Setiap anak kita memang berbeza. Ada anak yang belajar melalui pendengaran, namun ada pula anak yang belajar melalui pemerhatian. Jangan terlalu cepat salah faham pada anak, belajar kenali anak kita.
Anak Visual Learner pula agak istimewa kerana sering dianggap tidak faham dan patuh pada arahan. Hakikatnya merekalah anak yang mempunyai memori paling kuat. Semuanya melalui pemprosesan data melalui image!
Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim berkongsi ciri-ciri anak Visual Learner ini.
Jika nampak anak ada tanda-tanda macam ni, – kuat termenung – cepat bosan – susah fokus lama ( belajar ) – susah bagi eye contact – imaginasi tinggi – ralit bila pandang sesuatu – panggil susah dengar
Ads
Besar kemungkinan anak itu Visual Learner. Jangan salah faham pada dia & jangan buruk sangka pula pada dia. Jangan jangan!
Dari luar kita nampak dia macam, – tak nak belajar – kuat berangan – tak fokus – pemalas – selalu blur – slow Atau seumpamanya tapi ketahui la bahawa anak Visual Learner adalah antara anak yang ada memori paling kuat sekali. Sebab apa?
Otak mereka ni memang dah di program untuk, – proses data – capture data – analisis data Dalam bentuk image.
Ads
Setiap benda yang dia pernah nampak dia rekod dalam kepala otak bentuk image aka visual. Itu la Visual Memory, sekali nampak memang tak lupa-lupa dah.
Cuma kelemahan mereka ialah mereka sangat lemah pada data bentuk audio. Kalau setakat bercakap, tegur, nasihat cara verbal ( cakap ) memang sukar la dia nak capture.
Ads
Tu yang kalau dengan dia, cakap sekali memang tak jalan, kena ulang ulang cakap benda yang sama baru dia ambil port. Geram je kadang kadang.
Dengan anak visual ni, lukis lagi baik daripada bercakap. Huh!
Waktu bayi lahir boleh menentukan apa peribadinya pada masa depan. Mungkin sukar untuk percaya, namun ilmu astrologi mengajar yang waktu lahir bayi memang memberikan pengaruh besar terhadap watak si anak. Mari lihat penjelasan lengkap dari kami untuk mengetahui watak anak anda berdasarkan waktu lahirnya.
Waktu lahir bayi jam 5-7 pagi: Waktu Subuh
Anak yang lahir di waktu ini adalah anak yang sangat lembut, dia suka kebersihan dan juga suka berpakaian rapi. Anak yang lahir pada waktu subuh sangat peramah, dan bersikap rendah diri. Dia juga cenderung memiliki akhlak yang sopan. Anak yang lahir waktu subuh sangat sesuai untuk menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya yang memahami orang lain, murah hati, dan selalu membantu orang lain.
Waktu bayi lahir jam 7-9 pagi: Waktu Pagi
Karakter bayi yang lahir di waktu pagi memiliki cita-cita tinggi, dan sedikit kurang sabar juga keras hati. Namun demikian, dia juga memiliki komitmen kuat, bersifat jujur, harga diri tinggi yang membuatnya boleh mencapai masa depan cerah berkat usahanya sendiri.
Waktu lahir anak jam 9-11 pagi: Waktu Pagi
Bayi yang lahir di waktu awal tengahari akan membesar sebagai seorang yang mementingkan penampilan. Dia juga memiliki sifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan. Dia menyukai persaingan, dan sangat gembira jika boleh memenangi sesuatu dan berada di puncak. Dia juga seorang yang suka merancang secara bijak.
Waktu bayi lahir jam 11 pagi: Waktu Pagi
Jam sebelas pagi adalah masa kelahiran para atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan. Dia juga seorang pengembara dan bersikap murah hati. Anak ini juga memiliki banyak ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya akan membuatnya menjadi seorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.
Waktu lahir anak jam 12 – 1 petang: Waktu Tengahari
Anak yang lahir di waktu siang dan pada waktu tengahari khususnya adalah anak yang aktif dan energetik. Dia penuh rasa ingin tahu dan suka bermain. Selain itu, bayi yang lahir di waktu matahari sedang tinggi memiliki kemampuan mengajar yang bagus. Dia akan menjadi orang yang bercita-cita tinggi namun penuh rasa tanggungjawab. Dia juga akan mudah bertemu jati dirinya kerana dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini.
Bayi yang lahir pada pukul 2-5 petang: Waktu Petang
Anak yang lahir pada jam ini bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut. Anak ini juga sering kelihatan sedih, padahal dia hanya sedang berfikir. Jika diperlakukan secara buruk oleh orang lain, dia akan melawan dan membela diri. Kepercayaan dirinya tersembunyi di sebalik sikap yang tenang. Dia membenci kekerasan, namun juga bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan sebanyak-banyaknya.
Waktu bayi lahir jam 5-7 malam: Waktu Menjelang Maghrib
Anak yang lahir di waktu ini memiliki keperibadian terbuka, namun juga kurang sabar dan cenderung untuk melawan. Meski demikian, dia akan membesar menjadi seorang yang bijaksana, pintar, berani melakukan hal yang benar, perancang yang baik, dan juga tahu bagaimana caranya untuk bertahan dalam situasi sukar. Anak ini juga memiliki kemampuan beradaptasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dia mempunyai dedikasi tinggi pada pekerjaan dan juga boleh dipercayai. Selain itu, dia mudah menarik perhatian orang di sekelilingnya dengan gayanya yang suka bergurau namun tetap tegas saat diperlukan.
Waktu anak lahir jam 7-8 malam: Waktu Maghrib
Bayi lahir waktu magrib sehingga Isyak akan membesar menjadi seorang yang penuh rasa empati. Dia akan selalu tulus membantu orang lain. Dia juga memiliki pembawaan diri yang ceria dan menerima apa saja dalam hidupnya.
Waktu lahir anak jam 8-12 malam: Waktu Malam
Anak yang lahir di waktu malam memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter ini boleh dilihat sejak usia muda.
Waktu bayi lahir 12 malam–4 pagi: Waktu Tengahmalam Menjelang Pagi
Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran anak-anak yang penuh imaginasi. Ia disertai dengan keperibadian yang sedikit sensitif.
Semua ramalan di atas adalah berdasarkan ilmu astrologi. Sama ada benar atau tidak, terpulanglah pada diri untuk percaya atau sebaliknya. Paling tidak, ia boleh menjadi panduan karakter yang harus ada pada diri setiap anak itu. Yang pastinya, jam berapa pun anak anda lahir, dia akan membesar dan mempunyai peribadi yang luar biasa jika betul cara didikan kita.
Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa tukar nama anak dalam sijil kelahiran sebenarnya boleh dilakukan secara sah di Malaysia. Ada yang hanya menyedari kesalahan ejaan selepas sijil siap, ada juga yang merasakan nama yang dipilih kurang sesuai, atau tersilap meletakkan jantina semasa pendaftaran kelahiran.
Berita baiknya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan pindaan dibuat, namun ia tertakluk kepada syarat dan prosedur tertentu. Jadi sebelum membuat sebarang keputusan, ini adalah panduan penting yang ibu bapa perlu fahami.
Jika anak anda belum berumur satu tahun, proses untuk tukar nama anak dalam sijil kelahiran adalah lebih mudah. Sama ada kerana kesalahan ejaan, nama tidak sesuai, atau sebab munasabah lain, JPN hanya membenarkan satu kali pindaan sahaja dalam tempoh ini.
Namun, selepas anak melepasi umur setahun, proses menjadi lebih rumit kerana ia memerlukan rujukan dan kelulusan daripada pihak mahkamah.
Ibu bapa tidak diwajibkan untuk hadir ke JPN negeri tempat anak dilahirkan. Sebaliknya, permohonan tukar nama anak dalam sijil kelahiran boleh dibuat di mana-mana pejabat JPN berhampiran, selagi semua dokumen lengkap.
Perlu diingatkan bahawa ibu atau bapa mesti hadir sendiri kerana urusan ini melibatkan dokumen rasmi dan pengesahan identiti.
Sebelum ke JPN, pastikan ibu bapa menyediakan dokumen berikut bagi melancarkan proses:
Dokumen yang lengkap dapat mempercepatkan proses permohonan dan mengelakkan kelewatan.
Setiap permohonan tukar nama anak dalam sijil kelahiran akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak RM10 sahaja. Ibu bapa dinasihatkan untuk menyimpan resit bayaran sebagai rujukan, terutamanya semasa pengambilan sijil kelahiran baharu.
Perlu difahami bahawa JPN tidak memadam sepenuhnya nama asal anak. Nama baharu akan direkodkan, namun sijil kelahiran akan mengandungi catatan yang menunjukkan nama sebelum pindaan dibuat.
Langkah ini penting bagi tujuan rekod rasmi, pengesahan identiti, serta rujukan undang-undang pada masa hadapan.
Jika tiada sebarang isu atau semakan tambahan diperlukan, proses biasanya mengambil masa sekitar satu minggu. Namun dalam kes tertentu, ia boleh mengambil masa sehingga dua minggu bergantung kepada semakan pihak JPN.
Ibu bapa akan dimaklumkan apabila sijil kelahiran baharu sedia untuk diambil.
Bagi anak yang berumur lebih daripada satu tahun, ibu bapa perlu mendapatkan perintah atau kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu sebelum JPN boleh memproses permohonan tukar nama anak dalam sijil kelahiran.
Proses ini lebih panjang serta melibatkan kos dan masa tambahan, justeru tindakan awal amat digalakkan.
Kesimpulannya, tukar nama anak dalam sijil kelahiran bukanlah sesuatu yang mustahil, namun ia perlu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan. Proses ini jauh lebih mudah sekiranya dilakukan sebelum anak berumur setahun.
Jika ibu bapa menyedari terdapat kesilapan atau masih ragu-ragu dengan nama yang telah didaftarkan, sebaiknya ambil tindakan awal bagi mengelakkan proses mahkamah di kemudian hari.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, ibu bapa disarankan merujuk terus kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Viralkan kisah kehilangan Acap ketika Acap menyertai program larian (Gopeng Ultra Trail), dan sehingga kini Acap masih belum ditemui walaupun operasi mencarinya diadakan secara besar-besaran melibatkan ramai pihak.
Aisyah Rindu Daddy
Aishah (anak Mohammad Ashraf Hassan, 29,) sebut perkataan ‘daddy’ namun tidaklah terlalu kerap mungkin kerana ramai ahli keluarga berada dengannya.
“Walaupun dia tidak mengigau waktu tidur, tapi kami tahu dia rindukan ‘daddy’,” kata abang Ipar Mohammad Ashraf, Abdul Halim Mohamad Ramli, 41.
Abdul Halim berkata, selepas terlalu lama tidak melihat wajah bapanya, anak saudaranya berusia setahun lebih itu sudah pasti merindui dan sekali-sekala memanggil Acap.
Masih Belum Dapat Petunjuk Di Mana Acap Berada
Menurutnya, adiknya (Hamiza) serta anak saudaranya itu kini berada di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor dan mereka setakat ini masih belum mendapat petunjuk mengenai kehilangan adik iparnya itu.
Katanya, sehingga ke hari ini masih belum terdapat perkembangan mengenai kehilangan Acap walaupun operasi besar-besaran sudah digerakkan polis semalam.
Abdul Halim berkata, selain ikhtiar mencari di lokasi Mohammad Ashraf dilaporkan hilang, ahli keluarga turut bertemu dengan penduduk kampung untuk memohon maaf dan meminta mereka mendoakan Acap ditemui.
Acap Tak Menunujukkan Sebarang Perubahan Sebelum Hilang
Menceritakan mengenai perlakuan Acap sebelum menyertai larian itu, dia berkata, adik iparnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dari segi tingkah laku.
“Sebelum pergi ke program larian (Gopeng Ultra Trail), Acap ada memaklumkan kepada ibu mentuanya untuk pergi menyertai larian itu dan sempat membawa anaknya berjalan-jalan,” katanya ketika dihubungi.
Polis Menjalankan Operasi Besar-Besaran
Polis bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan operasi besar-besaran semalam namun masih gagal menemui sebarang petunjuk.
Operasi Khas, Ops Kesan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak digerakkan dengan lebih 200 anggota membabitkan beberapa agensi serta sukarelawan.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dilaporkan berkata, operasi khas itu membabitkan 180 pegawai kanan, pegawai dan anggota JSJ IPK Perak termasuk dari Bahagian Siasatan Khas (D9) serta Unit Forensik IPK selain dibantu anggota dan dua Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman.
Pada 23 Mac lalu, Acap yang bertugas sebagai Juruteknologi Makmal di Pejabat Kesihatan Daerah Muar disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat 2 petang sebelum rakannya membuat laporan mengenai kehilangannya itu.