dijadikan pengajaran.
Perkongsian daripada ibu ini, Puan Marliyana boleh dijadikan teladan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Lebih-lebih lagi yang masih pada usia bayi (setahun ke bawah). Anaknya yang bernama Haffaz Musa berusia 6 bulan melalui detik cemas apabila kakinya mengalami lecur ketika kunjungan ke pasar malam gara-gara bersentuhan dengan plastik berisi sup panas.
27/3/2019 2nd degree burn Haffaz Musa ? bin Hazman ibu tak sangka sangat.
MERENGEK & BILA LIHAT KAKI BERKEDUT-KEDUT
Pergi pasar malam pakai carrier lepas tu beli bihun sup. Tengah pegang tu tiba tiba haffaz musa menjerit masa tu dah agak plastik sup terlanggar kaki kot then terus bagi dekat ummi (my aunty) lepas tu jalan macam biasa pergi beli kuih neram tengah beli dia merengek pelik dah kenapa sekali angkat berkedut kedut dah kaki dia kena.
SUP PANAS DALAM PLASTIK WALAU PUN TIDAK TUMPAH BAHAYA
Sup panas panas dalam plastik ??? bukan pecah atau tumpah terkena kaki dia terus melecur macam ni. ya allah masa tu ibu punya gelepor tuhan je tahu menangis nangis sama naik dengan anak. sampai org suruh bertenang mcm mana nak bertenang sebab jadi dekat anak sendiri ???. sebab rasa diri bersalah sangat .
3hari xmakan sebab takde selera. im so so restless , sadness and desperate on that 3 days . couldnt accept this happen to my son and is my fault. sorry haffaz musa ibu xsengaja sangat2 ???
Langkah pertama jika melecur sebenarnya kena
1.Alirkan ke air paip dikawasan yang melecur selama 15minit atau rendamkan untuk mengurangkan rasa panas dan bengkak. jangan letakkan ais.
2.Jika kawasan sudah sejuk sapukan aloevera(optional lain jika dirumah) atau ssd cream atau antibiotic yang dibenarkan (order by doctor)
28/3/2019
ALHAMDULILLAH LUKA AKHIRNYA KERING
Alhamdulilah. wound totaly kering. sebulan kaki berbalut dengan payah nak mandi nak cuci air besar. tiap minggu pergi jumpa surgeon sebab followup kaki dia teralih aquacell sebab dia nak meniarap merangkak. lepas tu tengah nak tukar rinkiplastis dia boleh cabut aquacell yg doktor lee tampal tu tanpa nangis . ibu debar dah.
TRAUMA DENGAN APA-APA YANG PANAS
lepas ni berhati hati pergi pasar malam sambil pegang makanan tu bahaya ada dimana mana. apa apa yang panas memang trauma sangat.
terima kasih dr lee , kak lin dr lee melayan tca, nilam , a&e staff, suria tlg masa dlm klinik , haris kmc , kmc staff , koni & alya dtg tgok masa dekat , a&e staff , zamrud team & my family ? sebab tolong dan ada dikala perlu . and my agen ariff hantar sampai bilik siap .
jadi sekarang ni siapa tahu nak pakai apa untuk pudarkan parut kalau boleh hilangkan parut lagi bagus . ibu need help ???
alhamdulilah dari awal kena dengan berbalut sampailah sekarang dah ok haffaz musa sangat aktif dah siap merangkak merata musing lagi . happy mum ?
Image may contain: one or more people.
6 TIP MENGGUNAKAN ALAT PENGGENDONG
Pa&Ma ingin berkongsi beberapa tip pemakaian penggendong yang boleh dijadikan panduan agar boleh menghindari kemalangan dan kejadian yang tidak diingini.
a)Setiap kali sebelum menggunakan alat penggendong, pastikan ia berada dalam keadaan baik. Jika ada kesan koyak atau kemungkinan akan koyak, hentikan penggunaannya.
b)Hati-hati apabila melalui pintu kawasan yang mempunyai sudut atau bucu mahupun bergerak di persekitaran yang tajam atau panas. Kepala atau kaki anak mungkin boleh terdedah kepada bahaya tersebut.
c)Walaupun kedua belah tangan bebas bergerak, anda masih perlu memegang anak dengan sebelah tangan demi keselamatannya.
d)Sentiasa pegang anak anda ketika membongkok atau bergerak dengan cepat agar dia tidak jatuh atau terkeluar daripada alat penggendong.
e)Jangan pakai alat penggendong semasa memandu, menunggang motosikal atau ketika mengendalikan mesin.
f)Pastikan bahagian pinggul bagi disokong oleh penggendong bagi mengelakkan masalah hip dysplasia.
Hanya sebiji rambutan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun menemui ajal akibat tercekik ketika makan buah tersebut.
Dalam kejadian di Kampung Belakang Masjid dekat Bukit Selambau, Baling, Kedah, usaha untuk menyelamatkan mangsa tidak berjaya walaupun pertolongan awal dah diberikan oleh bapa mangsa.
Berlari sambil menjerit dan memegang leher
Menerusi laporan Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu, ketika mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi, cuba makan buah berkenaan ketika berada di rumah datuknya di situ.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata sebelum kejadian itu, mangsa melihat bapa serta ahli keluarganya yang lain mengait buah rambutan di depan rumah datuknya.
Beliau berkata, Muhammad Hakim Amsyar dikatakan mengambil sebiji rambutan sebelum mengupas dan memasukkannya ke dalam mulut.
“Namun secara tiba-tiba, mangsa terus berlari ke arah abangnya sambil menjerit dan memegang leher.
“Bapanya kemudian cuba membantu dengan menepuk bahagian belakang mangsa tetapi tidak berhasil,” katanya.
Syed Basri berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
“Bedah siasat mendapati tiada kecederaan dan unsur-unsur jenayah pada badan mangsa.
“Pegawai Perubatan di klinik terbabit berjaya mengeluarkan sebiji buah rambutan daripada dalam mulut mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Ainul Mardhiah semakin pulih dan menunjukkan perkembangan yang baik. Harapan ayahnya membuatkan ramai hiba dan tersentuh hati.
Dalam perkembangan terkini, Ainul Mardhiah juga menunjukkan perkembangan yang menggembirakan. Sudah pandai memahami apa yang dikatakan oleh mama dan walid, Ainul mampu menggelengkan kepala untuk memberitahu sama ada dia mahu bermain atau ingin tidur.
Turut dikongsikan video Ainul sedang meniarap sambil melihat mainan bebola yang bercahaya. Kata ibunya, Nurul Erwani Ainul suka berada dalam posisi meniarap.
Apa yang lebih menyentuh sanubari ialah bapanya, Ahmad Safiuddin memberikan titipan buat anak sulungnya itu.
Ainul Mardhiah yang kini masih berada di London bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi. Dia yang menjalani rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di sana telah selamat dibedah bagi membuang ketumbuhan Germ Cell Tumor seberat 200gram pada bahagian mulut.
Selepas pembedahan berisiko tinggi yang memakan masa selama 5 jam, si kecil ini menunjukkan perkembangan yang positif dan cepat. Dia mudah menguasai skil baru seperti memasukkan tangan ke dalam mulut dan menggelengkan kepala tanda tidak mahu.
Buah hati kesayangan rakyat Malaysia ini juga bakal pulang tidak lama lagi. Bapanya turut berkongsi foto mereka sedang mengemas barangan untuk pulang.
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.